This is a blog of one small Kitchen Garden that grows vegetables, herbs, and flowers. Learn how to grow your own fresh organic food, cut flowers, and herbs for your everyday use. You do not need a lot of space to plant a kitchen garden. Create beautiful container gardens and grow your own food year round in the city. It is that easy when you grow plants from seeds or from cutting. Lets start growing now...!
There's nothing can match the flavour of home-grown vegetables or herbs. They can be picked at the moment of perfection and eaten or preserved within hours to the benefit of both the family's health and budget. What's more, vegetables like celery, chilies, spinach, or herbs are always bunched for sale and we often have to buy more than we needed for meal and endup wasted. But if you have a Kitchen Garden, these are readily available to be pick or cut as required.

Sunday, 7 April 2013

Artichoke


Artichoke atau Cynara Scolymus. Ia adalah sejenis spesis sayuran yang jarang sekali ditanam oleh penduduk Malayisa. Sayuran Artichoke adalah merujuk kepada kudup bunga pokok Artichoke yang belum mekar. Kudup bunga inilah yang dijadikan bahan masakan. Sekiranya kudup ini dibiarkan mekar (menjadi bunga), ia akan menghasilkan bunga yang cantik menghiasi taman anda sebelum terhasilnya benih artichoke.

Bunga Artichoke



Terdapat pelbagai jenis Artichoke dengan pelbagai saiz dan warna, antaranya adalah seperti :-

Saiz Besar dan Berwarna Hijau : Green Globe (Popular di USA dan Afrika Selatan)
Saiz Sederhana dan Berwaran Hijau :
Verde Palermo (Popular di Itali) Blanc de Tudela (Popular di Sepanyol)
Saiz Besar dan Berwarna Purple :  Romenesco (Popular di Itali)
     




Saiz Sederhana dan Berwarna Purple :
Violet de Provency/Early Violet (Perancis)
Cara Menanam Artichoke

Tanah dan Tempat


Artichoke perlu kan tanah yang subur dengan saliran yang sempurna tapi tidak terlalu poros kerana ia akan mengering dengan cepat. Anda perlu tahu pokok ini agak besar dan akan hidup sehingga 4 tahun,jadi anda perlu pastikan ia mestilah selalu dibaja untuk mengekalkan kesuburan tanah. Pokok yang rimbun ini memerlukan 3-4 kaki lebar dan akan meninggi sehingga 5 kaki tinggi,  elakkan ia dinaungi oleh pokok lain 

kerana ia gemarkan cahaya matahari.

Penjagaan

Gembur tanah dengan bahan kompos atau bahan organik di musim panas. Buatlah kayu penyokong bagi pokok yang tinggi bagi mengelakkan batangnya patah.


Untuk tahun pertama jangan biarkan pokok berbunga - buangkan kudup bunga yang keluar. Apabila pokok Artichoke mula matang pada tahun kedua, hadkan jumlah kudup utama  kepada 5 - 6 sahaja. Kerat Kudup apabila ukuran dimeter melintang kudup bersaiz  4 inci. Lakukan keratan pada ukuran 6 inci dari bawah kudup, ini akan memberi peluang kepada kudup bersaiz kecil untuk membesar.




Selamat Menanam!
p/s : Dapatkan benih artichoke "Green Globe" & Romanesco di sini