This is a blog of one small Kitchen Garden that grows vegetables, herbs, and flowers. Learn how to grow your own fresh organic food, cut flowers, and herbs for your everyday use. You do not need a lot of space to plant a kitchen garden. Create beautiful container gardens and grow your own food year round in the city. It is that easy when you grow plants from seeds or from cutting. Lets start growing now...!
There's nothing can match the flavour of home-grown vegetables or herbs. They can be picked at the moment of perfection and eaten or preserved within hours to the benefit of both the family's health and budget. What's more, vegetables like celery, chilies, spinach, or herbs are always bunched for sale and we often have to buy more than we needed for meal and endup wasted. But if you have a Kitchen Garden, these are readily available to be pick or cut as required.

Thursday, 21 February 2013

"Start" Tanam Sayuran dengan RM 0.00


Sebenarnya hanya ada tiga perkara asas anda perlukan untuk memulakan tanaman sayuran selain benihnya. Iaitu Matahari, Tanah dan Air.

Ini bermakna anda boleh terus.. jea tanam atas tanah kalau kawasan anda memang ada tanahlah.. .  Kalau tak ada atau tak cukup tanah gunakan cara ni...

1. Bekas Tanaman "Recycle"

- Guna  Beg Plastik (Contoh : Plastik Beras -lebih besar, tebal dan tahan. Tebuk lubang dengan ubat nyamuk macam beg polybeg dan terbalikan.
- Bekas Plastic Air Mineral - ikut suka saizlah lagi besar-lagi bagus - tebuk lubang supaya air tak bertakung.
- atau tin susu budak

Kos: RM 0.00

Pastikan susu anak dah habis sebelum digunakan...

Tengok tu macam-macam bekas digunakan kotak
 minuman pun boleh
Ini beg yang ditanam sayuran bukan beg yang
baru balik "shoping"....
2. Tanah 

-  Pandai-pandailah cari. Duduk atas bumi kalau tak pernah jumpa tanah tak tahulah. Carilah tanah kat mana-mana tanah runtuh ke.. hik..hik.

Kos: RM 0.00
Pastikan bukan tanah kubur yang diambil.......

3. Media Ringan ganti Cocopeat (Kompos)
Rajin-rajinlah menyapu daun. jangan pulak
dekat rumah orang yang tak dikenali.
.lain pulak jadinya nanti.....
- Supaya tanah tak terlalu padat, gunakan aje hampas teh, kalau rajin lagi pergi cari sabut kelapa kat kedai jual kelapa parut, racik halus-halus campur dengan tanah atau daun-daun kering boleh juga. Ini bagi menambah keupayaan tanah untuk memegang air dengan lebih lama

Kos: RM 0.00

4. Baja

- Baja tahi ayam carilah kat reban ayam jangan kat reban itik. Kalau tak ada reban pergi lah kat tempat ternak ayam rasanya setakat seguni boleh dapat "free" aje janji ambil sendiri. (Kalau rajin lagi buat sendiri baja cecair guna lebihan makanan  tapi kena tahu resepinyalah)

Kos: RM 0.00
Ayam-ayam yang kebingungan kerana tahinya ghaib...
5. Benih 

- Pakai aje benih yang ada pada sayuran yang anda beli. Lada besar, lada kecil, lada kering, lada gemuk, bawang besar, bawang kecil, halia, kunyit, labu, batang kangkung/bayam/daun sup/ atau apa aje yang berakar cucuk dalam bekas anda.

Kos: RM 0.00


Lada kurang popular dari tebu, lebih ramai yang
tanam  tebu, sebab tebu tak perlu tanah hanya
 tanam kat tepi bibir jea, jadi sapa-sapa
 boleh buat..... hik..hik..
6. Air

- Tadah dan simpan air hujan, kalau tak hujan?, kalau nak berkira sangat, pakai jea air basuhan beras atau air basuhan ikan pun elok. kalau tak.. tadah jea air mandi sendiri... hik.. hik..

Kos: RM 0.00

Janganlah tadah dengan tangan jea.. tadahlah dalam tong yang besar.
Kalau tadah dengan tangan buat filem Hindustan boleh lah... hik.. hik..


7. Cahaya Matahari

- Pastikan pokok anda mendapat cahaya matahari secukupnya lebih dari 6 jam.   Tak dikenakan bayaran pun.. gunalah sebanyak mana anda mahu.


Subahanallah...
 cantik dan berguna tiap yang Allah ciptakan...
termasuk anda cantik dan berguna dan bukan diperguna...
Kos: RM 0.00

8 Tenaga Kerja

- Lebih menjimatkan jika bos sendiri yang buat,  tak payah nak bayar gaji.

Gardening Clip Art
Kos: RM 0.00

---------------------------------------------------------------
Total Kos  = RM 0.0 0



Tak ada yang mustahil kan........

Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih...

P/S: TAK PERNAH MAIN FARM VILLE GAMES... TAK BERPIJAK DI BUMI NYATA. TAPI SEKURANG-KURANGNYA PEMAIN MAINAN NI DAH ADA ASAS DAN TAHU KEPERLUAN BAGI TANAMAN SAYURAN DAN MUNGKIN LEBIH BIJAK KALAU DIAPLIKASIKAN DALAM DUNIA SEBENAR..

BOLEH MENGERATKAN SILARATURAHIM DALAM KELUARGA, MENJIMATKAN KOS BARANG KEPERLUAN, KUALITI MAKANAN LEBIH TERJAMIN, MENYEGARKAN MINDA, MENYIHATKAN BADAN, MENGHILANKAN "STRESS" DAN LEBIH MENSYUKURI NIKMAT ALAM YANG ALLAH KURNIAKAN...
JADI MULALAH SEKARANG  HABISKAN MASA DENGAN KEGIATAN YANG LEBIH BERFAEDAH...

"HAPPY GARDENING !

3 comments:

  1. suke sgt tgk org ber-DIY cmni.. comel je..

    ReplyDelete
  2. Macam...comel..jea... macam... comel jea?? comel ke emmm... rasanya bijak, kreatif, saving money too and full of satisfaction. Tapi baby tuu..memang comel...

    ReplyDelete
  3. Info yang bagus untuk para beginner.

    ReplyDelete