This is a blog of one small Kitchen Garden that grows vegetables, herbs, and flowers. Learn how to grow your own fresh organic food, cut flowers, and herbs for your everyday use. You do not need a lot of space to plant a kitchen garden. Create beautiful container gardens and grow your own food year round in the city. It is that easy when you grow plants from seeds or from cutting. Lets start growing now...!
There's nothing can match the flavour of home-grown vegetables or herbs. They can be picked at the moment of perfection and eaten or preserved within hours to the benefit of both the family's health and budget. What's more, vegetables like celery, chilies, spinach, or herbs are always bunched for sale and we often have to buy more than we needed for meal and endup wasted. But if you have a Kitchen Garden, these are readily available to be pick or cut as required.

Friday, 11 October 2013

"MAKANLAH MAKANAN YANG HALAL LAGI BAIK"

Subahanallah... setiap makanan yang halal yang Allah SWT.. jadikan ada manafaatnya bagi orang yang mahu berfikir... tapi janganlah melampaui batas memakannya...

Makanan halal yang Allah SWT  jadikan khas memenuhi untuk tabii dan keperluan tubuh badan manusia juga makhluk-makhluknya yang lain dan mempunyai pelbagai kepentingannya bagi tubuh badan manusia.

Al Qur’an, Surat Al Maidah : 88 yang artinya:
“dan makanlah makanan yang halal lagi baik (thayib) dari apa yang telah dirizkikan kepadamu dan bertaqwalah kepada Allah dan kamu beriman kepada-Nya”

Thursday, 3 October 2013

MY GARDEN UP DATE

Asssalamulaikum... dan Salam Sejahtera...

Dah lama betul saya tak updatekan perkembangan "My Lestary Garden", kebelakangan ni agak sibuk... Sebelum ini seperti yang diberitahu, ketika bulan puasa saya memang bercuti menanam jadi tiada apa yang hendak di "update"kan.
Macam nilah rupa garden yang dibiarkan kosong sepanjang Ramadhan lalu.....
 My wonderful "Wonderberry"

Di akhir bulan Ramadhan lalu saya ada menyemai benih "Wonderberry", ianya dari jenis renek (Dwarf). Wonderberry atau Sunberry  ini adalah dari spesis yang sama dengan pokok terung dari famili Solanum Retroflexum. Buahnya "very tiny" paling besar pun dalam 3/4" sahaja. Rasanya sedikit masam dan dihujung rasa ada sedikit rasa manis yang luar biasa.

Ianya sangat mudah tumbuh dan mudah dijaga. Walaupun pokoknya renek tapi buahnya agak lebat. Hanya buah yang masak sahaja boleh dimakan kerana buah yang tidak masak bersifat toksik kepada manusia. Buah yang masak ranum dikatakan sesuai untuk membuat jem  atau dimasukkan ke dalam pai dengan menambah sedikit gula bagi menyedapkan rasanya.


Kelihatan buah "Wonderberry" ini bergantungan  sehingga mencecah tanah

Saya tanam di dalam pasu yang sederhana besar sahaja sebab saiz pokoknya yang tidak bergitu besar

Pokok ini lebih gemarkan tempat yang teduh..

Ini antara pokok-pokok "Wonderberry" yang sedang galak berbunga dan berbuah

Ini adalah buah "Wonderberry: yang sudah masak ranum
Menyemai Benih

Pada 18/ 08/2013 dan 2/9/2013 saya mula menyemai beberapa jenis "vegetables seeds". Ada antaranya sebelum ini telah disemai dan ditanam tetapi secara tak sengaja kena racun rumpai (sebagaimana yang telah diceritakan dalam updated yang lalu)

Antara benih-benih yang disemai  adalah Asparagus Mary Washington, Artichoke, Rhubarb, Chamomile, Crimson Okra, Mini 5 Cucumber, Cajanus Cajan (@ Piegon Pea tapi saya lebih suka memanggilnya dengan nama "Cajanus Cajan sound "Hindustani"), Spearmint, Tomatillo, Broad Bean Sutton Dwaft, Dark Opal Basil, Italian Basil, Ancho Grande Pepper, Jalapeno, Cayenne, Red Apple Pimento Pepper, Giant Sunflower, Cimarron Lettuce, Pai Tsai, Chinese Kale, Spinach Mustard Yellow Scallop Squash dan beberapa jenis tomato.

Asparagus Seeds


 Benih Asparagus tiada masalah untuk "Germinate" sebab saya menggunakan "Peat Moss" yang boleh memegang air lebih lama. dan kulit luarnya mudah kembang dan  bercambah. Anda juga boleh merendam biji benih  semalaman sebelum disemai.

Chamomile Seeds

Biji benih "Chamomile" "very-very tiny", tapi ia juga tak ada masalah untuk "germinate", kena tunggu besar sikit baru boleh alih dalam pasu kecil secara berasingan, sebelum cukup besar untuk "transfer" dalam pasu lain yang lebih besar.

Rhubarb Galaskin Perpetual Seeds

Rhubarb Galaskin Perpetual, untuk pengetahuan anda "Pokok Rhubarb" ini  akan menghasilkan daun yang lebar dengan warna batangnya merah terang. Tempoh kematangannya  adalah sekitar 1-2 tahun, batang yang berwarna merah menghasilkan rasa masam yang tajam dan sering digunakan untuk membuat "filling Pie, Ice-Cream, Custard dan Jem", tapi perlu ditambah gula yang banyak bagi mengimbangi rasa masamnya. 

Ini adalah contoh batang  " dan pokok  Rhubarb" yang telah matang.
Artichoke Seeds & Italian Basil

Artichoke dan basil juga tiada masalah untuk "Germinate". Saya tak semai banyak Artichoke mungkin lain kali kot. Italian basil memang mudah sekali untuk ditanam. Sebagaimana yang saya katakan tadi saya gunakan 'Peat Moss Soil" dari Holland sebagai media semaian. Selain daripada boleh "retain" kandungan air, ia juga memudahkan kita mengenalpasti yang bercambah itu bukannya "weeds". Kalau guna tanah biasa atau yang telah tercemar dengan benih rumpai kita mungkin menyangkakan benih rumpai yang bercambah itu adalah benih yang kita semai. Rumpai lebih mudah cambah dan jika mencabut rumpai mungkin benih  akan terganggu  atau dibuang secara tak sengaja ketika mencabutnya. Rumpai juga mengurangkan kandungan nuterian yang diperlukan oleh benih yang baru nak cambah dan mengurangkan potensi benih untuk bercambah.
Ni pula anak pokok Artichoke.. lupa pulak jenis apa... dan Italian Basil
Bawah ni pulak adalah antara anak-anak pokok berkenaan dihimpunkan bersama sementara menantikan tempat yang sesuai.
Ada antaranya lambat dialihkan/ditanam di atas tanah menyebabkan perkembangannya terbantut.
Lambat sebab sekarang ni dah nak masuk musim hujan jadi kena buat "Rain Shelter" dulu
 MY MINI GREENHOUSE (RAIN SHELTER)

Inilah rupanya saya punya "Mini Greenhouse aka "Rain Shelter" walaupun tak cantik mana tapi puashatilah jugak sebab semuanya buat sendiri aje. 


Setakat ni, "manage to complete" 2 dari pada 3. Ini adalah kerana saya tengah mencari UV Plastic for Greenhouse, kat sini susah nak cari, so untuk yang 2 tu saya cuma pakai "Plastik Alas Meja" jea... (untuk sementara lah) Buat masa ni okay lagi tapi rasanya taklah akan setahan UV Plastic. 



Last time, UV Plastic beli kat Sg. Buluh sambil-sambil buat kerja kat KL curi-curi gi Sg. Buluh. Sekarang ni kena cari area sini ajelah. Belum ada masa nak ronda-ronda cari lagi..



Pokok-Pokok di Bawah Mini Greenhouse

Di bawah "Rain Shelter" pertama saya letakan pokok "Spinach Mustard, Cinmarron Lettuce dan Pai Tsai".


(sebelah atas  tu gambar ><2 minggu yang lalu : yang nampak kemerahan sikit tu Cimarron Lettuce dan yang jauh sikit tu "Spinach Mustard,  Gambar baru Spinach Mustard adalah yang bawah sekali.
 Pai Tsai tak nampak kerana ia di tanam di sebelah kanan dari gambar yang diambil.



Di bawah "Rain Shelter" yang ke dua pula, tanaman utamanya adalah Pokok Lada dari jenis Red Apple Pimento (1),  Cayenne, (1),  Ancho Grande (3) dan  Jalapeno (2 kot). Ini adalah gambar yang sempat di ambil. Sekarang semuanya sedang mula nak keluarkan bunga.  Semoga Allah memberkati usahku ini dan pokok berupaya membuahkan hasil, Amin, Insyallah...
Apple Pimento Pepper
Jalapeno Early Pepper

Ruang-ruang yang ada dicelah-celah pokok 'Pepper" ni saya guna untuk tanam pokok Italian Basil dan Spermint. Kali ini pokok Italian basil saya sungguh subur, Allhamdulillah... atas izin Allah berkat baja organik cecair yang dibuat sendiri kot.

Inilah kelompok "Italian Basil" saya

Saiz daun mencecah lebih dari 2". Alhamdulillah... baunya pun sedap...
  
Ini pula kelompok Spermint.. gambar ni sebelum saya jarak-jarakan pokoknya
 Pokok yang ditanam di Kawasan Terbuka

Berikut adalah antara pokok-pokok yang saya tanam di kawasan terbuka dan tidak dilindungi dari terkena hujan. 

Mini Five Cucumber
Pokok Timun ini dan 2 lagi dibawah adalah dari jenis Hybrid -  Mini 5 Cucumber
Mula-mula ingat nak buat para....

Tapi lepas 3-4 hari tak tengok sebab sibuk sangat
Tup..tup... dah keluar buah.. Bila tengok tu ..nampak elok aje tergolek atas tanah.
Jadi kali ni saya "decided" nak biarkannya  begitu aje...
Saiz buahnya "cute" aje.. kurang dari 5" mungkin sebab itulah namanya "Mini 5 Cucumber" kot
(dan harap taklah kerana satu pokok hanya mengeluarkan 5 bij buah yang mini sahaja)
 Crimson Spineless Okra

Salah satu dari  4 pokok yang ditanam semuanya sedang mengeluarkan buah.

Cajanus Cajan @ piegon Pea

Pokok ini pulak adalah pokok "Cajanus Cajan" atau  "Piegon Pea"
..Benih ini kalau nak tahu dibeli khas atas permintaan Cik Puan Mixed Garden kita  yang hebat ilmu menanamnya
Agaknya "lentil" nya nanti nak buat dalca kot...untuk makan dengan capati....
Hulurlah semangkuk kat sini ya...

Inilah rupa pokok "Cajanus Cajan" yang matang, buahnya yang tua dikopek untuk mendapatkan "lentill" atau  kekacang  di dalamnya. Agaknya dah besar kot pokok "Cajanus Cajan"  Cik Puan Mixed Garden kita tuu...
Harap dapat muat turun gamabr dalam  "Comment" di bawah untuk dikongsi bersama.. ya.

 Old Belgium & Purple Cherokee Tomato

Ini pula gambar pokok tomato "Purple Cherokee" (3 pokok)  dan  "Belgium Tomato" (3-1 pokok, sebab satu pokok dah  mampus), masalah berpunca daripada dalam tanah "may be cause by Fusarium (Soil Fungus) or Verticillium, which is hard to avoid"..  Pokok tomato saya sering menunjukkan tanda-tanda nak ajal ketika mula berbuah atau sedang berbuah...bermula dengan tanda-tanda pokok  kelihatan layu  seperti tidak disiram lepas tu perlahan-lahan  mati....

Pada mulanya ketiga-tiga pokok Belgium Tomato saya tanam atas tanah sebelahan dengan pepper bila tengok satu dah mati cepat-cepat saya korek balik dan letak semula dalam pasu...semua pokok tomato nampak macam dah nak keluarkan bunga.. harap sempatlah berbuah... Insyalllah... 

Ni kelompok pokok-pokok tomato dalam "pot"

Little Sweet Pimento Pepper

Sebab pokok Mini Sweet Pimento Pepper ni rajin berbuah biarpun kalau ikutkan usiannya tak hidup dah, jadi saya bagilah dia untuk "interframe" kat sini...
  
 Pokok Asparagus  "Mary Washington" saya tanam dalam "another rise bed" yang terbuka, ia ditanam sebaris, ada lima pokok semuanya kalau tak salahlah. Oleh kerana ia mengambil masa untuk matang 1-2 tahun jadi saya tanam sekelilingnya "Chinese Kale",  gambarnya tak ada  sebab pokoknya masih kecil kurang jelas.

p/s: Bekalan untuk Asparagus Mary Washington dah sampai kalau sesiapa yang nak order bolehlah order begitu juga dari jenis UC 157 F2  (developed by University of Carlifornia) cuma belum sempat untuk "key-in"  lagi  [mylestaryseeds.com.my]

Lain-lain pokok masih dalam "small pot" belum sedia untuk dialihkan lagi.. dan Giant Sunflower baru tinggi 1' belum jadi Giant lagi...

Okay till we meet again, I'm wishing,  may  all of you have a bountiful gardening and  may Allah be with you always.

 Wassalam..