This is a blog of one small Kitchen Garden that grows vegetables, herbs, and flowers. Learn how to grow your own fresh organic food, cut flowers, and herbs for your everyday use. You do not need a lot of space to plant a kitchen garden. Create beautiful container gardens and grow your own food year round in the city. It is that easy when you grow plants from seeds or from cutting. Lets start growing now...!
There's nothing can match the flavour of home-grown vegetables or herbs. They can be picked at the moment of perfection and eaten or preserved within hours to the benefit of both the family's health and budget. What's more, vegetables like celery, chilies, spinach, or herbs are always bunched for sale and we often have to buy more than we needed for meal and endup wasted. But if you have a Kitchen Garden, these are readily available to be pick or cut as required.

Friday, 18 April 2014

MY GARDEN UP DATE

Assalamulaikum... wbt.. .&  Salam Sejahtera.....


Emmm... agak lama juga tak up date blog ni... dah beberapa kali ambil gambar untuk dimasukkan dalam blog tapi tak sempat-sempat kali ni "by hook or by crook" kena juga curi masa... kalau tak nanti dah masuk musim menanam yang baru pula.... maaflah buat pembaca yang budiman...

Berikut adalah antara beberapa jenis tanaman yang sempat saya tanam baru-baru ini.. saya agak sibuk jadi tak dapat berikan sepenuh tumpuan  Insyallah saya akan mula musim menanam yang baru pula nanti..

Yelow Pear Tomato

Semasa lawatan ke stesen Mardi di Cameron Highland bulan lalu saya dapati pohon tomatonya lebih banyak buah dari daun (hampir botak), jadi kali ini saya buang kebanyakan sucker dan biarkan agak terang... hasilnya buah tomatonya bersaiz lebih besar dari sebelumnya


Ni antara Kelompok Pokok Tomato yang tanam 
Yellow Pear nampak lebih bulat dan besar dari saiz yang sebelumnya
Tapi sekarang dah tak ada kena curi dengan kera...
Crooked Neck Summer Squash

Pada mulanya saya tidak bercadang untuk menanam pokok ini tapi ada diantara "customer" termasuk Cik Mira, gagal mencambahkan benih-benih squash, pumpkin, cucumber dan benih-benih yang berkulit tebal..

Jadi saya mencuba dua pendekatan iaitu satu membuang kulit luarnya (seperti makan kuaci) dan satu lagi dibiarkan dengan kulitnya. Memang benar yang dibuang kulitnya bercambah jauh lebih cepat. 

Didapati benih yang tidak dibuang kulit lebih cenderung "rot" kerana kelembapan dan cuaca yang panas, dan kulit luar yang sukar ditembusi menyukarkan percambahan, walaupun ada yang cambah ianya sangat lambat 2 minggu ke atas dan peratusannya rendah.

Crooked Neck Summer Squash, ini adalah salah satu daripada yang dibuang kulitnya satu lagi benih yang tidak dibuang kulit menjadi "rot" sebelum bercambah.


Pokok ini sekarang diserang kumbang daunnya dah tak cantik lagi..
bunga betina ini tidak sempat menjadi buah kerana serangan kumbang durjana


Zucchini Black Beauty Zucchini

 Zucchini in pun berjaya dicambahkan setelah dibuang kulitnya sebelum disemai, Ia mudah hidup, elok ditanam sekurang-kurangnya dua pokok, supaya lebih mudah untuk buat hand pollination, ni kerana kadang kala bila bunga betina dah keluar bunga jantan dah tak ada pulak.

Biasanya bunga jantan akan keluar 2 minggu sebelum bunga betina. Bila buat Hand pollination percentage untuk bunga betina berhasil menjadi buah lebih tinggi.

Tapi saya tanam satu jea  sekadar mencuba teknik buang kulit
Mungkn lepas ini akan tanam pula zucchini lain

Tall Utah Celery

Mudah juga cambah pokok ni..rasa tak sabar nak tengok ia meninggi... tapi  dah silap letak vermicompos terlalu near dengan pangkal ia menjadi "rot" keliling pangkal pokok. Agaknya vermicompos tak asli kot jadi panas macam baja kimia.  Harap apa yang tinggal dapat survive..

Tall Utah Celery ni sekarang dah tinggal beberapa pokok jea....


Chinese Celery


Chinese Celery ini ada dua pokok saya tanam..
 daunnya lebih gelap dan tebal dari yang biasa kita beli di pasar.

Cilantro Coriander

Cilantro Coriander tiada masalah untuk bercambah dan mudah hidup 

Saya tanam beberapa pokok Cilantro Coriander ni

Nantaise Carrot

Percubaan pertama menanam nantaise Carrot...
Carrot kalau nak tanam mesti terus semai di atas tanam yang telah di siapkan, buang semua lump atau batu-batu yang ada bersihkan dari rumpai, gemburkan tanah. Ia gemarkan tanah yang lebih gembur dan tidak menakung air.
Nantaise Carrot
Jarak-jarakkan semasa menabur benih supaya nanti bila tumbuh ia tidak terlalu hampir antara satu sama lain. Kalau tidak ia tidak dapat membesar dengan baik. Selepas tu tabur tanah ringan dengan nipis di atas benih yang ditabur tadi.Tidak sesuai untuk dialih-alihkan sebab carrot tu letaknya di akar kalau akarnya terganggu macam mana nak tumbuh dan jadi carrot.Pastikan tiada pokok atau rumpai lain yang tumbuh disekelilingnya. dari masa ke semasa..

Yellow Cherokee Wax Bean

Bunganya berwarna pink saya tanam 3 batang pokok sahaja, pokoknya tak tinggi, cepat berbuah, perlu kerap menanam jika mahu mengutip hasilnya selalu. Tanam setiap dua minggu.


Purple Queen Bean

Pokok Kacang ini tidak jauh berbeza dengan Royalty Purple Pod Bean agaknya sedara kot. Kacang ni apabila dimasak warnnya bertukar menjadi hijau, sesuai untuk "beginner gardener".


Hyacinth Bean Vine

Hati dah berbunga gembira bila tengok  "Hyacinth Bean" berbunga dan mula berbuah.. tapi tiba-tiba ia kekeringan dan mati mula tak pasti sebab apa  sebab lihat okay jea tak ada penyakit bila dah lama baru sedar puncanya juga sebab bahagian pangkal pokok kepanasan dan mereput akibat si vermicompos durjana..Tak apa lah nanti cuba lagi...
Hyacinth Bean warna bunga dan kacangnya cantik
 tapi hasrat tak kesampaian...
Crystal Apple Cucumber

Saya kurang pasti sekiranya Cucumber Apple Cucumber dan Lemon Cucumber adalah pokok yang sama kerana belum cuba menanam Lemon Cucumber. Tapi apa yang dapat saya simpulkan warnanya ketika sudah agak matang tidak kekuningan  tetapi hijau muda mungkin sebab itulah dipanggil "Crystal Apple Cucumber" kot. 
Crystal Apple Cucumber
Bahagian dalamnya dan rasanya masih seperti Cucumber biasa
Pokoknya agak bushy dan banyak mengeluarkan bunga jantan dan betina. Sekiranya agen pendebungan (lebah atau seranggan lain ) tak banyak,  lakukan sendiri "hand pollination" untuk meningkatkan peratusan bunga betina berhasil menjadi buah.

Crystal Apple Cucumber semasa sedang galak berbunga
Bunga Betina  Crystal Apple
Ghost Chilli (Bhut Jolokia)

Pokok lada ini dikatakan yang terpedas di dunia ada juga yang memanggilnya sebagai "Naga Jolokia" atau Red Naga Chili. Pokok ini sekarang sedang lebat berbunga dan berbuah tapi sayangnya buahnya tidak sempat tua dah gugur ke bumi.

Ada kemungkinan lalat buah telah menyemai benihnya(bertelur dengan menyuntik ke dalam chili) ketika buah masih muda, ni kerana buah yang gugur mengandungi lavar lalat buah. Hari ini saya telah cuba menyembur racun organik yang berbau seperti limau. Harap ianya berkesan...

Bhut Jolokia Pepper
Chili Kulai

Chili Kulai ini juga menerima nasib yang sama seperti Bhut Jolokia, terkulai sebelum waktunya akibat serangan lalat buah.
Nampak okay jea masa ni tap belum sempat tua dah terkulai kebumi.
Achocha aka Bolivian Cucumber

Ini kali pertama saya cuba menanam  Achocha pokoknya sudah lama merimbun (gambar di bawah gambar lama) dan bunga-bunga kecilnya juga banyak yang keluar. Usahkan buah, putiknya pun tak nampak-nampak... saya agak mungkin kerana cuaca yang terlalu panas kot... tak apa nanti saya akan cuba tanam lagi tapi di kawasan lain pulak

Daunnya sekali imbas macam daun "pakalolo"
Bolivian Cucumber @ Achocha  berbentuk seperti ini..
Rhubarb Chard

Memang cantik Rhubarb Chard...  warnanya merah terang ... wajar ditanam lebih banyak untuk mengindahkan lagi vegetable garden.
Outstanding Rhubarb Chard
Nai You Pak Choy

I'll will never missed out to grow my versatile "Nai You Pak Choy" 

Nai You Pak Choy
Selain daripada itu terdapat juga beberapa jenis pokok bunga yang ditanam seperti ....


Beautiful...Blue Lobelia

Yellow Evening Primerose

German Chamomile

Ini pula pokok Red Alpine Strawberry "Regina" yang melalui proses  rendaman dengan Napp Gibb - Gibberellic acid

 Untuk pengetahuan anda biji benih blueberry dan blackberry yang melalui proses perendaman dengan GA3 dan startification mula menampakkan percambahan tetapi terlalu kecil untuk diambil gambar harap ia boleh terus bertahan (Sebenarnya saya lambat mengeluarkannya dari peti sejuk tempohari sebab terlalu sibuk)


Ini pula tetamu yang tak disangka-sangka saiznya yang agak besar
membuatkan saya terkejut dan takut.. dicabut-cabutnya pokok lada dan spinach yang ditanam..
Pergerakkannya agak lambat seperti sloth, tak pasti sebab dia injured atau memang gitu cara jalannya

Ini pula kerja si kera ,habis pokok Sweet Corn dan Strawberry Corn saya menjadi mangsa begitu juga dengan crystal  apple cucumber, tomato dll.
Lastly before I go.. for all gardeners out there... I leave you with this quotes by...Vita Sackvilles-West

"The most noteworthy thing about gardeners is that they are always optimistic, always enterprising, and never satisfied. They always look forward to doing something better than they have ever done before."

 Okay till we meet again I'm wishing you Happy Gardening and keep growing..something..


5 comments:

  1. wohh wohhh bangga sampai lobang hidung kembang2 sebab nama ku disebut.

    susah betul nak tunggu u update blog. zucchini i tak pernah sempat membesar, asyik kena sedut dengan aphid. lama2 kojol pokok zucchini.

    ai aii aiii buat cuak je i baca pasal vermicompost durjana tu. i selalu letak kat pangkal anak pokok b4 transfer ke pasu lebih besar.

    cantik laa hyacinth bean.. kena order lagi ni nampaknya. hehehe

    -mira-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ini saya ingin mengunkapkan tentang perjalanan hidup saya,karna masalah ekonomi saya selalu dililit hutang bahkan perusahaan yang dulunya saya pernah bagun kini semuanya akan disitah oleh pihak bank,saya sudah berusaha kesana kemari untuk mencari uang agar perusahaan saya tidak jadi disitah oleh pihak bank dan akhirnya saya nekat untuk mendatangi paranormal yang terkenal bahkan saya pernah mengikuti penggandaan uang dimaskanjeng dan itupun juga tidak ada hasil yang memuaskan dan saya hampir putus asa,,akhirnya ketidak segajaan saya mendengar cerita orang orang bahwa ada paranormal yang terkenal bisa mengeluarkan uang ghaib atau sejenisnya pesugihan putih yang namanya Mbah Rawa Gumpala,,,akhirnya saya mencoba menhubungi beliau dan alhamdulillah dengan senan hati beliau mau membantu saya untuk mengeluarkan pesugihan uang ghaibnya sebesar 10 M saya sangat bersyukur dan berterimakasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala berkat bantuannya semua masalah saya bisa teratasi dan semua hutang2 saya juga sudah pada lunas semua,,bagi anda yang ingin seperti saya dan ingin dibabtu sama Mbah silahkan hubungi 085 316 106 111 saya sengaja menulis pesan ini dan mempostin di semua tempat agar anda semua tau kalau ada paranormal yang bisah dipercaya dan bisa diandalkan,bagi teman teman yang menemukan situs ini tolong disebar luaskan agar orang orang juga bisa tau klau ada dukun sakti yg bisa membantuh mengatasi semua masalah anda1.untuk lebih lengkapnya buka saja blok Mbah karna didalam bloknya semuanya sudah dijelaskan PESUGIHAN DANA GHAIB TANPA TUMBAL

      Delete
  2. Hi, mana nak dapat benih bhut jolokia? Tq.

    ReplyDelete
  3. Salam, 1st time saya tahu tentang blog ni, quite interesting!.can't wait for the new update...

    ReplyDelete
  4. Salam, saya sedang mencari benih kacang PISTACHIO, jika saudara ada...em adakah saudara ada kena mengena dgn blog menjual benih mylestaryseed? boleh sy dpatkan email saudara?

    ReplyDelete