This is a blog of one small Kitchen Garden that grows vegetables, herbs, and flowers. Learn how to grow your own fresh organic food, cut flowers, and herbs for your everyday use. You do not need a lot of space to plant a kitchen garden. Create beautiful container gardens and grow your own food year round in the city. It is that easy when you grow plants from seeds or from cutting. Lets start growing now...!
There's nothing can match the flavour of home-grown vegetables or herbs. They can be picked at the moment of perfection and eaten or preserved within hours to the benefit of both the family's health and budget. What's more, vegetables like celery, chilies, spinach, or herbs are always bunched for sale and we often have to buy more than we needed for meal and endup wasted. But if you have a Kitchen Garden, these are readily available to be pick or cut as required.

Wednesday, 3 July 2013

MY GARDEN UPDATE

MY LAST UP DATE BEFORE  FASTING MONTH


Ini adalah update saya yang terakhir sebelum saya ambil cuti sempena bulan puas Ramadhan. Saya juga akan merehatkan sebentar tanah tempat saya bercucuk tanam dan akan memulakan projek baru tanaman sayur selepas Hari Raya nanti. Ini adalah kerana saya perlu buat perancangan baru setelah kebanyakan pokok-pokok labu dan sayuran lain diserang serangga dan binatang liar kecil  menyebabkan hasilnya mendukacitakan.

GREEN STRIPE CUSHAW - THAT NOT GREEN ENOUGH TO MATURE

Satu-satunya buah labu "Green Stripe Cushaw", turut menjadi mangsa menyebabkan saya terpaksa memetiknya sebelum benar-benar matang. Tangkainya sudah rosak dikerjakan dan kalau dibiarkan rasanya buah tidak akan membesar juga sebab zat tidak dapat disalurkan pada buah labu berkenaan dan ditambah pula dengan kesan gigitan di bahagian bawah buah labu berkenaan masih baru menunjukkan ia sudah menjadi santapan kepada si pencuri licik. Tak tahulah kerja siapa tapi berkemungkinan besar adalah "Chipmunks", sebab kat sini sejak dulu lagi memang banyak "Chipmunks" kadang-kadang sampai masuk dalam rumah.
Ini yang saya "add " dalam "update" yang lalu...
Inilah  rupanya setelah dipetik.. dua ekor "detektif" ini
sedang melakukan siasatan untuk mengesan siapakah
si pencuri durjana itu...
Kelihatan... Cik Teh sedang menghidu kesan gigitan  yang
ditinggalkan oleh Si Pencuri.. Manakala Si Jendu pula
memandang ke tempat kejadian...meninjau manalah tahu
sekiranya Sipencuri kembali ke tempat kejadian... hik.. hik...


"Green Stripe Cushaw" yang  bahagian bawah yang berbiji saya buat "Pie"  dan bahagian atas yang padat saya buat masak lemak bersama  ikan masin dan lada hitam. Alhamdulillah... dapat juga rasa hasilnya.....sedap....




Inilah rupanya "Green Stripe" setelah dibersihkan
Warnanya "pale" sebab belum sempurna matang
Ni lah rupanya Pie labu "Green Stripe"



Ini pula "Green Stripe" Masak Lemak  dengan Ikan Masin. dan lada Hitam  emm.. yumm.. yummm..


SNAKE GOURD -  SNAKE THAT NOT BITE  BUT BITTEN BY ENEMY..


Not as fierce as it name... My unlucky Snake Gourd  which I thought could grow 3 feet longer unfortunately stop growing... same as "Green Stripe Cushaw" bahagian atas dan tangkainya dah di "kekah" oleh .....emm.. rasanya kera... kot.. sebab nampak macam ganas sangat habis di koyak-koyakan sampul tu.. dikekah bahagian atas dan tangkainya pula hampir putus...keciannya...


Kiri: Gambar"Snake Gourd" masa kecik...
Kanan : Kelihatan masih elok lagi...








Panjang "Snake Gourd" hanya mencapai  34" lagi  2" nak sampai 3 Kaki..
Kesan kena"Kekah" Kera Durjana..

GRAPE CUTTING FROM INDONESIA


Keratan anggur yang dibeli dari Indonesia mula mengeluarkan daun  tapi kebanyakannya dari jenis "Cipong" (sebutan Chaipong).  Satu dari keratan itu bukan hanya mengeluarkan daun tapi jambak kudup bunga juga.


Empat lagi jenis lain keratan anggur tidak begitu galak mengeluarkan daun mungkin sebab keratannya sudah agak tua dan memerlukan lebih masa kot...biasalah orang tua....









Nampak tak bunga yang belum kembang tu.. ia  nampak macam
anggur kecil. Sebenarnya ia sepatutnya dibuang untuk
membolehkan pokok anggur tu hidup subur sebab saiznya
belum sesuai untuk berbuah.
POKOK ANGGUR SEDIA ADA


Pokok anggur yang sebelum ini mengeluarkan 2 gugusan anggur yang cantik, kini berbuah lagi tapi ketiga-tiga gugusannya tak secantik yang sebelum ini, mungkin sebab cuaca yang panas berserta berjerubu dan juga buah dihasilkan diluar musim menyebabkannya gugusannya tidak cantik sebelumnya.. Tapi Alhamdulillah...ada jugak...


Beberapa ulas buah anggur ni nampaknya dah luak ..
siapalah punya angkara.. Musang @ Chipmunk @ Burung @????



SARIZEYBEG FIG - KERATAN POKOK BUAH TIN DARI TURKI


Buat masa ini hanya satu dari 6 batang keratan pokok buah Tin yang mengeluarkan daun Alhamdulillah..... Harap-harap 5 keratan yang ada tuu..  pun akan keluarkan daun biarlah kalau lambat sekali pun...tak apa.. Insyallah...




Sarizeybeg Fig...



FUR CUCUMBER @ FRENCH BARI CUCUMBER

Sengaja saya menanam "Cucumber" ini sebab nak tengok  dan lihat dengan lebih dekat  salah satu dari jenis " French Bari Cucumber" @ Cucumis Sativus Linn ni. Ia adalah timun kecil yang berbulu dan boleh di tanam dalam pasu gantung atau disediakan para untuk memanjat. Ia cepat berbuah dalam masa 60 hari. Rasanya pula dikatakan sedap dan tidak pahit. Buah yang masak akan berwarna kekuningan. 
So far saya tak pernah rasa lagi lah buahnya tapi bulu pada buah agak kasar dan bulu pada batang dan daun  lebih keras dan mampu melukakan tangan.


Ini sebiji dari 3 biji buah yang ada.
Saya tanam dalam pasu gantung dan di sangkut pada pokok Avocado
SENARAI POKOK YANG TAK MENJADI

Kebanyakan pokok yang tidak menjadi kerana serangan lalat buah.


1. Spaghetti Squash -  Serangan Lalat Buah

2. Waltham Butternut Squash -  Serangan Lalat Buah
3. Black Beauty Zuchinni -  Serangan Lalat Buah & Kumbang
4. Golden Zuchinni - Serangan Lalat Buah & Kumbang
5. Asparagus - 2 pokok kena racun (lupa nak masuk dalam update yang lalu)


BUAT PERANGKAP UNTUK LALAT BUAH


Lepas menulis dalam  " Garden Update" yang lepas keesokannya saya telah pergi ke kedai peralatan pertanian untuk mencari penawar kepada masalah yang dihadapi - Lalat Buah & Kumbang.


Saya beli "Smart Lure" (Fruit Fly Lure) atau Minyak Pemikat  Lalat Buah. Minyak ini perlu dititiskan pada kapas, dan kapas itu hendaklah digantung (dan tergantung) di tengah-tengah botol  yang ditebuk dengan  3-4 lubang kecil dan bahagian bawahnya diisi dengan sedikit air. (jangan mencecah kapas).

Memang lalat buah terpikat  dengan bau Minyak Pemikat yang katanya dibuat dari Minyak Cemara Hantu. Ada yang kata hanya Lalat Buah Jantan jea yang terpikat lalat Betina tak, tapi saya tak dapat nak pastikan betul ke tak... (Sila harap maklum minyak ini hanya berkesan kepada lalat buah sahaja...dan  nak pikat orang Jantan tak boleh pakai minyak ni sebab terbukti tak berkesan kalau tak dah tentu  saya dah jumpa beberapa orang dalam botol tuu.. Hik.. Hik.. Hik...)

Tengok tu banyak betul lalat buah .. patutlah  banyak  putik labu dan Zuchinni tak menjadi.
Ini sekadar cubaan sahaja.. lain kali saya akan buat beberapa botol lagi..
SEBOTOL RACUN SERANGGA - DI BELI TAPI TIDAK DIGUNA



Selain daripada itu saya juga membeli sebotol racun serangga tapi tak guna pun, kalau boleh nak elakkan penggunaannya, nak cari kaedah lain yang yang lebih " natural". Masih menunggu biji benih pokok Calendula atau Marigold.

Ia dikatakan mampu mengawal serangan serangga yang terbang mahupun di dalam tanah. Ada yang menggunakan daun dan bunganya diseduh seperti teh untuk dijadikan sebagai semburan bagi mengawal  serangga.

Selain daripada menambahkan seri  laman, Calendula juga mempunyai nilai dari segi perubatan. Kelopak Bunganya boleh menyembuhkan luka, ruam, kesan terbakar iaitu dengan meningkatkan peredaran darah di kawasan yang sakit selain mengelakkan jangkitan kuman. Ia sering juga digunakan dalam "Diaper Cream" untuk bayi dan sebagai losyen tangan. (emm..teringat lak dah lama tak buat sabun mandi sendiri..Insyallah nanti kalau ada yang nak belajar saya akan bagi tahu cara nak buat sabun mandi yang grenti halal..dan lebih elok dari yang biasa anda beli...from scratch.. bukan cairkan ketulan asas sabun dan buat sabun tapi dari pelbagai jenis minyak yang anda suka...)

Calendula VS   Chemical Pesticide
GIBBERELLIC ACID - YANG TAK POPULAR

Di kedai yang sama saya juga saya bertanyakan mengenai "Gibberellic Acid" atau lain-lain produk yang fungsinya mempercepatkan percambahan dan mengandungi "Gibberellic Acid". 

Setiap satu yang ditunjukkan kepada saya, saya baca kandungan bahannya tak ada satupun yang tulis ada "Gibberellic Acid".

Saya tinjau di merata ceruk dan pelusok kedai tu tak jumpa juga kehendak hati, ditambah pula dengan saya sendiri tak pernah tengok bagaimana bentuk paketnya. Apa yang saya tahu ia ada dijual dalam bentuk "tablet" kat luar negeri dalam negeri tak tahulah ada ke tak..

Tak puas hati tinjau lagi pass tu nampak satu kotak yang berhabuk dan tertulis "Nap Gibb". Barulah puashati saya, Alhamdulillah...... Saya dapat harga yang lebih murah kerana ia tak popular dan kotaknya berhabuk. Harga Pasaran  yang saya pernah tanya adalah RM 3.50 untuk sepeket,  tidak termasuk penghantaran dari Thailand. Saya borong habis sebab ada satu kotak itu sahaja yang ada.

Insyallah saya akan masukkan dalam webs :http://mylestaryseeds.com.my/. Saiz peketnya memang kecil dengan berat 1gm sahaja dalam bentuk serbuk mudah larut dan perlu dibancuh dengan 20 liter air sebelum direndam biji benih atau disiram ke tanaman.

Nilah rupanya "Gibberellic Acid"- Nap Gibb
(Kalau nak boleh tempah sebab yang ada pun tak banyak)

Okaylah rasanya itu saja perkembangan "My Lestary Garden Update" untuk kali ini. Saya ucapkan "Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada Semua Muslimin dan Musliman" dan  "Happy Gardening" to all readers!