This is a blog of one small Kitchen Garden that grows vegetables, herbs, and flowers. Learn how to grow your own fresh organic food, cut flowers, and herbs for your everyday use. You do not need a lot of space to plant a kitchen garden. Create beautiful container gardens and grow your own food year round in the city. It is that easy when you grow plants from seeds or from cutting. Lets start growing now...!
There's nothing can match the flavour of home-grown vegetables or herbs. They can be picked at the moment of perfection and eaten or preserved within hours to the benefit of both the family's health and budget. What's more, vegetables like celery, chilies, spinach, or herbs are always bunched for sale and we often have to buy more than we needed for meal and endup wasted. But if you have a Kitchen Garden, these are readily available to be pick or cut as required.

Tuesday, 12 February 2013

Mulberry

Ini pokok yang baru setahun saya tanam 
Mulberry ni sebenarnya dah lama saya tanam, pokok yang mula-mula tanam tu pun dah kena tebang sebab besar sangat sehingga dahan masuk ke kawasan jiran. Sempat juga buat jem, memang sedap rasanya. Saya ambil masa seminggu untuk kumpul buah Mulberry bagi mendapatkan 1 botol jem kecil, setiap hari saya akan kumpul dan masuk peti sejuk bila dah cukup barulah boleh buat jem. Buah yang berwarna merah kehitaman adalah lebih manis, manakala yang  merah masam, campuran buah masam dan manis ni lebih sedap kalau dibuat jem.
Buah Mulberry  dari pokok yang saya tanam.
Selepas "Prunning" buah lebih galak keluar.

Sekarang saya ada tanam 3-4 pokok Mulberry. Buah tak ada, maybe sebab musim hujan agaknya gambar tu diambil sebelum musim hujan. Tips untuk dapatkan buah yang banyak pastikan pokok mendapat cahaya matahari yang banyak, siram air secukupnya dan jangan biarkan pokok mabuk daun, buat "prunning" bila perlu.

Pokok Mulberry saya ni,  buahnya hanya bersaiz sederhana sahaja dalam 1 - 1 1/2 inci sahaja. Tahu tak ada pokok yang mengeluarkan buah yang lebih besar dan panjang malah ada yang sepanjang  12cm dan ada juga yang berwarna lebih cerah seperti putih "cream" dan "pink".

Mulberry Putih
Buah Mulberry ni banyak khasiatnya  dan daun pokok Mulberry pun banyak khasiat dan boleh dibuat teh. Ia dikatakan dapat mengimbangi  kandungan gula dalam darah pesakit kencing manis.(Info ni saya dapat dari pembacaan saya baru-baru ni)

Mulberry Pakistan/Himalayan
Kajian dari Universiti Minnesota (2008) yang menggunakan daun Mulberry sebagai remedi rawatan bagi pesakit Diabetis jenis 2, mendapati ianya efektif untuk mengimbangi kandungan gula dalam darah dan sebagai penyerap kabohidrat yang baik. Purata 44% pesakit didapati kandungan gula dalam darah selepas makan mereka lebih rendah dan kandungan gulanya juga lebih stabil.

Mungkin sebab ini jugalah daun teh Mulberry dikatakan boleh membantu mengurangkan berat badan.

Khasiat lain buah dan daun Mulberry termasuklah :

* Menguatkan Penglihatan
* Menyihatkan rambut, melebat dan menghitamkan rambut
* Mengelakkan Kanser kerana ia kaya dengan "resveratol"
* Menguatkan Sistem Pertahanan Bandan kerana ia kaya dengan vitamin C dan "flavonoids"
* Mengastasi masalah Gastrik dan hepatitis kronik
* Menguatkan Daya Ingatan kerana ia kaya dengan "choline"
* Sumber Protin untuk pembinaan otot
* Mengurangkan kesakitan sendi
* Merendahkan kandungan Kolestrol dan menguatkan hati dan buah pinggang
* Merawat sembelit kerana kandungan serat yang tinggi
* Mengurangkan Stress
* Memperbaiki sistem pencernaan dan meningkatkan selera
* Memperbaiki peredaran darah dan sistem saraf seterusnya meningkatkan ketenangan dalam diri.

So apa lagi nikmatilah kebaikan Mulberry dan tanamlah pokoknya tak rugi

Saya ingat nak cuba buat teh untuk bagi Umi minum sebab dia ada diabetis, saya pun nak cuba juga mana tahu boleh kurangkan sikit berat badan saya ni bagus jugak.


.


12 comments:

  1. Assalamualaikum.
    Boleh tolong saya kenapa pokok mulberi saya layu?

    http://thekeding.blogspot.com/2014/03/mulberi-rupanya-nama-kau.html

    ReplyDelete
  2. cara menanam mulbarry yang betul

    http://peruserpaid.com/?ref=76600

    ReplyDelete
  3. Salam.
    Boleh saya dapatkan keratan mulberry putih dan mulberry pakistan daripada tuan? Saya amat memerlukan. Klu boleh boleh email kepada saya msn41274@gmail.com.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Salam.
    Boleh saya beli keratan mulberry putih dan mulberry pakistan panjang tu x? whatsapp sy 0139323013

    ReplyDelete
  6. Utk dptkan byk buah mulberry mudah je,cuma cantas ranting2..lepas cantas terus naik bunga di celah2 ranting n daun

    ReplyDelete
  7. cmane sy nk contact u?sy nk benih mulberi putih n mulberi pjg...or u leh contact i aida.ariff@ymail.com

    ReplyDelete
  8. cmane sy nk contact u?sy nk benih mulberi putih n mulberi pjg...or u leh contact i aida.ariff@ymail.com

    ReplyDelete
  9. salam,saya berminat nak dapatkan benih mulberi putih dan mulberi panjang.. sila hubiungi saya zahar1978@gmail.com

    ReplyDelete
  10. salam saya berminat utk dapatkan keratan mulberi putih dan mulberi panjang. mohon hubungi saya di namrelghaib@gmail.com

    ReplyDelete
  11. Salam saya berminat utk dapatkan keratan mulberi pakistan/panjang. mohon hubungi saya di karim7667@gmail.com

    ReplyDelete