This is a blog of one small Kitchen Garden that grows vegetables, herbs, and flowers. Learn how to grow your own fresh organic food, cut flowers, and herbs for your everyday use. You do not need a lot of space to plant a kitchen garden. Create beautiful container gardens and grow your own food year round in the city. It is that easy when you grow plants from seeds or from cutting. Lets start growing now...!
There's nothing can match the flavour of home-grown vegetables or herbs. They can be picked at the moment of perfection and eaten or preserved within hours to the benefit of both the family's health and budget. What's more, vegetables like celery, chilies, spinach, or herbs are always bunched for sale and we often have to buy more than we needed for meal and endup wasted. But if you have a Kitchen Garden, these are readily available to be pick or cut as required.

Thursday, 27 March 2014

GIBBERELLIC ACID, KEGUNAAN DAN CARA PENGGUNAANNYA




Assalamulaikum... wbt... dan Salam Sejahtera

Saya menerima banyak pertanyaan berkaitan dengan GA3 - Gibberelic Acid tentang kegunaan dan cara penggunaannya... di sini saya sekadar berkongsi maklumat yang saya ketahui dan untuk pengetahuan anda saya bukanlah pakar dalam bidang ini.

"Apa itu Gibberelic Acid" @ GA3 dan Kegunaannya

(Menurut Wikipedia)
Gibberelic Acid yang juga dikenali sebagai A3, GA dan GA3 adalah sejenis hormon yang terdapat pada tumbuhan dan formula kimianya sering ditulis sebagai C19H22O6 , dan dalam keadaan tulen GA3 berwarna kuning pucat.




Gibberelic Acid adalah "Gibberelin" (Hormon Tumbuhan) yang ringkas, iaitu "Pentacyclic Diterpene - Asid yang membantu Tumbesaran dan perkembangan sel.

Sekiranya digunakan dalam kadar yang sedikit kepada tumbuhan ia akan memberikan kesan penguraian dan boleh membantu pertumbuhan pokok ini kerana tumbuhan juga mempunyai kebolehan untuk menyesuaikannya.

GA akan merangsang sel benih yang bercambah untuk menghasilkan molekul mRNA iaitu molekul yang membawa maklumat genetik dan DNA tumbuhan.

GA adalah hormon yang sangat berkeupayaan, yang secara semulajadinya terdapat pada setiap tumbuhan yang bertindak mengawal pertumbuhan pokok.

GA sememangnya diketahui boleh memberikan kesan yang baik apabila digunakan dalam nilai kepekatan rendah atau kesan yang sebaliknya sekiranya kepekatan yang digunakan terlalu tinggi atau tidak sesuai. Ia biasanya digunakan dengan kadar kepekatan 0.01 and 10 mg/L.

Lihat perbezaan apa GA3 boleh lakukan ...
Kalau pokok padi bagaimana agaknya...???
(Sekadar Perbadingan)

GA mula-mula dikenalpasti di Jepun pada tahun 1935, sebagai satu metabolik (satu proses kimia) dari tumbuhan yang dikaji yang diberi nama "Gibberella Fujikuroi", Ia akhirnya telah memberikan kesan kepada pokok padi, fujikuroi menyebabkan pokok padi tidak berisi (padi hampa - "bakanae"- foolish seeding) yang menyebabkan pokok tumbuh lebih tinggi dari kebiasaan dan kemudian mati kerana tidak mampu menahan beban berat sendiri.

Gibberelic Acid boleh memberikan beberapa kesan terhadap pertumbuhan pokok. Ia boleh merangsang pertumbuhan cabang dan akar pokok, merangsang pembahagian sel pada daun untuk pokok-pokok tertentu dan meningkatkan peratusan percambahan biji benih.

Ia turut diguna pakai di maklmal dan rumah hijau (Greenhouse) untuk merangsang percambahan biji benih yang bersifat dormant (terpendam- biasanya biji benih yang berasal dari negara beriklim sejuk, yang menunggu masa yang sesuai untuk bercambah).

Selain dari itu, ia turut digunakan secara meluas dalam industri penanam anggur sebagai hormon untuk menggalakan pengeluaran gugusan anggur dan buah yang lebih besar, terutamanya untuk menghasilkan anggur "Thompson Seedless".
Manakala di Lembah Onanagan dan Creston, ia turut digunakan bagi mengawal penghasilan mutu buah yang sama. Penanam Buah Mandarin Orange Clementine menggunakan GA ini bagi tujuan untuk mengelakkan pendebungaan silang dengan buah citrus yang lain yang boleh menyebabkan penghasilan biji benih yang tidak diingini. GA akan disembur terus ke bunga yang sedang berkembang bagi menghasilkan buah Mandarin Orange Clementine sepenuhnya tanpa biji.

Perhatikan perbezaan ketara saiz buah dan gugusan buah anggur Thompson Seedles (Kiri) yang menggunakan GA3 

Penggunaan Gibberellic Acid

Ya, memang benar GA3 seringkali digunakan untuk mempercepatkan tempoh percambahan, menyingkatkan tempoh dormant biji benih yang non native dan meninggikan peratusan biji benih yang bercambah.

Ia biasanya dilakukan ke atas biji benih yang sukar untuk bercambah seperti blueberry, blackberry, strawberry dan sebagainya. Terutamanya biji benih yang bersifat dormant.

Kadar Kepekatan.

Mengenai kadar kepekatannya pula, kadar 300 - 500 ppm dikatakan kadar terbaik untuk rate germination dan dikatakan menghasilkan germination yang tinggi. Tetapi ada juga yang menggunakkan pada kadar 500 - 1000ppm.

Dalam bahan bahan bacaan yang saya linkkan di bawah ia menggunakan bancuhan ppm 1000."Agri Handbook"

Sekiranya anda ingin mendapatkan kepekatan yang sama anda perlu membancuh 1paket GA3(1gm) dengan 100ml air iaitu lebih kurang 1/2 cawan air (bukan mug), jadi anda akan mendapat nilai larutan 1000PPM. (Nota: Napp Gibb Nilai Ketulenannya hanya 10%)

Sila gunakan calculator ini PPM Calculator untuk membuat bancuhan nilai kepekatan lain PPM).

Cara Penggunaan Calculator PPM:

1. Masukkan jumlah Cairan Kepekatan yang anda perlukan sebagai contoh
: 100ml (1/2 cwn)

2. Masukkan Nilai kepekatan yang anda perlukan contoh : 500PPM

3. Masukkan Percent Product Purity : 10% GA3 (Napgibb)

4. Submitt

5. Anda akan dapati anda hanya perlu menggunakan 1/2 paket napgib
sahaja, iaitu bersamaam 0.5gm yang dibancuh dengan 100ml air


Biji benih berry biasanya direndam 24 jam di dalam larutan GA3 ada juga yang membuat kurang dari tempoh tersebut. Setelah itu biji benih tersebut akan cuci di bawah cucuran air di dalam tapis/penuras kopi
sebelum ianya dikeringkan dan di startification selama beberapa minggu atau 1 bulan sebelum disemai.

Kaedah Startification & Tempoh

Biji benih yang kecil memerlukan hanya beberapa minggu hingga 1 bulan
utk di"Startification"kan.
Caranya adalah dengan meletakannya di dalam tisu basah di dalam beg plastik (elok) ziplock dan pastikan tidak terlalu basah sekadar lembap sahaja jika tidak biji benih akan rosak) dan dimasukkan ke dalam peti sejuk (1 - 5C).

Ini Pokok dari Strawberry jenis biasa.. yang tidak direndam dalam GA3. Saya dapati terdapat beberapa benih yang bercambah setelah sekian lama disemai (beberapa bulan ) sehinggakan saya sendiri pun dah lupa...Tumbesarannya agak lambat biarpun ia tumbuh lebih dahulu dari pokok strawberry Alpine yang di bawah ni... 

Ini salah satu dari pokok Red Strawberry Alpine yang dicambahkan menggunakan kedaah rendaman dengan GA3 tanpa startification. (mungkin jenis Alpine lebih mudah bercambah kot...)
Gibberllic acid untuk Penghasilan Buah.

 untuk membesarkan buah yang dihasilkan pula Contoh buah anggur dan sebagainya lakukan seperti berikut:-

Selepas 7 -10 hari pokok mula mengeluarkan bunga, Spray di putik dan ranting berdekatannya, lakukan semburan 2 -3 kali berselang setiap 7 hari.


Saya rasa sekadar ini sahaja maklumat yang dapat saya kongsikan bersama dan harap ianya dapat membantu anda. 

Selamat mencuba dan Happy Gardening!