This is a blog of one small Kitchen Garden that grows vegetables, herbs, and flowers. Learn how to grow your own fresh organic food, cut flowers, and herbs for your everyday use. You do not need a lot of space to plant a kitchen garden. Create beautiful container gardens and grow your own food year round in the city. It is that easy when you grow plants from seeds or from cutting. Lets start growing now...!
There's nothing can match the flavour of home-grown vegetables or herbs. They can be picked at the moment of perfection and eaten or preserved within hours to the benefit of both the family's health and budget. What's more, vegetables like celery, chilies, spinach, or herbs are always bunched for sale and we often have to buy more than we needed for meal and endup wasted. But if you have a Kitchen Garden, these are readily available to be pick or cut as required.

Monday, 25 November 2013

MY GARDEN UP DATE

Assalamulaikum wbt. dan Salam Sejahtera...

"My Garden Up Date" kali ini sepatutunya saya lakukan pada awal November lalu tetapi sebab masalah untuk "down loading" gambar tak dapat nak saya lakukan. Jadi gambar-gambar yang akan dipaparkan di bawah ni bukanlah yang "up to date" tapi "back dated" ada di antaranya sudah tak wujud lagi sebab habis di tuai dan sekarang digantikan dengan pokok-pokok yang baru pula.


Spinach Mustard

Ini adalah pokok sayuran yang dikenali sebagai "Spinach Mustard". Saya tanam tidak banyak dalam 10 pokok jea. Daunnya agak lebar dan kelihatan lebih kepada sawi minyak tetapi daunnya lebih nipis dan batangnya lebih lembut rasa lebih kurang aja. Sekarang ni semua pokok ini telah habis dipetik.




Cimarron Lettuce

Pokok Salad "Cimarron" ni saya tanam agak banyak juga sehingga tak termakan sebab di tanam lebih dari keperluan isi rumah. Ia sangat mudah ditanam dan tidak ada sebarang masalah semasa menanamnya. Warna daun salad jenis ini adalah bergantung kepada cuaca. Memandangkan cuaca di tempat saya agak panas warna hijaunya lebih menyerlah berbanding perang kemerahan sekiranya di tanam di kawasan beriklim sejuk.
Petiklah daunnya semasa pokok masih muda untuk rasa yang lebih sedap, daun pada pokok yang telahpun meninggi akan terasa pahit dan kurang sedap. Kesemua "Cimarron Lettuce" yang ditanam telah pun dipetik atau dicabut kerana pokoknya telah meninggi dan kurang sesuai untuk dibuat ulaman.


Pai Tsai

Pai Tsai atau Sawi Jepun ini sangat mudah ditanam dan cepat membesar. Ia sangat praktikal untuk ditanam, ia boleh dimasak dengan pelbagai gaya kerana rasanya tidak pahit. Ia boleh dibuat sup sayur, goreng kilas dengan sos tiram dimasukkan dalam mee goreng dan sebagainya.

Bila nak masak cuma perlu ke kebun dan petik sahaja,"Fresh from the Garden", rasanya lebih manis dan sedap dan tak perlu risau tentang racun serangga yang merbahaya. Hasil tanaman ini sempat juga saya sedekahkan ke jiran tetangga dan keluarga terdekat untuk berkongsi bersama memandangkan banyak juga pokok yang ditanam tu...

Sekarang semuanya dah habis dipetik dan digantikan dengan tanaman baru Nai You Pak Choi (Dwarf) dan Bayam Hijau.





Pai Tsai Stir Fried with Oyster Sauce...
... nyumm...nyumm

Italian Basil

Saya pernah tanam pokok "Italian Basil" sebelum ini tapi tak adalah pokoknya begini besar atau ini mungkin "Sweet Basil" atau sebaliknya. Nampaknya kena buat "experiment" lah untuk mahir tentang jenis-jenis daun selasih ni sebab daun selasih ada banyak jenis,  rasa dan bau yang berbeza.


Sekarang pokok "Italian Basil" ini sudah 3 kaki tinggi..


Sekeping daunnya hampir sebesar tapak tangan saya.....
Insyallah sekiranya ada kesempatan saya akan cuba tanam
"Basil Napolitano" pulak ia seharusnya lebih besar dari saiz ini 

Dark Opal Basil

Ini adalah sejenis lagi daun selasih yang saya tanam "Dark Opal Basil", seperti mana pokok sayuran lain ia juga disemai dari biji benih yang diperolehi dari luar negara.  Daunnya lebih tebal dari "Italian Basil" tetapi baunya pula kurang menyerlah, boleh juga dibuat sebagai tanam hiasan.

Bagi mendapatkan pokok yang rimbun, jangan sayang untuk mencantas sedikit bahagian atasnya menggalakkan cabang baru keluar dan menjadikkannya lebih rimbun. Buang daun-daun di bahagian pangkal agar tunas cabang baru boleh keluar.

Dark Opal Basil
Sebelum cantasan  pucuk dibahagian atas pokok
Dark Opal Basil
Selepas pokok lebih rimbun

Cayenne, Jalapeno, Red Apple Pimento dan  Ancho Grande Pepper

Pada awalnya pokok-pokok lada kelihatan sihat, berbunga dan mula mengeluarkan putik, tetapi kemudian kelihatan beberapa pokok mula mneghasilkan daun yang kerinting dan kemudian layu.

Sekarang yang tinggal cuma Cayenne Pepper sahaja dan sudah masak ranum yang lain sudah kekeringan dan mati. Ini mungkin disebabkan oleh semut yang memakan akarnya. Kotak tanaman yang di tanam dengan pokok-pokok lada ini telah menjadi sarang semut kerana ia terlindung daripada hujan (ada "rain Shelter") yang sekarang ini kerap turun. Insyallah saya akan mengeluarkan semua pokok dalam kotak tanaman ini untuk dipindahkan ke tempat lain dan memusnahkan sarang semut tersebut sebelum boleh menanam dengan tanaman lain.


Cayenne Pepper masih bertahan

Jalapeno Pepper pokoknya sekarang dah kering

Ancho Grande Pepper pun dah tiada...

Ancho Grande Pepper layu sebelum kekeringan dan mati...

Red Apple Pimento Pepper tak sempat membesar buahnya..
 Nampaknya tak ada rezeki untuk pokok-pokok lada ni, next time akan cuba lagi sebab tak sabar nak tengok jenis buah lada ini...Insyallah...

Pokok Tomato

Saya memang tidak ada rezeki lagi dengan tanaman pokok tomato mungkin tanah yang digunakan telah tercemar dengan bakteria, fungus dan virus yang merebak melalui tanah.  Seharusnya pokok tomato tidak ditanam di kawasan yang sama setiap tahun bagi mengelakkan jangkitan penyakit ini.

Insyallah.. akan cuba lagi lain kali.. sebab seronok tanam tomato ni sebenarnya.... Pokok yang matinya adalah dari jenis Cherokee Purple dan Old  Belgium Tomato.



Pokok Tomato sempat berbunga sebelum mati..
Giant Sun Flower

Saya hanya menanam dua pokok sahaja bunga matahari dari spesis ini.

Pokok Bunga Matahari yang tertinggi pernah dicatatkan adalah lebih dari 27 kaki tinggi. Bunga Matahari spesis tinggi dari jenis "Cyclops"  boleh mencapai ketinggian lebih 15 kaki tetapi memerlukan penyokong untuk menegak. Manakala Bunga matahari dari jenis  "Gigantus" pula adalah jenis terendah dikalangan spesis tinggi dengan ketinggian lebih kurang10 kaki.

Mungkin pokok saya dari jenis ini kot dengan ketinggian sekarang lebih kurang 8 kaki tinggi, harap boleh tinggi lagi tapi sekarang ia sudah menunduk kerana bunganya yang semakin berat dengan saiz 8" diameter.

Sebenarnya terdapat pelbagai saiz ketinggian, saiz bunga dan warna bunga matahari ini. Purata ketinggian bagi yang bersaiz medium adalah 5.5 kaki dengan saiz diameter 4". Ia terdpat dalam pelbagi warna dari kuning terang, kuning cerah, jingga, burgundydan sebagainya.

Sekarang saya ada menyemai beberapa pokok dari jenis yang biasa... kita lihatlah hasilnya nanti berapa ketinggian yang boleh dicapai.. Insyallah.

Ini adalah Pokok Bunga Matahari  yang sama.. menakjubkan...peningkatan saiznya dalam tempoh tak sampai sebulan
Patutlah namanya Bunga matahari .. sememangnya ia nampak berseri dan menceriakan..


Ini adalah pertama kali saya menanam Pokok Bunga Matahari, sebelum ini saya tidak minat langsung dengan pokok bunga matahari tapi setelah menanamnya kini saya ingin menanam pelbagai jenis bunga matahari kerana ia nampak begitu  "outstanding" dan menceriakan  apabila dilihat.

Harap dapat mengambil gambar-gambarnya yang lebih cantik dimasa hadapan Insyallah...

Red Okra, Tomatillo, Spearmint dan Golden Zuchinni

Red Okra yang ditanam sekarang sedang berbuah dan saya juga sedang menanam dari jenis Burgundy Okra sebab nak tahu adakah ianya sama atau berbeza atau nama jea yang berbeza.

Emm baru ni order benih Red Okra sebab dah kehabisan benih tapi benihnya tak nampak macam benih bendi lansung tengoklah nanti ya ke tak. benih bendi.. kadang-kadang supplier pun tersalah beri benih.
Ini dari benih yang dilable sebagai "Red Okra",
 Brugundy Okra pokoknya masih kecil lagi

Tomatillo ini kalau tak silap purple tomatillo benih yang diberikan
 oleh  Cik Puan Mixed Garden ..kalau takpun pineapple tomatillo buahnya kecik jea
tak dapat nak pastikan


Pokok Spearmint mudah aje tumbuh daunnya berbeza dari Pokok Pudina 

Golden Zuchinni sempat berbunga dan mengeluarkan putik tapi masa penanaman yang tidak sesuai- musim hujan putik bunga betina tidak berhasil  membesar. Ia lebih sesuai ditanam di musim panas atu terlindung hujan sebab itulah ia dikategorikan sebagai summer squash/zuchinni

Selain dari pada pokok-pokok ini ada juga pokok-pokok lain yang sedang ditanam di "Garden" saya ni antaranya adalah pokok "Piegon Pea" (Pokok Kekacang seperti Dal/lentil) - sedang berbunga, Pokok Chinese dan Hongkong Kale/Kailan yang nama lain tapi nampak gaya pokoknya ..."macam...sama jea... macam sama jea...."- sudah boleh dipungut hasilnya (lambat matang berbading Japan Mustard), Purple Brocolli", "Pretzel Pea" dan etc...etc..


Okaylah till we meet again, I'm wishing you "Happy Gardening" and Assalamulaikum........