This is a blog of one small Kitchen Garden that grows vegetables, herbs, and flowers. Learn how to grow your own fresh organic food, cut flowers, and herbs for your everyday use. You do not need a lot of space to plant a kitchen garden. Create beautiful container gardens and grow your own food year round in the city. It is that easy when you grow plants from seeds or from cutting. Lets start growing now...!
There's nothing can match the flavour of home-grown vegetables or herbs. They can be picked at the moment of perfection and eaten or preserved within hours to the benefit of both the family's health and budget. What's more, vegetables like celery, chilies, spinach, or herbs are always bunched for sale and we often have to buy more than we needed for meal and endup wasted. But if you have a Kitchen Garden, these are readily available to be pick or cut as required.

Thursday, 13 June 2013

MY GARDEN UPDATE


TOMATILLO OH TOMATILLO!

Masih ingat tak cerita tentang Pokok Tomatillo saya yang pada mulanya tak berbuah, lepas "Hand Pollination" beberapa kantong buah terbentuk. Saya dah cukup happy sangat biarpun buah tak banyak. Tapi tulah kalau dah tertulis bukan rezeki kita " lagi kan dalam mulut pun boleh terkeluar balik" inikan pulak atas bumi Allah yang luas ni.

Ni ..sebijik yang sempat membesar
sehingga berukuran lebih1 1/2"
 Diameter.
Sebab musababnya datang dari kerja-kerja meracun rumpai sekeliling rumahlah... Entahlah apa yang tak kena dengan "Pak Cik" yang meracun rumput hari tu hampir habis satu "rise bed" dikerjakannya dengan racun rumput.

Rasa Boleh besar lagi buah ni..
Termasuklah 2 batang pokok tomatillo, 4 pokok Turnip, 6- 7 batang pokok Radish, 1 rumpun Zuchinni dan beberapa batang pokok Pimento Pepper serta beberapa jenis pokok lain lagi yang tak patut diracun. Nampaknya kena cari orang lain pulaklah untuk meracun...kali ni..




Nilah rupanya Pokok Tomatillo lepas kena racun...
Insyallah saya akan semai semula tomatillo ni, maybe bulan depan sekali dengan benih yang dihadiahkan oleh "My Mixed Garden" (Thanks Zu) .

Sekarang banyak kerja yang masih tertangguh,  jadi.. kenalah settlekan dulu.

POKOK ANGGUR SI PENGUBAT LUKA...

Buah yang dahulu...
Hasilnya turut dikongsi dengan
Si Musang yang mencuri  malam-
malam...meninggalkan sisa-sisa
buah yang tak hadam  dimakan
di depan pintu dapur....
Alhamdulillah.... tengok tu kuasa Allah.. Dia ambil beberapa pokok tomatillo dan pokok lain tapi... Dia beri pulak Pokok Anggur berbunga dan berbuah semula biarpun buahnya belum habis dimakan (Sebab petik sikit-sikit...) Ingat tak gugusan anggur dari pokok yang saya ada tuu.. yang saya update bulan lepas...
Dua lagi jambak ni bunga baru
berkembang...

Lepas saya buang "sucker-sucker"nya pokok mula mengeluarkan bunga sekarang ada 3 jambak. Insyallah semoga ia menjadi rezeki saya hendaknya...

Jambak yang ini dah jadi putik buah...








THE ONE AND ONLY GREEN STRIPE CUSHAW

Pokok labu saya ini memang rajin sekali berbunga, tapi biasanya buah tak akan sempat membesar. Pada mulanya disebabkan tiada agen untuk "pollination" jadi saya dengan sukarelanya menjadi " agen tanpa sayap untuk "mengkahwinkan" bunga betina yang malu-malu dengan bunga jantan yang segan silu.

Caranya saya petik bunga jantan dan suakannya dengan bunga betina. Buah memang terbentuk tapi tak kekal lama. Ia akan kelihatan pancit pada mulanya, berulat dan mereput. Ni semua kerja si Lalat Buah. Saya memang tak menggunakan apa-apa racun serangga, kalau boleh memang saya nak elakkan...

So far hanya sebijik aje yang berjaya terhasil... Alhamdulillah harap sempatlah matang hendaknya... cadangannya saya hendak buat "Pai Labu". Sekarang buah "Green Stripe Cushaw" ni dah hampir mencecah 2 kilo berat
(Kanan) Bunga Betina  yang baru selesai mengembang.
(Kiri) Buah yang tak sempat membesar

Buah yang sama bezanya kiri tu masa masih kecil dan sebelah kanan gambar sekarang..















SPAGHETTI SQUASH I'M NOT GETTIN" ANY.....

Same goes to my Spaghetti Squash... non.. Lalat buah asyik inject-inject semua buah tak menjadi... walaupun saya dah buat "hand pollination", tapi langsung tak bagi chance.....memang banyak betul bunga-bunganya.

Daun-daun pula jadi santapan sikumbang kecil berwarna oren... emm.. ni tak boleh jadi...ada ubi ada batas...ada hari akan ku balas....

Ni Pokok Spaghetti Squash tapi gambar hujungnya aje. sebenarnya jauh lebih rimbun dari gambar ni
sebelahnya bunga betina.. kanan.. sekali nampak tak kesan gerutu pada buah.. aaa tu inject dek lalat buahlah. Lepas tu buah terus kempis....
Cam nilah rupa lalat buah ... yang nak kena....ni...

Ni gambar kumbang yang sedang memadu asmara...
(gambar kurang jelas- dua ekor tuu..)












GOLDEN ZUCCHINNI THE NEXT VICTIM TO BE..

Pokok Golden Zucchinni yang ditanam ni sedang galak berbunga jantan dan betina. Tapi belum apa-apa  nampaknya akan jadi mangsa seterusnya lalat buah.. Hai ni tak boleh jadi... esok juga kena cari penawarnya...


Baby Golden Zucchinni
(Kiri) Buah yang ini sebelum ni dah sampul tapi masih ada kerosakan rasanya tak akan bertahan.

MY HIGH HOPES ON SNAKE GOURD

Sangat-sangat berharap "Snake Gourd" saya ni dapat menghasilkan buah yang lebat memandangkan ianya masih baru berbunga jadi mungkin sempat saya menghapuskan sedikit sebanyak  semua serangga perosak dari menjahanamkan semua buah yang bakal keluar.. Insyallah...Insyallah..Insyallah




Kiri : Bunga Betina Snake Gourd
Kanan : Bunga Jantan 

Berjayakah ianya bertahan.... Insyallah...
Andai ada  rezeki teringin juga dijadikan "Handicrafts"
Snake Gourd yang telah tua dan dikeringkan sebelum dijadikan "HandiCrafts"

Contoh Handicraft boleh dipelbagai corakkan... cantik kalau kena gayanya...



MY STEADY CRIMSON SPINELESS OKRA

Crimson Spineless Okra tak susah nak menjaganya "be it" ada yang melubangkan daunnya tapi buahnya "so far" nampak okay aje... Alhamdulillah......... ada lagi dua batang pokok ni tapi agak kecil sedikit  yang ini paling subur, buahnya besar-besar..juga. Seperti namanya yang spineless permukaannya nampak lebih "smooth".

Crimson Spineless Okra berbuah montel-montel...

BRUSSEL SPROUTS OR KALE OR COULD IT BE BROCCOLI????

Ingat lagi tak on last updated.. Brussel Sprout or Kale??? now Could it be Broccoli ??? Wait and see ajelah dah "surrender" malas nak main teka teki dengan pokok ni.. sebab semua pokok ni saya tak pernah tengok live macam mana rupanya.

Saya kata mungkin Broccoli sebab sekarang ni.. di celah- celah pelepah atas dah keluar macam jambak bunga.. entahlah..

Kiri : Ini gambar yang diupdated last month
Kanan : Gambar diambil pada pokok yang sama tapi dari atas .. yang warna macam kuning-kuning tulah kelihatan macam jambak-jambak bunga tak tahulah kalau bunga Broccolli ke..

OTHERS THING HAPPENED IN LESTARY GARDEN


Green Collard Vates  maintain the Beauty
Easter Egg Plant  still steals by Chipmunk

Morning Glory never fail blooms together with Heliconia

Bird nesting on ground in my Vineyard to  be..













Blueberry Seeds
Sowing Highbush Blueberry Seeds

Plant  unrooted purple and yellow  fig cutting from Turkey


and I also plant unrooted grapes cutting  of  5 varieties from Indonesia which I just got it today. Hopefully everything goes well and I be able to have my own grape vineyard by next year Insyallah.....

To readers I'm wishing you Happy Gardening and May you have a good day and good harvest!

Saturday, 1 June 2013

CARA MERANGSANG PERCAMBAHAN BIJI BENIH POKOK NON-NATIVE (STRAWBERRY, BLUEBERRY DSBGNYA)

Cara menanam Strawberry dari Biji Benih nampaknya menerima ramai pembaca sama ada dari dalam mahupun luar negeri. Memang sukar untuk memastikan semaian bercambah. 

Kebanyakan biji benih seperti biji benih Strawberry  ataupun mana-mana Non-Native Fruits sukar untuk bercambah kerana ia berada dalam keadaan dorman. Dorman maksudnya "Hidup" tapi "Tidak Aktif". atau untuk manusia dan haiwan tempoh ini dikenali sebagai "Hibernasi".
"Dorman" - Mengapa boleh  jadi begini. "Allahuakhbar"
Apa yang diciptakanNya bukanlah sia-sia...
 mestilah ada sebabnya walaupun kadang-kala
kita tak suka. (Cuba bayangkan kalau pokok tu
cuba tumbuh jugak pada musim dingin atau
panas yang melampau.. dapat hidup tak??
 susahkan?? Jawabnya hari ni tak merasalah
kita makan buah-buah tu semua.. dan tak
akan adalah pokok-pokok tu hari ini
- begitu hebatnya "Tuan punya Alam, punya
Pengetahuan dan KuasaNya) Subahanallah...

Biji benih menjadi "Dorman" kerana keadaan persekitarannya yang tidak sesuai untuk pertumbuhan. Ini  boleh jadi berpunca dari  ketiadaan  Cahaya Matahari, Air atau pun  Zat Galian(Tanah tidak Subur) yang mungkin berpunca dari cuaca persekitaran yang melampau seperti terlalu sejuk atau terlalu panas yang tidak memungkinkannya untuk hidup. Ia biasanya terjadi pada biji benih yang berasal dari Cuaca Sejuk atau terlalu panas. Contoh Stawberry, Blueberry, Blackberry, Elderberry dan benih sayuran, bunga atau lain-lain benih yang non-native.


STRATIFIKASI BIJI BENIH  (SEEDS STRATIFY)

Sebab itulah ada biji benih perlu di"stratify"kan dalam Peti Sejuk. Atau dengan kata lain diberikan stimulasi seperti Musim Dingin bagi memecahkan Biji benih yang Dorman (Terpendam). Sebelum disemai di dalam pasu pada persekitaran yang lebih panas.

Kaedah ini kadangkala mengambil masa yang agak lama untuk biji benih bercambah. Biji benih terlebih dahulu di balut dalam tisu basah dalam plastik yang tertutup sebelum disimpan 4 - 8 minggu. sebelum disemai ke tanah/pasu. Tempoh ini kadangkala mengambil masa yang sangat lama lebih dari sebulan hingga ke 4 bulan ke atas untuk bercambah dengan peratusan percambahan yang rendah.

GIBBERELLIC ACID

Oleh kerana kadang kala kaedah "Stratifikasi", mengambil masa yang terlalu lama dan peratusan percambahannya agak kecil maka saintis Jepun telah membuat kajian untuk mempercepatkan percambahan biji benih dengan menggunakan "Gibberellic Acid" (juga dikenali sebagai A3, GA dan GA3). 

 "GA" sebenarnya adalah hormon yang terkandung dalam tumbuhan. Penggunaan  cecair atau serbuk "GA" didapati dapat mempercepatkan percambahan, pertumbuhan dan penambahan sel. Kaedah ini dikatakan berupaya meningkatkan peratusan percambahan biji benih.

Selain daripada itu penggunaan "GA" secara terkawal, baik untuk pertumbuhan batang, daun dan akar yang kuat.

"GA" kadangkala digunakan dalam Makmal Tumbuhan, "Rumah Hijau" untuk merangsang percambahan biji benih. 


Ia juga digunakan secara meluas dalam industri penanaman Anggur sebagai hormon untuk menghasilkan gugusan dan anggur yang lebih besar terutamanya "Thompson Seedless"

P/s: Tahu tak, seorang ahli botani dikatakan telah berjaya mencambahkan biji benih yang berusia lebih 2000 tahun dengan menggunakan "GA"


CARA PENGGUNAAN "GIBBERELLIC ACID" BAGI MENYEMAI BIJI BENIH.

1. Sediakan larutan GA3 dengan nilai 100PPM*-300PPM

2. Rendam biji benih 24 jam

3. Keringkan

4. Semai

Ini adalah Jadual contoh membuat bancuhan Larutan bagi penggunaan " GA3"( 90%).


Contoh Penyediaan Larutan Bagi Serbuk GA3 - 90%
Serbuk
PPM
Larutan
 (Liter)
Larutan (Cawan)
1 Gram
2000
0.45
1.9
1 Gram
1000
0.90
3.8
1 Gram
500
1.80
7.6
1 Gram
250
3.60
15.2




  Nota:
*Gibberellic acid is a naturally occurring organic compound, is considered relatively non-toxic and is generally approved by most agencies that certify organic products.

*Kepekatan larutan nutrien diukur dengan unit ppm (part per million) atau satu bahagian dalam sejuta

P/s : Seaweed juga dikatakan mengandungi "GA", saya ada buat experiment dengan "startify" biji benih beberapa buah non-native (Pelbagai jenis berry) dalam jell seaweed tak lama dulu dan sekarang biji benih telah disemai dalam pasu. Nampak macam ada Germination, tapi sangat kecil harap bukanlah "weeds". 

Mungkin akan Up date kemudian sekiranya biji benih benar-benar bercambah dan ada kelapangan Insyallah.

Lastly Happy Gardening!!!!