This is a blog of one small Kitchen Garden that grows vegetables, herbs, and flowers. Learn how to grow your own fresh organic food, cut flowers, and herbs for your everyday use. You do not need a lot of space to plant a kitchen garden. Create beautiful container gardens and grow your own food year round in the city. It is that easy when you grow plants from seeds or from cutting. Lets start growing now...!
There's nothing can match the flavour of home-grown vegetables or herbs. They can be picked at the moment of perfection and eaten or preserved within hours to the benefit of both the family's health and budget. What's more, vegetables like celery, chilies, spinach, or herbs are always bunched for sale and we often have to buy more than we needed for meal and endup wasted. But if you have a Kitchen Garden, these are readily available to be pick or cut as required.

Saturday, 1 June 2013

CARA MERANGSANG PERCAMBAHAN BIJI BENIH POKOK NON-NATIVE (STRAWBERRY, BLUEBERRY DSBGNYA)

Cara menanam Strawberry dari Biji Benih nampaknya menerima ramai pembaca sama ada dari dalam mahupun luar negeri. Memang sukar untuk memastikan semaian bercambah. 

Kebanyakan biji benih seperti biji benih Strawberry  ataupun mana-mana Non-Native Fruits sukar untuk bercambah kerana ia berada dalam keadaan dorman. Dorman maksudnya "Hidup" tapi "Tidak Aktif". atau untuk manusia dan haiwan tempoh ini dikenali sebagai "Hibernasi".
"Dorman" - Mengapa boleh  jadi begini. "Allahuakhbar"
Apa yang diciptakanNya bukanlah sia-sia...
 mestilah ada sebabnya walaupun kadang-kala
kita tak suka. (Cuba bayangkan kalau pokok tu
cuba tumbuh jugak pada musim dingin atau
panas yang melampau.. dapat hidup tak??
 susahkan?? Jawabnya hari ni tak merasalah
kita makan buah-buah tu semua.. dan tak
akan adalah pokok-pokok tu hari ini
- begitu hebatnya "Tuan punya Alam, punya
Pengetahuan dan KuasaNya) Subahanallah...

Biji benih menjadi "Dorman" kerana keadaan persekitarannya yang tidak sesuai untuk pertumbuhan. Ini  boleh jadi berpunca dari  ketiadaan  Cahaya Matahari, Air atau pun  Zat Galian(Tanah tidak Subur) yang mungkin berpunca dari cuaca persekitaran yang melampau seperti terlalu sejuk atau terlalu panas yang tidak memungkinkannya untuk hidup. Ia biasanya terjadi pada biji benih yang berasal dari Cuaca Sejuk atau terlalu panas. Contoh Stawberry, Blueberry, Blackberry, Elderberry dan benih sayuran, bunga atau lain-lain benih yang non-native.


STRATIFIKASI BIJI BENIH  (SEEDS STRATIFY)

Sebab itulah ada biji benih perlu di"stratify"kan dalam Peti Sejuk. Atau dengan kata lain diberikan stimulasi seperti Musim Dingin bagi memecahkan Biji benih yang Dorman (Terpendam). Sebelum disemai di dalam pasu pada persekitaran yang lebih panas.

Kaedah ini kadangkala mengambil masa yang agak lama untuk biji benih bercambah. Biji benih terlebih dahulu di balut dalam tisu basah dalam plastik yang tertutup sebelum disimpan 4 - 8 minggu. sebelum disemai ke tanah/pasu. Tempoh ini kadangkala mengambil masa yang sangat lama lebih dari sebulan hingga ke 4 bulan ke atas untuk bercambah dengan peratusan percambahan yang rendah.

GIBBERELLIC ACID

Oleh kerana kadang kala kaedah "Stratifikasi", mengambil masa yang terlalu lama dan peratusan percambahannya agak kecil maka saintis Jepun telah membuat kajian untuk mempercepatkan percambahan biji benih dengan menggunakan "Gibberellic Acid" (juga dikenali sebagai A3, GA dan GA3). 

 "GA" sebenarnya adalah hormon yang terkandung dalam tumbuhan. Penggunaan  cecair atau serbuk "GA" didapati dapat mempercepatkan percambahan, pertumbuhan dan penambahan sel. Kaedah ini dikatakan berupaya meningkatkan peratusan percambahan biji benih.

Selain daripada itu penggunaan "GA" secara terkawal, baik untuk pertumbuhan batang, daun dan akar yang kuat.

"GA" kadangkala digunakan dalam Makmal Tumbuhan, "Rumah Hijau" untuk merangsang percambahan biji benih. 


Ia juga digunakan secara meluas dalam industri penanaman Anggur sebagai hormon untuk menghasilkan gugusan dan anggur yang lebih besar terutamanya "Thompson Seedless"

P/s: Tahu tak, seorang ahli botani dikatakan telah berjaya mencambahkan biji benih yang berusia lebih 2000 tahun dengan menggunakan "GA"


CARA PENGGUNAAN "GIBBERELLIC ACID" BAGI MENYEMAI BIJI BENIH.

1. Sediakan larutan GA3 dengan nilai 100PPM*-300PPM

2. Rendam biji benih 24 jam

3. Keringkan

4. Semai

Ini adalah Jadual contoh membuat bancuhan Larutan bagi penggunaan " GA3"( 90%).


Contoh Penyediaan Larutan Bagi Serbuk GA3 - 90%
Serbuk
PPM
Larutan
 (Liter)
Larutan (Cawan)
1 Gram
2000
0.45
1.9
1 Gram
1000
0.90
3.8
1 Gram
500
1.80
7.6
1 Gram
250
3.60
15.2




  Nota:
*Gibberellic acid is a naturally occurring organic compound, is considered relatively non-toxic and is generally approved by most agencies that certify organic products.

*Kepekatan larutan nutrien diukur dengan unit ppm (part per million) atau satu bahagian dalam sejuta

P/s : Seaweed juga dikatakan mengandungi "GA", saya ada buat experiment dengan "startify" biji benih beberapa buah non-native (Pelbagai jenis berry) dalam jell seaweed tak lama dulu dan sekarang biji benih telah disemai dalam pasu. Nampak macam ada Germination, tapi sangat kecil harap bukanlah "weeds". 

Mungkin akan Up date kemudian sekiranya biji benih benar-benar bercambah dan ada kelapangan Insyallah.

Lastly Happy Gardening!!!!

3 comments:

  1. Saya ada 24 pokok anggur jenis muscat dan thompson dan sudah berbuah 2 kali. Buahnya lebat dan manis, tetapi saiznya agak kecil. Saya ingin mencuba kaedah hormon GA3, tetapi tidak tahu siapa yg boleh membekal bahan tersebut.
    Harap saudara boleh bantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try this website about LP-GE or GA5 hormon:
      http://www.lembahpinus.com/index.php/component/content/article/8-uncategorised/artikel/564-lp-ge-pemacu-perkecambahan

      Delete
  2. Hai Mr. Unknown!

    Saya bukanlah pakar dalam hal ini tapi awak boleh merujuk kepada webs ini untuk cara penggunaannya."How to Use Gibberellic Acid on
    Grape Vine" (http://www.ehow.com/how_6373013_use-gibberellic-acid-grapevines.html) Ia ada menerangkan bila anda harus menggunakan GA3.

    GA3 (Nap Gibb) ada dilaman web saya "http://www.mylestaryseeds.com.my/Grow+Supplies". Jumlahnya limited.

    Setiap 1 pkt kecil mengandungi GA3 - 1gm. walaupun kelihatannya terlalu sedikit tapi untuk dibancuh bersama 20 liter air.

    Biasanya ia disemburkan selepas 7- 10 hari pokok mula mengeluarkan bunga. Spray di putik dan ranting berdekatannya, lakukan 2-3 kali berselang setiap 7 hari.

    Saya belum pernah mencubanya walaupun saya juga ada menanam pokok anggur yang tidak diketahui jenisnya. Sekiranya saudara telah mencubanya saya juga ingin mengetahui hasilnya nanti.

    Banyak juga jumlah pokok anggur yang saudara miliki. Sekiranya saya berminat untuk membeli beberapa keratan batang sudihkah anda menjualnya?



    ReplyDelete