This is a blog of one small Kitchen Garden that grows vegetables, herbs, and flowers. Learn how to grow your own fresh organic food, cut flowers, and herbs for your everyday use. You do not need a lot of space to plant a kitchen garden. Create beautiful container gardens and grow your own food year round in the city. It is that easy when you grow plants from seeds or from cutting. Lets start growing now...!
There's nothing can match the flavour of home-grown vegetables or herbs. They can be picked at the moment of perfection and eaten or preserved within hours to the benefit of both the family's health and budget. What's more, vegetables like celery, chilies, spinach, or herbs are always bunched for sale and we often have to buy more than we needed for meal and endup wasted. But if you have a Kitchen Garden, these are readily available to be pick or cut as required.

Monday, 18 February 2013

My "Vegetables Raised Bed" /Kotak Tanaman Saya



Sebelum saya bercerita mengenai "My Vegetables Raised Bed" /Kotak Tanaman Saya, biarlah saya cerita sikit my background. Saya ni memang suka tanam pokok tapi pokok bunga hiasan\ornamental plant, macam-macam jenis saya dah tanam, asal nampak cantik, pelik dan saya suka saya beli. Masa keja dulu selalu pergi Sungai Buluh, kali pertama pergi wahhh... macam nak gila tengok kiri kanan tepi jalan semua orang jual bunga... dulu lah ... sekarang saya tak tahu... dah.. lama sangat tak pergi .. ( yang saya maksudkan ialah dijalan masuk ke  penempatan orang penyakit kusta - (zaman British duulu)... yang jualnya pun anak beranak pesakitlah murah-murah jea....


Tapi sekarang ni saya dah beralih arah, tanam pokok sayuran rasa lebih bermanfaat, so akhir bulan November 2012, saya mulakan projek saya. 

Saya minat sungguh melihat taman-taman sayuran yang "orang putih" buat. Cantik kemas, bersih dan nampak "enjoyable" jea bila berada dalam persekitaran tu. 
Saya "decided" untuk buat "style" "Vegetables Raised Bed"/Kotak Tanaman, iaitu tinggikan tempat tanaman. 
Selain nampak kemas, tersusun dan cantik, ia juga memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan seperti membuang rumput, membaja dan meracun rumput sekitarnya.

Bawah ni adalah contoh-contoh "Vegetables Raised Bed"/Kotak Tanaman yang menjadi inspirasi saya.

My Inspiration Vegetables Raised Bed





My  Vegetables Raised Bed/ Kotak Tanaman

Ini  adalah yang pertama saya buat. Apabila siap sahaja,
terus isi dengan tanah  dan tanam pokok
sebab "excited" nak tengok hasilnya.
"My Vegetables Raise Bed "
Bentuk kotaknya dibuat menggunakan
batu block.


........raise bed yang ke tiga...
Saya hanya menyusunnya sahaja dan tidak mengikatnya dengan simen, bagi tujuan memudahkan penyelenggaran dan pengubah-suaian dilakukan bila perlu.
Ini raise bed yang kedua...
Seterusnya yang  keempat..
"Vegetable Raise  Bed" - dicampurkan dengan
tanah bakar, pasir, sekam padi dan habuk sabut.
(jika ada tahi ayam boleh campurkan sedikit)
Ini tanah yang telah siap digaul dengan
bahan-bahan tadi dan sedia untuk di tanam.
Pokok tomato yang telah dialihkan dari polybeg





Pokok Tomato yang membesar dalam  "Vegetable
Raise Bed"
Ada yang dah mula berbunga dan berbuah




















Ada juga bentuk "Vegetables  Raise Bed"  empat segi sama, bagi ruang yang terhad dan ada juga disekeliling pokok "moringa"

Bentuk empat segi sama, ditanam dengan
Kacang Royale Purple Pod Bean

Yang dekat pokok moringa saya tanam  "Bell Peper" dan  Bawang Besar ( Bawang besar pupus digigit semut dan air yang terlampau
banyak sebab musim hujan)

Tengok kat tanah tuu...banyak daun-daun dan pelepah kecil pokok moringa gugur, tak larat nak sapu, memang sentiasa ada. Kalau angin tiup nampak macam musim luruh ajea daun-daun gugur dengan banyaknya.(Kadang kala tu terperasanlah jugak macam kat negeri orang putih.. hik..hik..)



Pokok Bell Pepper ini setinggi lebih 3 kaki
baru mengeluarkan bunga, sebab duduk di tempat
yang menerima  cahaya matahari kurang dari 6 jam.
Ni pula "Bell Pepper" dari pokok yang kurang
sekaki tinggi. Berbuah dahulu sebab cahaya
matahari diterima cukup.









Insyallah.. selepas musim hujan nanti saya akan tambah lagi beberapa "Raise Bed" baru... Kebelakangan ni asyik hujan ajea.... pagi kadang-kadang membawa ke malam jadi tak dapat turun ke tanah.

Bagi mereka yang tidak mempunyai kawasan, tak bermakna tak boleh bercucuk tanam, Insyallah dilain kali saya akan berikan beberapa idea menanam dalam kawasan yang terhad.

1 comment:

  1. Assalamualaikum wbt, owner blog MLG

    Salam perkenalan.Saya baru berjinak2 dalam projek bercucuk tanam ni, di belakang rumah. Saya berminat apabila membaca tentang vegetable raised bed dari blog ni. belakang rumah saya saiz sederhana dan bersimen. Setakat ni hanya menggunakan tong2 cat, tong sabun 10L untuk jimat kos. Sesuaikah jika nak buat vegetable raised bed ni ? dan bolehkah jika guna tanah baja sahaja?

    Terima kasih ya atas perkongsian =)

    ReplyDelete