This is a blog of one small Kitchen Garden that grows vegetables, herbs, and flowers. Learn how to grow your own fresh organic food, cut flowers, and herbs for your everyday use. You do not need a lot of space to plant a kitchen garden. Create beautiful container gardens and grow your own food year round in the city. It is that easy when you grow plants from seeds or from cutting. Lets start growing now...!
There's nothing can match the flavour of home-grown vegetables or herbs. They can be picked at the moment of perfection and eaten or preserved within hours to the benefit of both the family's health and budget. What's more, vegetables like celery, chilies, spinach, or herbs are always bunched for sale and we often have to buy more than we needed for meal and endup wasted. But if you have a Kitchen Garden, these are readily available to be pick or cut as required.

Saturday, 11 May 2013

MY LESTARY GARDEN UP DATE

Sorry dah lama tak update perkembangan "My Lestary Garden", agak sibuk dengan macam-macam hal. Kerja mencantas pokok Moringa yang besar sangat kat kebun belakang pun mengambil masa yang agak lama juga kerana dibuat sikit-sikit.
Pokok Moringa tinggal tunggul sekarang, tapi tunas baru asyik keluar ...

Saya ada menanam pokok labu, ia perlukan kawasan yang lebih luas jadi saya kenalah bersihkan kawasan yang ditanam dengan pokok "Helicornea" bagi memberi ruang kepada pokok labu dan alihkan sekali junjung pokok sirih dan Lada Hitam ke tempat lain.
Sekarang  tinggal sedikit lagi pokok "Helicornea" kiri dah tak ada ...Sebelah kanan tuu.. rizomnya belum dikorek  keluar sepenuhnya..

Pokok asparagus pulak dah terlalu menyemak jadi kena buat kerja cantasan, saya buang habis hanya tinggal tunggul harap akan keluar sulurnya nanti.
Asparagus ni dah tak ada tinggal sulur yang baru naik sahaja.

Tengok Benih Mulberry banyak rasa rugi pulak kalau tak ditanam, jadi  saya sediakan tempat dan tanam lebih banyak Pokok Mulberry untuk wujudkan ladang mini Mulberry (16 pokok jer tanam- harap dapat kutip hasil untuk buat jem manalah tahu boleh buat tart jem Mulberry Raya tahun ni).

Lepas tu teringin pulak nak ada Mini Vineyard sendiri, Setakat ini 24 pokok dah tanam tapi banyak juga yang dah rosak akibat serangan babi... sabar jealah...
Tentu seronok kalau ada vineyard sendiri kat rumah
Ni baru lepas buang "sucker". "Sucker" tu saya  semai pulak buat benih untuk "Vineyard"

Baru lepas "Prunning"

Okay ini pula, up date pokok sayuran yang ada  atau masih ada di My Lestary Garden.

1. Zuchinni Black Beauty

Kedua pokok ni dari sampul benih yang sama tapi tak pasti pula kenapa daunnya berbeza. Setakat ini ia baru mengeluarkan bunga jantannya sahaja, biasa selepas keluar bunga jantan baru keluar bunga betina.

Ada 3 lagi pokok Zuchinni Black Beauty yang saya tanam tapi belum sebesar kedua pokok ini lagi.

Ini yang ditanam dalam "rised bed"

yang ni "rised bed di bawah tunggul Moringa


"Zuchinni Black Beauty" inilah bentuk buah yang sepatutnya dikeluarkan oleh kedua pokok tersebut.


2. Tomatillo Grande Rio Verde

Masih ingat lagi pokok Tomatillo yang saya pernah up date sedang berbunga dulu. Tahu tak saya dah ada niat nak buang aja pokok ni sebab tak nampak bunganya membentuk buah sebiji pun selepas menunggu lama ingatkan pokok jantan ke..

Sebenarnya ada beberapa sebab mengapa Tomatillo tak berbuah. Antaranya mungkin pokok yang ditanam hanya sepokok maka "cross polinate" tak berlaku, kedua mungkin tak ada agen untuk "cross polinate"kan debunganya,  ketiga cuaca yang terlalu panas boleh membuatkan buah tidak menjadi.

Sebab  pertama tak mungkin sebab saya tanam dua pokok yang saling bersebelahan. Boleh jadi sebab kedua dan ketiga mengapa tomatillo tak menghasilkan buah. "Polination agent" memang kurang dan cuaca pula memang panas sangat.

Saya cuba lakukan "Polination" sendiri, saya petik sekuntum bunga dan "rub" kan stigmanya dari satu bunga-ke bunga yang lain. Mungkin ini lah hasilnya  sekurang-kurangnya setakat ini 2 kantung yang bersaiz  lebih dari 1 1/2" telah terbentuk Alhamdulillah....
Kantung Buah Tormatillo Rio Verde  yang  saya tanam


 3. Green Vates Collard

Ni salah satu dari banyak pokok "Green Vates Collard"  cantik dah bentuk bentuknya macam bunga, rasanya macam kailan tapi sedikit pahit. Kalau nak masak lebih elok ambil pucuk muda.




4. Pak Choi

Pokok ni cepat betul membesar kejap jea dah boleh makan hasilnya, Alhamdulillah..
Seronok bila nak baru pergi petik dan masak 'fresh from the garden to the kitchen"..

Petik dua jambak untuk dimasak....


Pak Choi  atau sawi putih subur betul yang satu ni.....

5.  Easter Eggplant

Last time masa up date buah terung ni tak sempat besar sebab kena curi dengan tupai tanah. Sekarang ni sedang berbuah kedua pokok terung ni tapi sebiji dari buahnya dah rosak ada kesan gigitan tupai.
Tak tahulah nasil buah terung ni this time...

6. Brussle Sprout or Kale???

Brussle Sprout atau Kale ??? bila dah besar tengok daunnya macam daun Kale tapi setahu saya masa mula menanamnya dalam simpanan saya belum ada lagi benih Kale, tak tahulah kalu supplier tersalah lable..., rupanya macam kale sebab daun Russian Kale yang saya baru saya tanam juga kelihatan seperti ini, membesar seperti ini cuma tengah uratnya ada sedikit kemerahan. Kale agaknya ni.....

Rupa pokoknya masa kecil...

dah besar sikit ni...

Ni gambar sekarang..., dipangkal pelepah daunnya
kalau Brussle Sprout akan keluar macam kobis kecil,
tapi yang ni keluar pelepah daun kecil yang lain.


6. Purple Kholrabi

Pokok Purple Kholrabi ni dah mula menampakkan "Bulb"nya bahagian yang membentuk bulat itulah yang biasanya digunakan dalam masakan selain daunya.




7. French Breakfast Radish

Inilah rupa salah satu dari lobak "French Breakfast Radish" saya ada tanam beberapa pokok, semakin lama lobaknya akan semakin tertonjol keluar menampakkan warna merahnya yang terang.
Besar jugalah French Breakfast Radish ni

8. Sweet Little Pimento Pepper

Saya ada tanam lebih kurang 5 pokok , pokok lada ini dan sekarang ia sedang lebat berbuah..Pokoknya rendah kurang dari 12" sebab masa tebang pokok Mongaria pokok ni jadi mangsa kena hempap dengan dahan-dahannya tapi nasib baik tak mati. syukur...Alhamdulillah...




9. Italian Basil, Red Chard, Food hook Swiss Chard dan Red Romanie Lettuce

Italian Basil

Northern Light Red Chard

Ford Hook Swiss Chard

Red Romaine Lettuce... ini yang paling subur...

10. Pumpkin (Labu dan Petola)

Saya juga menanam beberapa jenis labu spt spaghetti, green stripe, butternut dan petola ular.






 11. Lain-lain Pokok Anggur, Jambu Madu, Orange, Jujube(Bidara/Kurma China dan Mulberry

Pokok ni dah lama saya tanam (>5 tahun)  tapi gugusan buahnya tak lebat. (Tak pasti jenis apa ada yang kata dari jenis Isabella)
Yang ini pula masih baru, susunan buahnya cantik dengan tangkainya yang panjang . Penjual tidak tahu dari spesis apa tapi katanya buahnya masak hijau.


Gambar ini diambil awal masa pokok sedang berbunga lebat. Ini antara buah yang terawal keluar sekarang  dah tak ada lagi  gugur sebab tak larat nak makan dah..

Asalnya saya nak buang dah pokok ni sebab boleh dikatakan tak berbuah langsung, Jadi saya tak berminat nak  menyimpannya lagi disamping daunnya yang rosak teruk dan menjadi sarang pelbagai jenis serangga perosak. Saya buat unggun api dipangkalnya. Tak sangka pulak lepas kena bakar berbuah lepat pulak sampai melambak-lambak gugur ke tanah
Ini buah orange dari pokok yang ditanam di depan rumah. Orange ni dari jenis yang bersaiz besar. Ukuran diameternya hampir mencecah 4". Tumbuh secara tak sengaja , masa tinggal dirumah lama bijinya dibuang kedalam pasu dan tumbuh. Kami tak tahu limau apa pada mulanya sehinggalah ia mengeluarkan buah...Orange rupanya..., berkulit tebal, yang kuning tu warna sebenarnya sedikit orange macam gambar dibawah... Sedap juga rasanya...





Ini pula pokok "jujube" atau kurma cina atau bidara. Baru belajar berbuah adalah dalam 5-6 biji, buah yang tidak berapa masak rasa sedikit rangup seperti apple sebab itu ada yang menggelarkannya sebagai "apple Vietnam" dan sedikit  "melekit" apabila masak, 

Ni pokok Mulberry selepas di prunning banyak mengeluarkan buah. Buah sedekah kat burung jea sebab tak cukup untuk buat jem, sekarang pokok Mulberry ni dah dikelilingi dengan beberapa pokok  Mubberry lain, harap dapat kumpul banyak buahnya untuk dibuat jem, Insyallah...
Okay  setakat tu ajalah buat kali ini update "My Lestary Garden untuk anda, kepada semua "Happy Gardening" and Have a nice day!

STRAWBERRY AND KIWI PLANT (UNNOTICEABLE GROWING)

Yup..  unnoticeable  Strawberry and Kiwi Plant, why ???...becoz I really didn't notice, that  there are these plants until I'm pulling weeds from my pepper and grapes pots.

I managed to transfer 3 of the strawberry plants into the small pots, but I can see there are few more little tiny strawberry plant, but I just wants to let it grow bigger enough before transfer it into another pot.
This is the three musketeers Strawberry Plant
Ni saiz yang paling besar saya jumpa..
Masa saya cabut rumput-rumput lain yang memanjang dalam pasu pokok lada , tiba-tiba saya nampak pokok  luarbiasa ni, beberapa tompok di bawah rumpai yang saya cabut. Emmm  dalam hati berkata tak pernah lagi aku cabut rumput jenis ni. Setelah amati betul-betul saya pasti benar ni pokok strawberry (jenis apa tak tahulah pulak), sebabnya sebelum ini saya ada menyemai beberapa benih strawberry dan pokoknya bercambah macam nilah.


Tut.. tut baru ingat, saya ni biasanya "recycle" balik "peat moss" yang digunakan untuk menyemai benih, ini mungkin benih strawberry yang saya jangkakan takkan tumbuh lagi dan dah "give up" sebab lama sangat tak tumbuh-tumbuh maka saya gunakan "peat moss" tu untuk "topup" dalam pasu lada. Sebab saya "topup" dan tidak "mix" dengan tanah lain.. jadi ia berada di sebelah atas dalam pasu pokok lada mungkin ini memudahkannya bercambah.. Allhamdulillah... harap menjadilah hendaknya pokok ini..

Sama jugalah dengan cerita pokok Kiwi ni, saya guna "peat moss" yang benih semaian kiwinya tak bercambah untuk "top up" dalam pasu keratan pokok anggur saya. Tup.. tup.. bila nak cabut rumput dan pokok yang menyemak terjumpa lak pokok kiw ni..ada rezeki tambahan Alhamdulillah..... 

Nak tahu macam mana saya tahu ni pokok kiwi??? Sebabnya dulu saya juga pernah menyemai pokok kiwi tapi sepokok jea yang hidup. Jadi sempatlah saya lihat dan rasa tekstur daunnya, warnanya hijau muda daunnya lembut dan terasa sedikit berbulu. Malangnya pokok itu tak hidup lama sebab saya terpaksa mengabaikannya kerana menemani umi lama di hospital, jadi pokok tu mati.

Nilah pokok kiwi tu... ada 5 pokok.setakat ini. harap akan tumbuh lagi pokok-pokok yang lain... sebabnya  kebiasaanya pokok kiwi ni ada jantan dan betina. Sekurang-kurangnya satu pokok kiwi jantan diperlukan bagi 5 pokok kiwi bertina. Tetapi ada juga pokok kiwi yang boleh "self pollinate" yang terbaru kot "Hybrid"..
Pokok Kiwi (yang ni paling besar)

Pokok Kiwi Besar dan 4 lagi pelbagai saiz

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis kiwi.. yang mana satu yang  buah yang akan dihasilkan oleh pokok yang saya tanam tak pastilah pulak tapi "for sure" memang pokok Kiwi, harap-harap boleh hidup dan mengeluarkan buahlah, Insyallah

Bunga Jantan dan Bunga Betina

Ini Bunga Jantan Pokok Kiwi

Ini Bunga Betina Pokok Kiwi


Moral of the story

1. Kalau pokok non-native yang anda semai biji benihnya tak cambah-cambah, jangan dibuang terus. Memang kadang kala ia mengambil masa berbulan-bulan dan kadang kala bertahun baru nak cambah.

2. Kalau anda tak nak "keep" dalam pasu sebab guna banyak ruang, "top up" dalam pasu yang memang ada pokok hidup yang anda tak akan lupa untuk siram. Pass tu jangan lupa untuk letak "Lable" manalah tahu tup..tup tumbuh pula benih tuu.. kalau tak letak "lable" takut nanti  terbuang pulak anak pokok tu kerana disangka sebagai rumpai yang menyemak dalam pasu.. Kalau tak biasa  memang susah nak kenal anak benih pokok yang masih kecil kan??.

3. Kalau menyemai benih "non-native fruits or plant" kena banyak sabar jangan terus buang jer bila sebulan dua tak tumbuh lagi.. terus menyiram pasu tu jangan bagi kering atau terlebih air. Isyallah.. kalau ada rezeki adalah pokok yang tumbuh


P/s : Teringat lak benih-benih "non-native" yang tak bercambah dalam "peat moss" yang telah saya gaulkan dengan tanah untuk tanam sayur. Bolehkah bercambah, kalau cambah aku kenal tak pokok apa??  rasanya tak sebab seumur hidup tak pernah tengok secara " life"  pokok "non-native" seperti cranberry, blackberry, blackcurrant, red current and etc. ini kan pulak untuk mengenal anak pokok yang kecil sangat. Tak ada harapanlah nampaknya.. "I learn my lesson now.". biarpun bertahun tak tumbuh pastikan anda tahu mana anda letakkan tanah/"peat moss" yang pernah digunakan untuk menyemai biji benih yang sangat bertuah kalau bercambah tuu.


Lastly Happy Gardening to All Gardeners out there...!

Saturday, 4 May 2013

Cara Menanam strawberry dari Biji Benih

Ini adalah "description" asas untuk penanaman Srtawberry.


Description:
  • Height     : 6" - 10"
  • Spacing   : 18" -  24"
  • Sun Light : > 6 hours
  • Water      : Average
  • Harvest   : Normally 2nd years
  • Sowing    : Sow seeds 1/2" deep
  • Color       : Red/White Cream to Pinkish
  • Stratify    : 4-6Weeks
  • Germinations : 7 -35 days (Sometime takes longer)



Sebenarnya terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menanam Strawberry dari Biji benih. Anda perlu banyak bersabar kalau hendak menanam Strawberry dari biji benih. Ini kerana, ia mengambil tempoh yang agak lama untuk bercambah dan percambahannya pula tidak berlaku serentak (atau dengan kata lain ada yang cepat dan ada yang lambat dan lambat sangat).

Berdasarkan pengalaman saya yang lalu untuk menguji biji benih yang dibeli samada bercambah atau tidak, hampir "give up" juga dibuatnya sebab terlalu lambat. Berikut adalah langkah-langkah yang saya ambil:-

1. Rendam biji benih 15 minit, lepas itu saya letak dalam kertas tisu yang dilembapkan (bukan basah sampai air boleh menitik- nanti "rotten" pulak biji benih tu),  masukkan dalam plastik yang ada seal dan simpan dalam peti sejuk, sebelah atas tapi bukan freezer. "Stratification" ini adalah bagi memecahkan dormanisasi benih dan sebagai stimulasi Musim Dingin" dan memaksa biji benih untuk bercambah dengan lebih cepat, sekurang-kurangnya 4 minggu. (Tapi ada juga yang masukan biji benih dalam plastik dan terus simpan kedalam Freezer 4 minggu bagi tujuan yang sama (Tidak digalakkan)
Ini Contoh Biji Benih (Blueberry) yang diletakkan atas
 tisu lembap dan dimasukkan dalam plastik yang boleh disealkan,
Sebelum dimasukkan dalam Peti Sejuk. Lakukan seperti  ini
untuk biji benih Styrawberry .
 p/s : Saya tak ambil gambar untuk biji benih strawberry  tapi inilah cara yang saya buat.

2. Selepas itu, keluarkan dan semai dengan kedalaman 1/2" dalam "peat moss"/Spagnum moss" atau  "Peat  Pellet" (lebih baik kerana ia dapat mengelakkan gangguan pada akar anak pokok Strawberry semasa hendak mengalih anak pokok tersebut. Ini kerana masalah utama adalah semasa hendak mengalih anak pokok ke tempat lain, anak  pokok sering terganggu dan mati.

 Pastikan medium tanam disiram secukupnya, tapi tidak terlebih air letak di tempat yang  terang dan mendapat cahaya matahari  tetapi tidak secara terus, kerana anak pokok belum berupaya untuk menahan kepanasan. Pokok akan bercambah dalam masa 2-4 minggu dan kadangkala lebih lama lagi. Percambahannya tidak serentak.

Ini Gambar Anak Pokok Strawberry yang saya semai.
(Biji benih memang bercambah, tapi saya mengalami
masalah selepas mengalihnya dalam pasu lain, mungkin
terlebih/terkurang air sebab kurang perhatian diberikan
kepada pokok tersebut. Insyallah akan cuba lagi..
3. Pindahkan pokok di dalam pasu yang lebih besar apabila daun telah melebihi 3 helai. Siram seperti biasa, jangan biarkan medium tanam kering, terlebih air atau ada air yang bertakung. Pokok bersedia ditempatkan di tempat yang lebih panas apabila ia sudah cukup matang dan pastikan ianya disiram secukupnya tapi ingat jangan terlebih siram...

4. Sekiranya Pokok Strawberry berbunga pada tahun pertama, petik bunga tersebut, jangan biarkan ianya berbuah, ini adalah untuk membolehkan pokok tumbuh lebih stabil, sihat dan subur.

5. Pada tahun kedua bolehlah anda membiarkan pokok anda berbunga dan berbuah.

Selamat menanam,  jangan putus asa cuba dan terus mencuba..

P/s : Biji benih dikatakan boleh bercambah juga tanpa di "Stratify" tapi mengikut "time frame" dari "mother nature" mungkin lebih lambat, "may be" bukan di Malaysia kot sebab "Mother Nature" kat sini tak ada musim dingin yang boleh memecahkan dorminasi biji benih.

 Saya juga buat perkara yang sama pada biji benih yang bukan "native"nya dari sini, biasalah ada yang ok ada yang ko.Antaranya termasuklah Persimmon (Pisang kaki) , ke semua cambah tapi satu kena makan semut tinggal dua dan Jersey Blueberry (Kalau tak salah lablelah, kalau takpun mungkin "BlackBerry")
Gambar lama ni.. Pokok "Persimmon " - cepat cambah & " Blueberry" ??   - lambat cambah
..sekarang dah lebih dari 6" tinggi kedua jenis pokok ini..