This is a blog of one small Kitchen Garden that grows vegetables, herbs, and flowers. Learn how to grow your own fresh organic food, cut flowers, and herbs for your everyday use. You do not need a lot of space to plant a kitchen garden. Create beautiful container gardens and grow your own food year round in the city. It is that easy when you grow plants from seeds or from cutting. Lets start growing now...!
There's nothing can match the flavour of home-grown vegetables or herbs. They can be picked at the moment of perfection and eaten or preserved within hours to the benefit of both the family's health and budget. What's more, vegetables like celery, chilies, spinach, or herbs are always bunched for sale and we often have to buy more than we needed for meal and endup wasted. But if you have a Kitchen Garden, these are readily available to be pick or cut as required.

Wednesday, 22 January 2014

MY GARDEN UP DATE

Assalamulaiku...wbt dan Salam Sejahtera....

Sorrylah dah lama tak update...

Sebenarnya tak banyak sangat berita yang hendak dikongsikan. Ini kerana sebelum ni semasa musim banjir melanda Kuantan, banyak juga pokok yang terjejas biarpun tak kena banjir di tempat saya ni. Tapi disebabkan hujan lebat yang berterusan sedikit sebanyak menjejaskan pokok-pokok yang baru dipindahkan ke tanah di tempat yang tak ada "rain shelter". Banyak pokok yang mati antaranya termasuklah red brugundy okra, sunflowers, Ruffeld Red Eggplant, Sunberry, Purple Mulberry, Vine Peach, Achocha dan beberapa pokok lain lagi.

Tak apalah dah tak ada rezeki, lain kali akan cuba lagi, Insyallah...

Chinese Kale, Hongkong Kale/ Kailan

Saya dah cuba menanam keduanya sekali, walaupun nama berbeza Chinese & Hongkong tapi saya tak nampak apa-apa perbezaan kepada dua jenis benih ini.. daun dan saiznya nampak sama sahaja.

Sekiranya anda ingin menanam sayuran yang dapat dikutip hasilnya dengan cepat, rasanya ini bukanlah sayurannya, berbanding dengan bayam dan Nai  You Pak Choy (Dwarf) ianya adalah yang terakhir.


Ini adalah Chinese/Hongkong Kale/Kailan yang baru dipetik

Hasilnya.....Kailan Ikan Masin
Nai You Pak Choy (Dwarft)

Berbanding dengan Canton Pak Choi (Sawi Putih),  Nai You Pak Choy ini lebih sedap, rangup dan comel. Tumbesarannya juga cepat. Ia terselamat dalam musim hujan yang lalu kerana ditanam di bawah "rain Shelter"

Nai You Pak Choy semasa masih anak pokok







Kelompok Nai You Pak Choy  yang ditanam.... tak banyak... sekadar cubaan...
Insyallah akan tanam lebih sikit kali ni... sayur sekarangkan dah mahal....
"Kangkung" jea yang dah turun harga  hik... hik...

Dua Jambak sekali pungut pun dah cukup untuk masak....


Nai You Pak Choy (Dwarft) ...
Saiznya lebih besar sebab saya lambat petik... tapi rasanya tetap sedap....

Letak dalam nasi goreng pun sodap.....
Green Amaranth (Bayam Hijau)

Bayam hijau juga cepat membesar, tak boleh biarkan lama sangat, "because easy to bolted" maksudnya cepat tua dan mudah untuk berbunga dan mengeluarkan benih masa ini rasanya dah tak sedap agak berfiber gitu. kalau macam Nai You Pak Choy kalau lama sikit saiznya tambah besar boleh lagi makan.

Bayam yang saya tanam tak berapa sihat sangat, sebab musim hujan semut turut menggunakan "rain shelter" saya tu sebagai tempat pemindahan mangsa banjir. Tengok gambar bawah ni....jelas-jelas nampak sarang semutnya....
Ini gambar masa bayam baru nak membesar ... Semasa ianya agak besar daunnya tak begitu cantik  belubang-lubang agaknya digigit semut yang bersarang di dalam tanahnya. maaflah tak adalah pulak gambar nak tujukkan... rasa macam ada jea ambil aritu....

Marigold (Calendula Pot)

Sebenarnya banyak juga yang disemai untuk menghiasi laman sayuran saya ni selain daripada menjadi "natural pesticide". Tapi musim hujan yang lalu telah memusnahkan hampir 3/4 dari anak pokok yang baru dialihkan ke dalam pasu.

Hanya tinggal beberapa batang saja yang sedang mula mengeluarkan bunga.

Marigold.. ada dua warna Oren dan Kuning... bunganya agak besar juga lebih kurang...2 1/2 "

Pretzel Bean

Ini satu-satunya pokok "Pretzel Bean" yang tinggal  2 pokok lagi dah mati. Pokok ni pun tak sihat sangat sebab nampaknya ada kerengga yang menjadikannya ladang ternakan "aphids".

Bentuknya agak unik seperti  "Pretzel" dari situlah ia mendapatkan namanya...

Pretzel Bean... berpintal seperti pretzel...

Catnip (Nepeta Cataria)

Catnip ini kadang kala turut dikenali juga dengan nama Cat Mint. Katanya pokok ini disukai oleh Kucing.... saya ada memelihara 4 ekor kucing iaitu... Gina.. Jendu...Zulu dan Ning  tapi saya tengok tak seekor pun yang minat dengan pokok itu.
catnip
Sekadar gambar hiasan....bukan kucing saya..

Pokok ini boleh membuat kucing "high"... apabila memakannya, macam orang  yang ambil xxxxx. Ia akan membuatkan kucing berguling-guling tak tentu hala dan nampak macam dah tak betul dan hilang akal serta nampak yang bukan-bukan .

Saya ambil kucing dan  letak dekat pokok tu nak tengok betul ke tak... kucing saya buat tak tahu aje..... Agaknya kucing ni jenis yang bijak tidak mengambil bahan terlarang yang boleh memudaratkan kesihatannya

Catnip yang kering kadangkala dimasukkan ke dalam alat mainan kucing  yang berbentuk tikus untuk membuatkannya enjoy.....!. (kata nora Danish)

Catnip yang ditanam di dalam Pasu... rimbun
Selain daripada itu tumbuhan herba dari keluarga "mint" ini juga turut digunakan oleh manusia sebagai remedi. Contohnya : 2 sudu Catnip kering, direndam dalam secawan air panas selama 10 minit dan dicampurkan dengan madu bagi membantu mengatasi masalah sukar untuk tidur.

Ia juga turut digunakan untuk luka, sakit perut, sakit kepala dan sebagai bahan herba dalam masakan.



Purple Mini Fig

Alhamdulillah.. pokok fig ni nampak dah  merimbun sedikit.. asalanya dari keratan batang jea.. ada tiga pokok  semuanya "Purple Mini Fig" ini, Yang disemai  menerusi benih pula baru tinggi 2" harap boleh bertahanlah hendaknya.

5 jenis lagi baru mula mengeluarkan daunya... Insyallah kalau ada rezeki bertahanlah, Insyallah.

Sebenarnya untuk makluman semua biji benih fig/Buah Tin tidak perlu di"startifikasikan" seperti benih berry ia boleh disemai terus. Sekarang saya sedang cuba untuk menyemai 6 jenis lagi biji benih buah Fig.... tak tahulah hasilnya, termasuklah Common Fig dan Green Fig juga...


Bila agaknya pokok  "Mini Purple Fig" ni akan mula berbuah...
seronok tengok "My Mixed Garden" dah beroleh hasilnya... tahniah!

 Lain-Lain Hal

Sekarang di "My Lestary Garden" sedang menyemai pelbagai jenis pokok sayuran  seperti Nai You Pak Choy, Sawi Jepun, Bean, Pelbagai Jenis Pepper, Salsify ( agak cepat cambah), Curly Scarlet Kale, Herbs dan sebagainya. Kalau ada rezeki, Insyallah akan diupdatekan dalam blog ni.

Saya juga telah meluangkan masa untu melakukan "experiment" untuk mempercepatkan dan meningkatkan "germination rate" bagi biji benih "non native" seperti strawberry, kiwi, blueberry, blue huckleberry, billberry dan sebagainya menggunakannya Nap Gib "Gibberellic Acid" (GA3).

Saya telah menggunakan dua kaedah iaitu.

1. Rendam 24 jam dalam kepekatan larutan 1000ppm GA3 dan "Cold Startified" selama 2 minggu - 1 bulan
2. Rendam 12 jam dalam kepekatan larutan1000ppm GA3 dan terus disemai tanpa "Cold Startified".

Insyallah kalau ada kesempatan akan saya maklumkan hasil experiment saya ini 1-2 bulan akan datang untuk dikongsikan bersama
Bancuhan GA3- Nap Gibb yang belum di kacau..


Biji Benih direndam dalam Bancuhan GA3 selama 24 jam
Biji benih yang telah dibersihkan diletakkan dalam tisu  basah,
dimasukkan dalam beg plastik  Ziplock dan sedia untuk
dimasukkan dalam peti sejuk selama 2  minggu - 1 bulan.


Bekas semaian bagi Biji benih yang telah direndam 12 jam
dalam larutan GA3 disemai terus dalam media tanaman.

Okaylah ya sampai di sini saja untuk kali ini, Insyallah sekiranya ada kelapangan saya akan menceritakan mengenai bagaimana nak menggunakan GA3, cara membuat pengiraan kepekatan larutannya (PPM), kegunaan lain GA3 dan sebagainya... Insyallah....

Lastly "Happy Gardening! dan Wassalam....