This is a blog of one small Kitchen Garden that grows vegetables, herbs, and flowers. Learn how to grow your own fresh organic food, cut flowers, and herbs for your everyday use. You do not need a lot of space to plant a kitchen garden. Create beautiful container gardens and grow your own food year round in the city. It is that easy when you grow plants from seeds or from cutting. Lets start growing now...!
There's nothing can match the flavour of home-grown vegetables or herbs. They can be picked at the moment of perfection and eaten or preserved within hours to the benefit of both the family's health and budget. What's more, vegetables like celery, chilies, spinach, or herbs are always bunched for sale and we often have to buy more than we needed for meal and endup wasted. But if you have a Kitchen Garden, these are readily available to be pick or cut as required.

Thursday, 14 February 2013

Pokok Sirih (Betel Tree), Kisah dan Khasiatnya

Sekarang ni dah jarang kita jumpa pokok sirih, walaupun begitu kebanyakan orang Melayu yang dah kawin, rasanya rata-rata tahu mengenai daun sirih, mana taknya kebiasaannya kalau nak meminang  atau nak kahwin mesti ada hantaran gubahan sirih - orang dulu panggil sirih junjung.

Saya masih ingat lagi, masa kecik-kecik dulu kalau balik kampung tinggal dengan tok selalu kacau tok makan sirih, siap isi gambir dengan kapur lagi, mula-mula tak tahu isi banyak-banyak apa lagi pahitlah tak boleh telan. Tok saya ni, gigi dia masa tu masih elok kesemuanya tak rosak pun macam kita hari ni, jadi dia boleh kunyah sendiri, mungkin amalannya makan sirih dari mudalah yang buat giginya kuat.
Satu lagi hal yang saya ingat pasal suka makan sirih masa kecik ialah boleh guna "Gobek" (alat untuk hancurkan sirih). Tok Cik (adik tok saya) pakai gobek sebab gigi dia tak berapa elok, jadi saya pun sama lah ber"gobek" untuk makan sirih..Ini lah kisah dulu-dulu sekarang tinggal kenangan jea..

Dulu saya ada tanam beberapa jenis pokok sirih, iaitu pokok sirih hiasan - daunnya lebih kecil dan berwarna hijau muda sesuai untuk tanam dalam pasu gantung, pokok sirih batik - daun bahagian atasnya berwarna  sedikit pink, Sirih India - daunnya lebih bujur dan sedikit nipis dan warna hijaunya lebih muda dari sirih Melayu dan satu lagi dah tentulah Sirih Melayu.

Pokok sirih saya tanam dekat pokok lada hitam
Sekarang saya cuma ada sebatang poko sirih jea iaitu pokok sirih Melayu, rasanya dah 8 tahun lebih, dulu pokok tu menjalar sampai naik  ke tangki air, sekarang dah "trim" dan alih tangki air ke tempat lain. 

Saya teringin nak buat sabun dari daun sirih. Insyallah kalau ada masa dan kesempatan saya akan buat dan akan "publish" kan resepi untuk buat sabun dari daun sirih ni.(dan sabun dari bahan-bahan yang boleh diperolehi di rumah seperti, kulit kayu manis, kunyit, madu dsbgnya, Insyallah)

Banyak manfaatnya daun sirih ni, salah satu yang penting sekali adalah untuk kaum wanita yang mempunyai masalah kegatalan pada bahagian alat sulit. Air daun sirih sangat elok untuk dijadikan air basuhan kerana ia bertindak sebagai antiseptik yang boleh membunuh kuman.

Kegatalan biasannya disebabkan oleh jangkitan "Yis" biasa berlaku sebelum atau selepas haid. Kadang kala menyebabkan keradangan dan rasa sakit. Jangkitan yis boleh berpunca dari virus, bacteria, kulat atau parasit yang mudah membiak kerana peredaran udara yang kurang baik, (elok pakai seluar kain kapas) tidak menjaga kebersihan, tekanan dan makanan mengandungi yis yang tinggi.

Selain digunakan bagi tujuan tersebut daun sirih kerap digunakan oleh masyarakat dahulu dalam mengatasi masalah lain seperti hidung berdarah, cirit-birit, kegatalan alahan, nafas berbau dan masalah bau badan.

Cara Penyediaan Air Daun Sirih

- Ambil 10 helai daun sirih dan bersihkan
- Ramas sedikit daun sirih berkenaan dan rebus bersama 2.5 liter air
- Gunakan Air sirih yang suam tiap kali hendak membasuh kencing
- Ulanginya sehingga anda berpuashati
- Sekiranya anda tidak merasa apa-apa perubahaan berjumpalah dengan pakar/doktor dikhuatiri jangkitan telah merebak ke bahagian dalam.

Cubalah.. ini cara paling murah, mudah dan berkesan untuk mereka yang sering mengalami kegatalan, Insyallah berkesan... saya pun dah cuba.

Jangan lupa tanam pokok sirih sekali ya...


No comments:

Post a Comment