This is a blog of one small Kitchen Garden that grows vegetables, herbs, and flowers. Learn how to grow your own fresh organic food, cut flowers, and herbs for your everyday use. You do not need a lot of space to plant a kitchen garden. Create beautiful container gardens and grow your own food year round in the city. It is that easy when you grow plants from seeds or from cutting. Lets start growing now...!
There's nothing can match the flavour of home-grown vegetables or herbs. They can be picked at the moment of perfection and eaten or preserved within hours to the benefit of both the family's health and budget. What's more, vegetables like celery, chilies, spinach, or herbs are always bunched for sale and we often have to buy more than we needed for meal and endup wasted. But if you have a Kitchen Garden, these are readily available to be pick or cut as required.

Saturday, 4 May 2013

Cara Menanam strawberry dari Biji Benih

Ini adalah "description" asas untuk penanaman Srtawberry.


Description:
  • Height     : 6" - 10"
  • Spacing   : 18" -  24"
  • Sun Light : > 6 hours
  • Water      : Average
  • Harvest   : Normally 2nd years
  • Sowing    : Sow seeds 1/2" deep
  • Color       : Red/White Cream to Pinkish
  • Stratify    : 4-6Weeks
  • Germinations : 7 -35 days (Sometime takes longer)



Sebenarnya terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menanam Strawberry dari Biji benih. Anda perlu banyak bersabar kalau hendak menanam Strawberry dari biji benih. Ini kerana, ia mengambil tempoh yang agak lama untuk bercambah dan percambahannya pula tidak berlaku serentak (atau dengan kata lain ada yang cepat dan ada yang lambat dan lambat sangat).

Berdasarkan pengalaman saya yang lalu untuk menguji biji benih yang dibeli samada bercambah atau tidak, hampir "give up" juga dibuatnya sebab terlalu lambat. Berikut adalah langkah-langkah yang saya ambil:-

1. Rendam biji benih 15 minit, lepas itu saya letak dalam kertas tisu yang dilembapkan (bukan basah sampai air boleh menitik- nanti "rotten" pulak biji benih tu),  masukkan dalam plastik yang ada seal dan simpan dalam peti sejuk, sebelah atas tapi bukan freezer. "Stratification" ini adalah bagi memecahkan dormanisasi benih dan sebagai stimulasi Musim Dingin" dan memaksa biji benih untuk bercambah dengan lebih cepat, sekurang-kurangnya 4 minggu. (Tapi ada juga yang masukan biji benih dalam plastik dan terus simpan kedalam Freezer 4 minggu bagi tujuan yang sama (Tidak digalakkan)
Ini Contoh Biji Benih (Blueberry) yang diletakkan atas
 tisu lembap dan dimasukkan dalam plastik yang boleh disealkan,
Sebelum dimasukkan dalam Peti Sejuk. Lakukan seperti  ini
untuk biji benih Styrawberry .
 p/s : Saya tak ambil gambar untuk biji benih strawberry  tapi inilah cara yang saya buat.

2. Selepas itu, keluarkan dan semai dengan kedalaman 1/2" dalam "peat moss"/Spagnum moss" atau  "Peat  Pellet" (lebih baik kerana ia dapat mengelakkan gangguan pada akar anak pokok Strawberry semasa hendak mengalih anak pokok tersebut. Ini kerana masalah utama adalah semasa hendak mengalih anak pokok ke tempat lain, anak  pokok sering terganggu dan mati.

 Pastikan medium tanam disiram secukupnya, tapi tidak terlebih air letak di tempat yang  terang dan mendapat cahaya matahari  tetapi tidak secara terus, kerana anak pokok belum berupaya untuk menahan kepanasan. Pokok akan bercambah dalam masa 2-4 minggu dan kadangkala lebih lama lagi. Percambahannya tidak serentak.

Ini Gambar Anak Pokok Strawberry yang saya semai.
(Biji benih memang bercambah, tapi saya mengalami
masalah selepas mengalihnya dalam pasu lain, mungkin
terlebih/terkurang air sebab kurang perhatian diberikan
kepada pokok tersebut. Insyallah akan cuba lagi..
3. Pindahkan pokok di dalam pasu yang lebih besar apabila daun telah melebihi 3 helai. Siram seperti biasa, jangan biarkan medium tanam kering, terlebih air atau ada air yang bertakung. Pokok bersedia ditempatkan di tempat yang lebih panas apabila ia sudah cukup matang dan pastikan ianya disiram secukupnya tapi ingat jangan terlebih siram...

4. Sekiranya Pokok Strawberry berbunga pada tahun pertama, petik bunga tersebut, jangan biarkan ianya berbuah, ini adalah untuk membolehkan pokok tumbuh lebih stabil, sihat dan subur.

5. Pada tahun kedua bolehlah anda membiarkan pokok anda berbunga dan berbuah.

Selamat menanam,  jangan putus asa cuba dan terus mencuba..

P/s : Biji benih dikatakan boleh bercambah juga tanpa di "Stratify" tapi mengikut "time frame" dari "mother nature" mungkin lebih lambat, "may be" bukan di Malaysia kot sebab "Mother Nature" kat sini tak ada musim dingin yang boleh memecahkan dorminasi biji benih.

 Saya juga buat perkara yang sama pada biji benih yang bukan "native"nya dari sini, biasalah ada yang ok ada yang ko.Antaranya termasuklah Persimmon (Pisang kaki) , ke semua cambah tapi satu kena makan semut tinggal dua dan Jersey Blueberry (Kalau tak salah lablelah, kalau takpun mungkin "BlackBerry")
Gambar lama ni.. Pokok "Persimmon " - cepat cambah & " Blueberry" ??   - lambat cambah
..sekarang dah lebih dari 6" tinggi kedua jenis pokok ini..



12 comments:

  1. macam mane nak ambil biji benih tu

    ReplyDelete
  2. Ada macam-macam cara nak dapatkan biji benih dari strawberry. Ada yang membiarkan strawberry sedikit lecuh sebelum memenyek dalam tapisan halus untuk mengeluarkan serat di bawah cucuran air sehingga hanya biji benih sahaja yang tinggal.

    Ada juga yang mengcungkil dengan alat halus di permukaan buah yang mengandungi biji dan mengeluarkannya satu persatu.

    But remember - Most hybrid varieties WILL NOT GROW TRUE FROM SEED!

    ReplyDelete
  3. selalunye kalau saye guna tray semaian saye suke tunggu akar pokok tu panjang hingga senang nak cabut tapi kalau saye buat camtu jugak pokok strawberry tu camne ?

    ReplyDelete
  4. Boleh juga ..elok siram dulu sebelum mencabut pokok tersebut bersama dengan tanah untuk elakkan akar menjadi kering.. cabut perlahan-lahan Insyallah..

    ReplyDelete
  5. tumpang ty,, dari benih strawberri bp tempoh dia nk matang n bole kuarkan buah??

    ReplyDelete
  6. boleh tak gntikn mentol utk fotosentisis.?

    ReplyDelete
  7. ( Jawapan in sebenarnya telah di poskan ke email address pada 11//2/2014 yg lalu)

    Cahaya Tiruan (Artificial Light" dari mentol lampu boleh digunakan
    untuk proses awal mencambahkan anak benih dan membekalkan cahaya
    kepada tumbuhan yang tidk memerlukan banyak cahaya matahari.

    Tapi perkara yang penting adalah apabila menyediakan cahaya untuk
    tanaman "indoor" adalah Kualiti, Kuantiti dan Tempoh pencahayaan.

    Kualiti adalah merujuk kepada gelombang cahaya yang dikeluarkan oleh
    cahaya tiruan untuk keperluan pokok. Cahaya mungkin nampak putih di
    mata kita, tapi realitinya, ia terhasil dengan pelbagai gelombangan
    cahaya sebagaimana anada melihat spectrum "pelangi". Cahaya merah dan
    biru diperlukan oleh pokok sebagai sumber tenaga untuk tumbesaran jadi
    "Cahaya Tiruan" juga harus ada cahaya ini.

    Mentol lampu juga terdapat pelbagai jenis ada yang "natural", "full
    spectrum" dan ada yang "balance". Harganya pula lebih mahal dari
    mentol/lampu biasa (incandescent bulbs) yang biasanya hanya
    mengeluarkan cahaya merah atau tiub putih yang hanya mengeluarkan
    cahaya biru.

    Cara yang lebih murah untuk mendapat kualiti cahaya yang seimbang
    adalah dengan menggunakan kedua dua jenis mentol biasa dan lampu
    Flourescent.

    Ciptaan manusia tak akan pernah setanding dengan Ciptaan Allah SWT -
    "Cahaya Matahari "

    Harap ini dapat membantu anda! Selamat Mencuba!

    ReplyDelete
  8. salam..nak tanya cecair apa yang digunakan utk membasahkan tisu adakah air biasa? dan ada baja khas tak untuk percambahan biji benih?

    ReplyDelete
  9. Biji benih strawberry tu yg mane...dr buah nye ataw dr bawah tampuk daunnye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biji benih strawberry adalah bintik2 kecil kat permukaan buah tu.....

      Delete
  10. Nk tnya,kalau suhu 30 c boleh tnm ke

    ReplyDelete
  11. Nk tnya,kalau suhu 30 c boleh tnm ke

    ReplyDelete