This is a blog of one small Kitchen Garden that grows vegetables, herbs, and flowers. Learn how to grow your own fresh organic food, cut flowers, and herbs for your everyday use. You do not need a lot of space to plant a kitchen garden. Create beautiful container gardens and grow your own food year round in the city. It is that easy when you grow plants from seeds or from cutting. Lets start growing now...!
There's nothing can match the flavour of home-grown vegetables or herbs. They can be picked at the moment of perfection and eaten or preserved within hours to the benefit of both the family's health and budget. What's more, vegetables like celery, chilies, spinach, or herbs are always bunched for sale and we often have to buy more than we needed for meal and endup wasted. But if you have a Kitchen Garden, these are readily available to be pick or cut as required.

Wednesday, 27 February 2013

7 Sebab Mengapa Anda Harus Menanam Sayuran di Kawasan Rumah Anda


Sekiranya terdapat ruang untuk anda meletakkan beberapa biji pasu atau sebuah laman rumah yang kecil adalah lebih elok dan bijak sekali. sekiranya digunakan untuk menanam sayuran organik sendiri.


Terdapat 7 sebab mengapa saya menyarankan anda berbuat demikian, Antaranya:-

Pokok Tomator yang ditanam dalam Pasu
1. Sayuran yang dihasilkan sendiri tidak mengandungi bahan tambahan (Additives). Menurut kajian yang dijalankan oleh persatuan makanan organik mendapati campuran bahan "additives" yang terdapat di dalam makanan boleh menyebabkan penyakit jantung, "osteoporosis", "migraines" dan "hyperactivity".

2. Anda juga boleh mengelakkan penggunaan racun serangga dan baja kimia/sintetik. Kebiasaannya ladang-ladang sayuran dalam memastikan sayuran mereka sihat, cantik dan subur menggunakan bahan ini setiap masa tanpa mengira keadaan dan cuaca. Keadaan ini mencemarkan kualiti yang terdapat pada sayuran berkenaan selain racun serangga itu sendiri turut berbahaya  kepada pengguna.

3. Selain daripada itu, anda juga dapat memastikan sayuran atau pokok yang anda tanam adalah bebas dari "Modifikasi Genetik" (Genetically Modified). Kebiasaannya penanam sayur akan cuba sedaya upaya mereka untuk mengeluarkan hasil tanaman yang banyak, lebih subur, cepat membesar dan bersaiz besar. Bagi menghasilkan tanaman yang sedemikian kebanyakan penanam sayur akan melakukan "Modifikasi Genetik", dimana antibiotik, ubatan dan hormones digunakan. Hasilnya tanaman kelihatan lebih cantik dan sama sahaja tetapi rasannya tiada. Malahan penggunaan antiabiotik, ubatan dan hormon berpotensi memberikan risiko kepada kesihatan kita.

4. Ini bermakna memakan tanaman sendiri adalah lebih sihat kerana anda lebih mengetahui bahan yang anda gunakan ketika menanamnya dan penggunaan bahan berbahaya seperti baja kimia dan racun dapat dielakkan. Sayuran anda lebih sedap, berkhasiat dan sihat.


5. Menanam secar Organik lebih mesra alam keranan anda tidak menggunakan baja kimia dan racun yang boleh merosakkan tanah, udara dan air. Ini secara tak langsung anda membantu mengawal pencemaran alam dan sekaligus mewujudkan persekitaran yang lebih baik dan sihat untuk semua.

6. Aktiviti-aktiviti yang anda lakukan semasa menanam juga menyumbang kepada kesihatan anda. Tahu tak, dengan melakukan aktiviti tersebut selama 45 minit anda boleh membakar calories dalam badan anda sama seperti anda melakukan aerobic selama 30 minit.

Selain daripada itu, aktiviti di taman sayuran anda juga boleh mengurangkan stress.

7. Anda berpeluang mempelbagaikan sayuran yang boleh anda tanam. Kalau anda pergi ke kedai atau pasaraya-pasaraya anda akan dapati jenis sayuran yang sama sahaja yang dijual. Tetapi menerusi rancangan televisyen luar negeri dan internet kita didedahkan dengan pelbagai lagi jenis sayuran yang tidak pernah kita sentuh dan rasa.

Tak ada jual di Malaysia tidak bermakna tak boleh tumbuh di Malaysia. Jadi mengapa tidak anda mula menanam pokok-pokok seperti Chard, Kholrabi, Collard, Spaghetti Squash, Radish, Turnip dan sebagainya

Saya tertarik dengan kesemua jenis tanaman tersebut dan ingin cuba menanamnya. Bentuknya unik, lain daripada yang biasa kita lihat di sini dan saya ingin sekali melihat, menyentuh dan merasainya sendiri takkanlah anda tak teringin????

Cilantro
Cubalah anda akan rasa seronok dan teruja untuk menantikan hasilnya nanti. Good Luck....!


Purple Kholrabi





No comments:

Post a Comment