This is a blog of one small Kitchen Garden that grows vegetables, herbs, and flowers. Learn how to grow your own fresh organic food, cut flowers, and herbs for your everyday use. You do not need a lot of space to plant a kitchen garden. Create beautiful container gardens and grow your own food year round in the city. It is that easy when you grow plants from seeds or from cutting. Lets start growing now...!
There's nothing can match the flavour of home-grown vegetables or herbs. They can be picked at the moment of perfection and eaten or preserved within hours to the benefit of both the family's health and budget. What's more, vegetables like celery, chilies, spinach, or herbs are always bunched for sale and we often have to buy more than we needed for meal and endup wasted. But if you have a Kitchen Garden, these are readily available to be pick or cut as required.

Wednesday, 27 March 2013

Caper (Capparis Spinosa) Seeds from Greece

Semalam saya baru terima biji benih dari Greece (Greek), Artichoke Romanesco, Artichoke Early Viloet dan Caper (Capparis Spinosa). Caper ni saya cari sebab,  Sri Kota Garden ada mencari biji benih ini. Buat masa ini saya tidak akan listing dalam web "My Lestary Seeds" biji benih  Caper ni, memandangkan harganya yang agak mahal dan kuantitinya sedikit dan ditambah pula dengan tahap "Germination"nya rendah serta lambat, malahan mungkin mengambil masa lebih dari 3-4 bulan.

Sampul yang pertama saya buka hanya mengandungi 2 biji sahaja manakala yang ke dua pula 5 biji. Dalam Simpanan saya terdapat dua lagi sampul yang belum dibuka. Tapi kalau Cik Sri Kota Garden berminat boleh hubungi saya melalui email untuk mengetahui harganya tetapi kandungan biji benih dalam sampulnya saya tak dapat nak pastikan.

Cara penyediaan biji benih Caper (Capparis Spinosa)

1. Mula-mula sediakan air pada suhu110-115F, rendam biji benih sekurang-kurangnya 12 jam.
2. Lepas tu gunakan "Towel Peper" lembapkan dan balut biji benih, masukkan dalam plastik bag atau balang kaca tutup,
3. Simpan dalam peti sejuk  selama 65 - 70 hari
4. Keluarkan rendam dalam air bersuhu 110-115F semalaman.
5. Semai pada kedalaman 1/2" dalam media campuran tanaman di dalam pasu
6. Letak di tempat separa/full sunlight, siram dan pastikan tanah tidak kekeringan
7. Insyallah biji benih akan bercambah dalam 3-4 minggu kadang kala membawa kepada 2-3 bulan
(Bukan semua bijik benih akan bercampah pada waktu yang sama)
8. Elakkan sebarang gangguan kepada akar anak pokok
9.Bunga pertama akan kelihatan pada tahun kedua

Apa itu Pokok Caper???

Pokok Caper tumbuh subur di celah-celah batu di Mediterranean
Pokok Caper adalah merujuk kepada sejenis pokok renek yang mengeluarkan jambakan bunga dan banyak
di tanam di pinggir pantai Mediterranean. kadangkala terdapat di celah-celah bukit, batu atau rekahan tembok bangunan di sepanjang jalan. Ia juga turut dijumpai tumbuh di pulau-pulau sepanjang Lautan Atlantik, Laut Caspian dan Laut Hitam.




Masyarakat Purba Greek dan Roman telah lama menggunakan pokok dan buah berry Caper sebagai bahan ubatan dan masakan. Caper terkenal dengan kandungan bahan Anti-Oksidan dan Bio-Flavinoidnya yang tinggi. Ia baik untuk jantung, arteriosclerosis, sebagai agen diuretics, kidney dinfectants, vermifuges dan sebagainya.

Caper?





Caper adalah merujuk kepada kudup bunga yang tak terbuka pada pokok caper. Ia biasanya dipetik dengan tangan di sebelah pagi yang kering dan panas. Caper terbaik adalah yang bersaiz kecil dan dikenali sebagai "Nonpareils" di Perancis dan Itali. Ia sebesar saiz kacang pea dan akan membesar seperti saiz buah zaitun sebelum berkembang menjadi bunga.

Sebenarnya terdapat banyak jenis Caper, dan yang paling banyak dituai adalah dari pokok yang tidak berduri dan bentuk kudupnya lebih bulat kerana rasanya lebih konsisten dan sedap.


Apa rasanya Caper ni???

Caper memiliki rasa yang luarbiasa atau denga kata lain ia memiliki kepelbagaian rasa. Rasanya menusuk, pedas dan menyelerakan, aromanya kuat dan tersendiri. Ia biasanya dimasukkan di dalam masakan daging, ikan, salad, sos pasta dan sebagainya.

Ini bukan steak yang saya makan tu..
sekadar gambar hiasan
Ya, saya pernah makan caper ni yang dimasukkan di dalam Blackpepper Steak semasa kerja di Resort dulu. Memang selalulah saya order Steak ni, sebab saya sangat gemarkan sosnya yang dimasukkan caper. Saat paling best ialah bila caper ni saya pecahkan di dalam mulut, masih boleh ingat bagaimana aroma pedas yang menyelerakan itu merebak ke dalam mulut selepas digigit...aahhh seronoknya...

Cubalah masak dan letak caper ni ya.


P/s : Rasanya dulu saya ada juga tanam pokok caper ni tapi dari jenis lain "Caparis Tomentosa", tapi tak tahulah  pulak pokok Caper. Beli sebagai pokok hiasan, tanpa melihat bunganya sebab ketika itu ia tidak berbunga, cuma diberitahu ia jenis pokok yang berbunga. Tup..tup.. bila berbunga saya jadi pelik lah pulak, sebab bunganya tak lah cantik, tapi macam bunga pokok jambu jea.. tapi tak pulak berbuah jambu. Nanti saya tengok ada lagi tak pokok ni atau dah mati. Saya tak berapa hirau sangat sebab bunganya kurang cantik.

Bunga Pokok yang saya tanam tu lebih kurang cam nilah
 (Tak baikkan?? setiap sesuatu Allah jadikan bersebab dan ada kebaikannya yang tersendiri, saya patut menghargai setiap sesuatu makhluk yang Allah jadikan-Insyallah akan lebih banyak berfikir akan nikmat yang Allah kurniakan- Alhamdulillah)









Thursday, 14 March 2013

My Lestary Garden Update

Minggu ini cuaca agak baik kerana hanya mendung dan kadang kala panas jadi keadaan "Kitchen Garden" saya lebih baik kerana tanah tidak digenangi air akibat hujan.

SMALL CUCUMBER BUSH

Saya membuka sampul buah timun yang saya sampul minggu lalu, tak sangka cepat betul membesar, Alhamdulillah. biarpun tak banyak tapi sempat juga ia sampai ke saiz ini (Diameternya dalam 2", panjang tak panjang dalam 6" lebih) .

Pokok timun ini adalah dari jenis "Small Bush Cucumber". Saya tak jangkakan diameternya lebih dari 2". Tapi tidak pasti adakah sebab musim hujan baru-baru ini menyebabkannya bersaiz demikian.
Kesimpulannya, saya rasa saiz buah timun ini hanya biasa tetapi pokoknya sahaja yang tidak terlalu besar seperti kebiasaan pokok timun yang normal.
Saya khuatir, kegemukan timun saya disebabkan bijinya dan sudah tua jadi saya telah memetik sebiji yang paling besar untuk melihatnya. Alhamdulillah "just nice". 
"My Small Bush Cucumber"


Saya petik yang ini, warna agak "pale" sebab
saya sampul timun ni.



Gambar dari dekat masih gerutu (sebab masih muda) "Umi" cakap tak tua lagi.
Kalau tua dah tak gerutu dan cantik. Orang tak lak macam
ni???? 

Ni gambar lepas potong, rasanya "sweet and crunchy"

EASTER EGGPLANT (TERUNG TELUR)


Gambar bawah ni diambil semalam, hati baru nak berbunga, pagi ni dah lesap kena kebas dengan si tupai tanah (Chipmunk) yang banyak kat kawasan rumah saya ni. Nampak gayanya semua buah kena sampul. Korek mengorek juga kerja tupai tanah.

Sekarang ni dia belum jumpa pokok carrot saya, harap tak jumpalah kalau tak habislah.....

Buah Terung Easter yang hanya tinggal kenangan
Baru nak belajar berbuah dah kena kebas....
Macam ni lah rupa si pencuri yang lincah tu.....comel


PURPLE VIENNA KHOLRABI

Sudah lebih dari sebulan umur Purple Vienna Kholrabi, ini yang paling besar, yang kecil ada dua tiga batang lagi. "Bulb" masih belum kelihatan lagi.
Ini bukan pokok saya, sebagai perbandingan sahaja,
Pokok saya belum ada "bulb" seperti  ini lagi
Harap "Purple Vienna Kholrabi" ini dapat membesar dengan sihat...

BRUSSLE SPROUT

Ini pokok Brussle Sprout  terlindung balik kayu, saya minta anak saudara yang ambil gambar ni tak tahu pulak ambil bahagian belakangnya, jadi ia kurang jelas. Pokok ini nampak macam sihat jea....

Brussle Sprout yang tengah "Pole Dance" hik..hik

ASPARAGUS UMBELLATUS

Gambar yang kat bawah ni adalah dari asparagus hiasan saya, dari jenis "Asparagus Umbellatus" Ia lebih popular sebagai fungsi tanaman hiasan kerana batangnya dan bentuk daunya yang cantik. saya juga menanamnya sebagai hiasan. 
Asparagus biasanya ditanam bagi mendapatkan sulur atau rebungnya untuk dimakan. Asparagus yang biasa ditanam untuk tujuan ini biasanya adalah dari jenis Asparagus Officinalis. Tapi ini tak bermakna asparagus yang dijadikan tanaman hiasan tidak boleh menghasilkan rebung untuk dimakan cuma ia kurang popular. 

Saya akan membuat "experiment" dengan pokok ini, cantas semua batangnya hingga botak. Nanti kita lihat sulur baru yang akan keluar, Insyallah saya akan "update"kan perkembangannya bila dah ada sulur yang keluar.

Usia pokok asparagus ni dah lebih 5 tahun, dah tua pun. rasanya ia
boleh hidup sehingga 20 tahun untuk mengeluarkan hasil..
Sebenarnya terdapat lebih dari 20 jenis pokok asparagus. Jenis yang paling popular adalah dari jenis Asparagus Hijau. Asparagus jenis ini menerima cahaya matahari secara terus dan mengalami proses fotosintesis yang membuatkannya berwarna kehijauan dan lebih lembut.

Jenis Asparagus Putih adalah yang tertanam di dalam tanah dan tidak menerima cahaya matahari menyebabkan warnanya putih. Jenis ini biasanya ditinkan dan kurang dari segi rasa.

Jenis yang ketiga adalah asparagus ungu (Purple), ia tidak bergitu panjang lebih kurang 3 " dan mempunyai rasa seperti buah sedikit dan kadang kala sedikit pahit berbanding hijau dan putih.



Asparagus Hijau, Putih dan Purple

Okay sampai sini jea buat hari ni, Lastly wishing you "HAPPY GARDENING" !!!

Friday, 8 March 2013

My Lestary Garden Update


Sudah lebih dari 3 bulan sejak saya mula projek kecil "My Lestary Garden" yang lebih menjurus kearah "Kitchen Garden" atau "Edible Garden (Taman Serbaguna). Selain daripada hendak mewujudkan "Kitchen Garden" yang mengeluarkan pelbagai jenis bahan sayuran untuk makanan sendiri, mengisi masa lapang dan menanam sayuran dari spesis luar negara, ia  juga adalah satu "experiment"  bagi diri saya sendiri untuk memperolehi pengalaman menjadi penanam sayur memandangkan saya tiada pengalaman dalam bidang ini.

Nak tahu apa perkembangan terkini "Kitchen Garden" saya?? Ini adalah berita terkini mengenai pokok sayuran yang saya tanam.


PERIHAL POKOK TOMATO SAYA

Jenis sayuran yang mula-mula saya tanam adalah tomato, dari pelbagai jenis, seperti Sungold Tomato,Yellow Pear Tomato, Cherry Red Tomato, Roma Tomato, Pink Brandywine Tomato, Italian dan Cherokee Purple.

 Dari segi percambahan biji benih tiada masala dihadapi cuma ada yang lambat dan ada yang cepat. Hampir semua pokok membesar sehingga ke tempoh matang dan bersedia mengeluarkan bunga dan buah. Tapi sayang hampir separuh pokok tomato saya yang sudah mula mengeluarkan bunga dan ada juga yang dah mula berbuah menghadapi masalah dari bahagian pangkal bawah pokok bermula dengan daun akan kekuningan dan layu. Pada saya mulanya tidak dapat memastikan punca sebenar ianya berlaku adakah ianya terlebih baja??. 

Menurut Pakcik saya, pokok tomato yang di tanam dalam "Rised Bed"  berangsur mati kerana akarnya mereput keranat air yang bergenang lama, akibat musim hujan yang melampau (turun sejak dari bulan November hingga kini kerap juga hujan. Saya rasa ada betulnya juga. So saya mengambil inisiatif nak cuba selamatkan pokok  itu dengan mengalihnya ke tempat lain yang dirasakan peluang untuk hidup lebih cerah. Pokok Tomato yang sebaya yang saya tanam di dalam polybeg setakat ini masih sihat harap ia dapat bertahan dan mengeluarkan buah. 

Gambar Minggu Lepas"
Pokok Tomato Yellow Pear Kanan
sudah kelihatan layu. Pokok
sebelah kirinya saya tanam di tempat lain
Gambar Hari ini :
 buah Tomato Yellow Pear dari  pokok yang layu
tu. Sayang nak buang, jadi saya cucuk jea kat tempat lain pulak
Gambar Hari Ini :
Antara Pokok Tomato yang telah di alih
Ke tempat lain


Gambar Hari Ini:
Pokok Tomato dalam Poly Beg masih elok


Gambar Hari ini :
"Rised Bed" Kini hanya tinggal satu pokok tomato.
 Pokok "Sungold  Cherry Tomato" sayang nak
alih sebab sedang galak berbuah takut terencat.
Tak nampak lagi tanda kekuningan pada daun  bahagian
bawah. Harap dapat bertahan.
Kekosongan diisi dengan anak pokok "Purple Kholrabi"
disamping beberapa pokok carrot yang masih bertahan.
Alhamdulillah.....


Gambar Hari Ini:
 "Sungold Cherry Tomato"
dah mula menampakkan warna kuning
 keemasannya "Cantik". Dari pokok yang
sama dalam gambar Kiri dan Bawah
Gambar Hari Ini:
Banyak lagi Buah dari Pokok "Sungold Cherry
Tomato ini.
Semoga "Allah" memberkati pokok ini dan lain-lain
pokok dan tuanpunya pokok sekali.. Amin...

MORAL OF THE STORY DARI POKOK TOMATO
1. Jangan tanam di musim hujan yang melampau
2. Don't give up
3. Rezeki "Allah" yang tentukan syukur dengan apa
yang dikurniakan biarpun sedikit "Alhamdulillah"......


PERIHAL POKOK TIMUN "SMALL CUCUMBER BUSH" SAYA

So far, saya  belum lagi dapat merasa buah timun ni. Biasanya tak sempat nak besar buah timun dah rosak. So hari ni saya menyampul beberapa buah kecil dengan harapan ianya akan membesar dan dapatlah saya merasanya nanti.

Sebagaimana yang saya maklumkan tak lama dulu sepatutunya ada dua pokok tapi yang satu lagi tu dah kena racun secara tak sengaja jadi tinggal satu jealah. Harap pendebungan dari pokok yang sama tidak menghalang tumbesaran buah timun.
Saya perhatikan terdapat 2 jenis timun kecil yang berbeza. Iaitu yang pangkal kepalanya lebih gelap berbeza dari bahagian bawah dan yang tak gelap. Jadi saya  hanya memilih untuk menyampul timun yang pangkal kepalanya gelap sahaja sebab ia lebih mirip timun matang. Sebenarnya bukan semua timun kecil akan menjadi buah timun 


Tengok timun kecil ni pangkal kepalanya
lebih gelap, jadi saya sampul dengan
suratkhabar.
Yang ni kan nampak lain sikit bentuknya,
jadi saya tak sampul

Ni Pokok Timun "Small Bush Cucumber" tu...

MORAL OF THE STORY DARI POKOK TIMUN

1.  Tanamlah lebih dari dua pokok
2. Rajin-rajinlah menyampul kalau banyak serangga perosak
3. Kalau ada rezeki "Alhamdulillah" tak ada pun "Alhamdulillah"


PERIHAL POKOK  TOMATILLO SAYA

Tomatillo adalah pokok yang menghasilkan buah yang kelihatan seperti tomato dan rasa pun macam tomato lah jugak, iaitu sedikit masam .. Tapi buahnya terletak dalam sarung yang kelihatan seperti "tanglung" sebab itulah kadang kala ia di panggil "Chinese Lanterns Plant".
Orang Mexico atau Amerika Latin suka menggunakannya dalam  Sos dan "Salsa" sejenis salad.

Sebenarnya buah Tormatillo ni ada banyak warna ada warna hijau kekuningan, purple dan merah, tetapi yang saya tanaam adalah dari jenis hijau kekuningan, bunganya pun berwarna kuning. Pokok saya ini agak kecil lebih kurang 10" tinggi tapi sudah berbunga. Saya rasa pokok saya ini bantut sebab saya lambat mengalihnya dari pasu semaian yang kecil, bunganya juga kecil. Ada dua pokok, satu lagi masih belum berbunga.

Insyallah, nanti kalau berhasil mengeluarkan buah saya akan "publish"kan gambarnya. Ia dari jenis "Tomatillo Grande Rio Verde" kelass.. gitu namanya, buahnya harap tak bantut....lah.

Ini pokok "Tomatillo "Grande Rio Verde"
saya, bunganya berwarna kuning.
Contoh Buah Tomatillo yang masih
tersorok dalam sampul berbentuk
 "tanglung".
Contoh "Grande Rio Verde"
MORAL OF THE STORY DARI POKOK TOMATILLO

1.  Jangan Tanam dalam ruangan yang sempit nanti pokok bantut.
2. "Salsa" tuu.. bukan setakat nama tarian Latin tapi juga nama sejenis maknan orang Latin
3. Antara pokok yang tak perlu sampul dah memang akan bersampul sendiri
4. Besar ke kecik ke buah tuu..nanti bersyukurlah pada Allah.......



PERIHAL POKOK "BELL PEPPER" SAYA



Ada banyak juga pokok  "Bell Pepper" yang saya tanam lebih dari 5 pokok rasanya. Hari tu saya ada cerita pasal pokok "Bell Pepper" yang kurang dari 1 kaki tinggi dan dah berbuahkan?. Hari ni saya dah petik pun, sebab nampak macam dah tua aje... dan ada tanda-tanda macam nak rosak. Sebelum rosak baik petik dulu... Kesian betul "Bell Pepper" ni pun bantut jugak. Semuanya gara-gara lambat alih ke tanah dari pasu semaian yang kecil akibat musim hujan yang berpanjangan... Tapi tak apalah janji ada hasil jugak dari duduk saja tak buat apa-apa kan????

Nanti kita tengok adakah Pokok  "Bell Pepper" yang bawah pokok "moringa" pun akan berbuah bantut jugak ker??? Sekarang ni ketinggian pokok tu rasanya ada 3 kaki. Tunggu dan lihat sajalah nanti ya..., kalau ada rezeki..

"Bell Pepper" yang dipetik saiznya lebih kurang 2 1/2"
sahaja, terbantut...


Ini putik "Bell Peper" yang di tanam bawah pokok
Moringa, tinggi pokok 3'.


 MORAL OF THE STORY DARI POKOK BELL PEPPER

1.  Jangan semai musim hujan nanti tak sempat nak alih ke tanah, pokok bantut, buah kecil
2. Syukur biar buah kecil dari tak berbuah langsung @ tak tanam langsung
2. Sebelum orang lain perkena biar kita perkena dulu (maksudnya petiklah tuu.sebelum buah dirosakkan)
3. Tanam tempat berbeza tengok hasilnya berbeza tak??


PERIHAL POKOK "CARROT" SAYA

"Carrot" sebenarnya boleh hidup di tempat kita tapi tanah dan "timing" kena betul. Jangan jadi macam saya "excited" punya pasal tanam pokok di musim hujan.. Akibatnya siapa yang menjadi mangsa korban??   Pokok-pokok sayur dan keluarga mereka juga termasuklah "Pokok  Solar Yellow Carrot" dan "Cosmic Purple Carrot". Ada beberapa pokok aje yang berjaya mengharungi musim hujan. Alhamdulillah...

I' am Survivor " Solar Yellow  Carrot"
(ada lagi 5-6 pokok carrot lain yang hidup)
 MORAL OF THE STORY DARI POKOK CARROT


 1. Jangan lupa belajar dari kesilapan lalu, biar silap jangan salah
2.Kesilapan akan menjadi "kesalahan" bila kesilapan berlaku bukan pertama kali
(Sebabnya dah tahu silap buat lagi)
3. Jadilah "Survivor" seperti pokok "Solar Yellow Carrot" tak kira apa pun yang melanda.


PERIHAL POKOK "FRENCH BREAKFAST RADISH"

Satu-satunya pokok "French Breakfast Radish" yang tinggal dulu semasa semai banyak juga anaknya tumbuh tapi "due to" musim hujan disamping pelepah daun pokok Moringa yang selalu menghempap anak-anak pokoknya banyak yang tertewas. Insyallah.. bila mentari muncul lagi akan ku semai budi dan bakti bagi mengikut jejak langkah mu.... Harap dapat bersabar ya pokok.


"French Breakfast Radish"
"The One and Only little Radish" that survive..
  MORAL OF THE STORY DARI POKOK FRENCH BREAKFAST RADISH

1. "Never give up in doing good thing"
2. Sikit jadikan azimat banyak jadikan matlamat
3. Sentiasa syukur, sekurang-kurangnya ada jugak


PERIHAL POKOK ASPARAGUS "MARY WASHINGTON"

So far ada dua pokok Asparagus "Mary Washington". Insyallah kedua-duanya nampak seperti berusaha gigih untuk tumbuh. Kalau tak silap tempoh pokok matang 2 tahun baru boleh tuai sulurnya dan selang tuaian setiap 2 bulan. Pokok ini boleh hidup lebih 20 tahun. 
Sebenarnya belakang pokok asparagus ini ada sejenis lagi pokok asparagus yang saya tanam lebih dari 5 tahun lalu, tapi tak pernah pula makan sulurnya. Ini adalah kerana pokok ini lebih saya kenali sebagai pokok hiasan. Kalau pokok hiasan jenis asparagus n.. dulu saya ada 3-4 jenis. Tapi yang ada kat belakang pokok ni adalah dari jenis " Asparagus Umbellatus", daunnya nampak lebih kurang aje..
Insyallah saya akan buang semua dahan pokoknya sampai botak, dan biar sulur barunya keluar. Rasanya boleh makan kot. Saya akan bagi " feedback" pasal pokok Asparagus ni bila ia mengeluarkan sulur barunya, Insyallah.....

Pokok ni memang suka tanah gembur yang sedikit lembap, mungkin sebab itulah ia tahan biarpun musim monsun/hujan.
Asparagus Mary Washington saya, so far okay

  MORAL OF THE STORY DARI POKOK ASPARAGUS MARY WASHINGTON
1. Tak semua yang orang tak suka tu tak bagus (Pokok ni lebih sukakan tanah gembur dan lembap sebab tulah ia tahan lasak bila musim hujan)
2. Sebenarnya banyak lagi yang anda tak tahu bila anda mula tahu benda yang anda tak tahu (fikir-fikirkan)




PERIHAL POKOK ROYAL PURPLE BEAN


Pokok Royale Purple Bean ini sebenarnya tak macam pokok kacang boncis atau kacang panjang yang biasa kita lihat. Saya dapati ia tidak berapa hendak meninggi biarpun beberapa pancang kayu telah saya sediakan untuk memanjat. Oleh sebab itu saya rasa amat sesuai untuk ditanam di kawasan yang terhad. Pengeluaran buah atau kacangnya lebih tertumpu kepada satu kawasan sahaja, dari jarak kurang dari 1 kaki dari pangkal pokok.(p/s: ini adalah berdasarkan pengamatan saya pada pokok yang saya tanam). Panjang kacang boleh mencapai 6" bahagian luarnya berwarna purple gelap tetapi isi dalamnya berwarna hijau.. menarikkan???


Kehadiran buah/kacangnya yang berwarna ungu gelap akan menambahkan warna-warna di dalam kebun/ taman anda. Saya belum pernah memasak kacang ni, sebab ada satu pokok aje sayang pulak nak petik. Lain kali saya akan tanam banyak sikit Warna kacangnya dikatakan akan bertukar kepada hijau gelap setelah ia dimasak dan rasanya manis dan sedap. Cubalah tanam ya..( dptkan biji benih dari : mylestaryseeds.com.my)


Banyak juga buah pada pokok "Royal Purple Bean"yang rendah ni ..
Ini gambar dari pokok yang sama satu-satunya
"Royal Purple Bean" yang saya tanam.
















 MORAL OF THE STORY DARI POKOK ROYAL PURPLE BEAN


1. Tanamlah lebih dari satu pokok "Royal Purple Bean"  sebab pokoknya tak besar sangat baru boleh petik kacangnya dan masak.
2. Selain boleh dimakan, cantik juga menghiasi taman
3. Jadilah macam kacang ni bukan hanya cantik dipandang, juga berguna dan bermanfaat, berkhasiat dan boleh dimakan.


PERIHAL POKOK VATES COLLARD GREEN

"Vates Collard Green", macam saya kata dulu "excited" nak tanam sebab nampak cantik jea gambar yang orang lain tanam, macam sekuntum bunga yang besar. Perkembangan terkininya "Alhamdulillah" berbanding bulan lepas banyak daunnya yang berlubang. Saya buang daun yang tak elok tu dan perhatikan selalu di bawah daun takut ada ulat yang tersebunyi dan buang.

Sekarang ni my" Vates Collard Green" saya adalah "star" in my kitchen garden, biarpun bentuknya belum menjadi sebagaimana yang saya harapkan. Nampak macam ada peluang aje.. Insyallah...


"Vates Collard Green"
harap pokok saya boleh menjadi
seperti gambar ni..
Sekarang ni saya, juga ada semai lagi beberapa pokok sebagai pelapis pada pokok-pokok yang sedia ada. Disamping itu sekiranya cuaca mengizinkan saya akan menyemai biji benih "Collard" dari jenis lain yang baru sampai minggu ini, namanya "GA Southern Collard Greens"




Ini gambar "Vates Collard" bulan lepas, banyak lubang
sebab dimakan ulat





My "Vates Collard Green"... 
Star of  My Garden at this moment...
Another My "Vates Collard Green"


And another....and few other not in this picture...
"GA Southern Collard Green"
Benihnya baru diterima dan akan disemai very soon... Insyallah







MORAL OF THE STORY DARI POKOK VATES COLLARD GREEN

1.  Sabar dan tekun itu perlu dalam apa jua yang kita ingin jayakan
2. Usaha dan terus usaha, Insyallah tiada yang mustahil
3. Kepuasan akan tercapai bila apa yang diusahakan menampakan hasil
4. Kalau tidakpun berpuashatilah dengan apa jua yang Allah telah anugerahkan..mungkin itu yang terbaik bagi kita.


Sebenarnya tak semestinya anda pandai berkebun atau "gardening" baru boleh bercucuk tanam, sebab tak ada orang yang lahir-lahir jea terus pandai, ilmu yang pertama yang kita belajar juga adalah dari pengalaman sendiri, contoh macam  masa kita kecil kita belajar berjalan bukan dari buku atau orang ajar, tapi dari jatuh bangun kita sendiri.

Macam tulah jugak saya ni, rasanya akan jatuh banyak kali lagi sebelum betul-betul mahir dalam bidang ini. Ia cara terbaik untuk belajar selain dari melalui pembacaan dan pengalaman orang lain.


Lastly before I ended my up date today, I wants to share  with you readers . It about  an Intensive Urban Gardening. Growing large amounts of  food on realitively small urban property. Use this inspirational stories to spring you in starting or creating your own "Urban Kitchen Garden".

This is the fast growing trend now, for people living in urban enviroments,  growing your own foods on your backyard. Till meet  you again, I wish you Happy Gardening!!!