This is a blog of one small Kitchen Garden that grows vegetables, herbs, and flowers. Learn how to grow your own fresh organic food, cut flowers, and herbs for your everyday use. You do not need a lot of space to plant a kitchen garden. Create beautiful container gardens and grow your own food year round in the city. It is that easy when you grow plants from seeds or from cutting. Lets start growing now...!
There's nothing can match the flavour of home-grown vegetables or herbs. They can be picked at the moment of perfection and eaten or preserved within hours to the benefit of both the family's health and budget. What's more, vegetables like celery, chilies, spinach, or herbs are always bunched for sale and we often have to buy more than we needed for meal and endup wasted. But if you have a Kitchen Garden, these are readily available to be pick or cut as required.

Wednesday, 27 February 2013

7 Sebab Mengapa Anda Harus Menanam Sayuran di Kawasan Rumah Anda


Sekiranya terdapat ruang untuk anda meletakkan beberapa biji pasu atau sebuah laman rumah yang kecil adalah lebih elok dan bijak sekali. sekiranya digunakan untuk menanam sayuran organik sendiri.


Terdapat 7 sebab mengapa saya menyarankan anda berbuat demikian, Antaranya:-

Pokok Tomator yang ditanam dalam Pasu
1. Sayuran yang dihasilkan sendiri tidak mengandungi bahan tambahan (Additives). Menurut kajian yang dijalankan oleh persatuan makanan organik mendapati campuran bahan "additives" yang terdapat di dalam makanan boleh menyebabkan penyakit jantung, "osteoporosis", "migraines" dan "hyperactivity".

2. Anda juga boleh mengelakkan penggunaan racun serangga dan baja kimia/sintetik. Kebiasaannya ladang-ladang sayuran dalam memastikan sayuran mereka sihat, cantik dan subur menggunakan bahan ini setiap masa tanpa mengira keadaan dan cuaca. Keadaan ini mencemarkan kualiti yang terdapat pada sayuran berkenaan selain racun serangga itu sendiri turut berbahaya  kepada pengguna.

3. Selain daripada itu, anda juga dapat memastikan sayuran atau pokok yang anda tanam adalah bebas dari "Modifikasi Genetik" (Genetically Modified). Kebiasaannya penanam sayur akan cuba sedaya upaya mereka untuk mengeluarkan hasil tanaman yang banyak, lebih subur, cepat membesar dan bersaiz besar. Bagi menghasilkan tanaman yang sedemikian kebanyakan penanam sayur akan melakukan "Modifikasi Genetik", dimana antibiotik, ubatan dan hormones digunakan. Hasilnya tanaman kelihatan lebih cantik dan sama sahaja tetapi rasannya tiada. Malahan penggunaan antiabiotik, ubatan dan hormon berpotensi memberikan risiko kepada kesihatan kita.

4. Ini bermakna memakan tanaman sendiri adalah lebih sihat kerana anda lebih mengetahui bahan yang anda gunakan ketika menanamnya dan penggunaan bahan berbahaya seperti baja kimia dan racun dapat dielakkan. Sayuran anda lebih sedap, berkhasiat dan sihat.


5. Menanam secar Organik lebih mesra alam keranan anda tidak menggunakan baja kimia dan racun yang boleh merosakkan tanah, udara dan air. Ini secara tak langsung anda membantu mengawal pencemaran alam dan sekaligus mewujudkan persekitaran yang lebih baik dan sihat untuk semua.

6. Aktiviti-aktiviti yang anda lakukan semasa menanam juga menyumbang kepada kesihatan anda. Tahu tak, dengan melakukan aktiviti tersebut selama 45 minit anda boleh membakar calories dalam badan anda sama seperti anda melakukan aerobic selama 30 minit.

Selain daripada itu, aktiviti di taman sayuran anda juga boleh mengurangkan stress.

7. Anda berpeluang mempelbagaikan sayuran yang boleh anda tanam. Kalau anda pergi ke kedai atau pasaraya-pasaraya anda akan dapati jenis sayuran yang sama sahaja yang dijual. Tetapi menerusi rancangan televisyen luar negeri dan internet kita didedahkan dengan pelbagai lagi jenis sayuran yang tidak pernah kita sentuh dan rasa.

Tak ada jual di Malaysia tidak bermakna tak boleh tumbuh di Malaysia. Jadi mengapa tidak anda mula menanam pokok-pokok seperti Chard, Kholrabi, Collard, Spaghetti Squash, Radish, Turnip dan sebagainya

Saya tertarik dengan kesemua jenis tanaman tersebut dan ingin cuba menanamnya. Bentuknya unik, lain daripada yang biasa kita lihat di sini dan saya ingin sekali melihat, menyentuh dan merasainya sendiri takkanlah anda tak teringin????

Cilantro
Cubalah anda akan rasa seronok dan teruja untuk menantikan hasilnya nanti. Good Luck....!


Purple Kholrabi





Thursday, 21 February 2013

"Start" Tanam Sayuran dengan RM 0.00


Sebenarnya hanya ada tiga perkara asas anda perlukan untuk memulakan tanaman sayuran selain benihnya. Iaitu Matahari, Tanah dan Air.

Ini bermakna anda boleh terus.. jea tanam atas tanah kalau kawasan anda memang ada tanahlah.. .  Kalau tak ada atau tak cukup tanah gunakan cara ni...

1. Bekas Tanaman "Recycle"

- Guna  Beg Plastik (Contoh : Plastik Beras -lebih besar, tebal dan tahan. Tebuk lubang dengan ubat nyamuk macam beg polybeg dan terbalikan.
- Bekas Plastic Air Mineral - ikut suka saizlah lagi besar-lagi bagus - tebuk lubang supaya air tak bertakung.
- atau tin susu budak

Kos: RM 0.00

Pastikan susu anak dah habis sebelum digunakan...

Tengok tu macam-macam bekas digunakan kotak
 minuman pun boleh
Ini beg yang ditanam sayuran bukan beg yang
baru balik "shoping"....
2. Tanah 

-  Pandai-pandailah cari. Duduk atas bumi kalau tak pernah jumpa tanah tak tahulah. Carilah tanah kat mana-mana tanah runtuh ke.. hik..hik.

Kos: RM 0.00
Pastikan bukan tanah kubur yang diambil.......

3. Media Ringan ganti Cocopeat (Kompos)
Rajin-rajinlah menyapu daun. jangan pulak
dekat rumah orang yang tak dikenali.
.lain pulak jadinya nanti.....
- Supaya tanah tak terlalu padat, gunakan aje hampas teh, kalau rajin lagi pergi cari sabut kelapa kat kedai jual kelapa parut, racik halus-halus campur dengan tanah atau daun-daun kering boleh juga. Ini bagi menambah keupayaan tanah untuk memegang air dengan lebih lama

Kos: RM 0.00

4. Baja

- Baja tahi ayam carilah kat reban ayam jangan kat reban itik. Kalau tak ada reban pergi lah kat tempat ternak ayam rasanya setakat seguni boleh dapat "free" aje janji ambil sendiri. (Kalau rajin lagi buat sendiri baja cecair guna lebihan makanan  tapi kena tahu resepinyalah)

Kos: RM 0.00
Ayam-ayam yang kebingungan kerana tahinya ghaib...
5. Benih 

- Pakai aje benih yang ada pada sayuran yang anda beli. Lada besar, lada kecil, lada kering, lada gemuk, bawang besar, bawang kecil, halia, kunyit, labu, batang kangkung/bayam/daun sup/ atau apa aje yang berakar cucuk dalam bekas anda.

Kos: RM 0.00


Lada kurang popular dari tebu, lebih ramai yang
tanam  tebu, sebab tebu tak perlu tanah hanya
 tanam kat tepi bibir jea, jadi sapa-sapa
 boleh buat..... hik..hik..
6. Air

- Tadah dan simpan air hujan, kalau tak hujan?, kalau nak berkira sangat, pakai jea air basuhan beras atau air basuhan ikan pun elok. kalau tak.. tadah jea air mandi sendiri... hik.. hik..

Kos: RM 0.00

Janganlah tadah dengan tangan jea.. tadahlah dalam tong yang besar.
Kalau tadah dengan tangan buat filem Hindustan boleh lah... hik.. hik..


7. Cahaya Matahari

- Pastikan pokok anda mendapat cahaya matahari secukupnya lebih dari 6 jam.   Tak dikenakan bayaran pun.. gunalah sebanyak mana anda mahu.


Subahanallah...
 cantik dan berguna tiap yang Allah ciptakan...
termasuk anda cantik dan berguna dan bukan diperguna...
Kos: RM 0.00

8 Tenaga Kerja

- Lebih menjimatkan jika bos sendiri yang buat,  tak payah nak bayar gaji.

Gardening Clip Art
Kos: RM 0.00

---------------------------------------------------------------
Total Kos  = RM 0.0 0



Tak ada yang mustahil kan........

Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih...

P/S: TAK PERNAH MAIN FARM VILLE GAMES... TAK BERPIJAK DI BUMI NYATA. TAPI SEKURANG-KURANGNYA PEMAIN MAINAN NI DAH ADA ASAS DAN TAHU KEPERLUAN BAGI TANAMAN SAYURAN DAN MUNGKIN LEBIH BIJAK KALAU DIAPLIKASIKAN DALAM DUNIA SEBENAR..

BOLEH MENGERATKAN SILARATURAHIM DALAM KELUARGA, MENJIMATKAN KOS BARANG KEPERLUAN, KUALITI MAKANAN LEBIH TERJAMIN, MENYEGARKAN MINDA, MENYIHATKAN BADAN, MENGHILANKAN "STRESS" DAN LEBIH MENSYUKURI NIKMAT ALAM YANG ALLAH KURNIAKAN...
JADI MULALAH SEKARANG  HABISKAN MASA DENGAN KEGIATAN YANG LEBIH BERFAEDAH...

"HAPPY GARDENING !

Monday, 18 February 2013

My "Vegetables Raised Bed" /Kotak Tanaman Saya



Sebelum saya bercerita mengenai "My Vegetables Raised Bed" /Kotak Tanaman Saya, biarlah saya cerita sikit my background. Saya ni memang suka tanam pokok tapi pokok bunga hiasan\ornamental plant, macam-macam jenis saya dah tanam, asal nampak cantik, pelik dan saya suka saya beli. Masa keja dulu selalu pergi Sungai Buluh, kali pertama pergi wahhh... macam nak gila tengok kiri kanan tepi jalan semua orang jual bunga... dulu lah ... sekarang saya tak tahu... dah.. lama sangat tak pergi .. ( yang saya maksudkan ialah dijalan masuk ke  penempatan orang penyakit kusta - (zaman British duulu)... yang jualnya pun anak beranak pesakitlah murah-murah jea....


Tapi sekarang ni saya dah beralih arah, tanam pokok sayuran rasa lebih bermanfaat, so akhir bulan November 2012, saya mulakan projek saya. 

Saya minat sungguh melihat taman-taman sayuran yang "orang putih" buat. Cantik kemas, bersih dan nampak "enjoyable" jea bila berada dalam persekitaran tu. 
Saya "decided" untuk buat "style" "Vegetables Raised Bed"/Kotak Tanaman, iaitu tinggikan tempat tanaman. 
Selain nampak kemas, tersusun dan cantik, ia juga memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan seperti membuang rumput, membaja dan meracun rumput sekitarnya.

Bawah ni adalah contoh-contoh "Vegetables Raised Bed"/Kotak Tanaman yang menjadi inspirasi saya.

My Inspiration Vegetables Raised Bed





My  Vegetables Raised Bed/ Kotak Tanaman

Ini  adalah yang pertama saya buat. Apabila siap sahaja,
terus isi dengan tanah  dan tanam pokok
sebab "excited" nak tengok hasilnya.
"My Vegetables Raise Bed "
Bentuk kotaknya dibuat menggunakan
batu block.


........raise bed yang ke tiga...
Saya hanya menyusunnya sahaja dan tidak mengikatnya dengan simen, bagi tujuan memudahkan penyelenggaran dan pengubah-suaian dilakukan bila perlu.
Ini raise bed yang kedua...
Seterusnya yang  keempat..
"Vegetable Raise  Bed" - dicampurkan dengan
tanah bakar, pasir, sekam padi dan habuk sabut.
(jika ada tahi ayam boleh campurkan sedikit)
Ini tanah yang telah siap digaul dengan
bahan-bahan tadi dan sedia untuk di tanam.
Pokok tomato yang telah dialihkan dari polybeg





Pokok Tomato yang membesar dalam  "Vegetable
Raise Bed"
Ada yang dah mula berbunga dan berbuah




















Ada juga bentuk "Vegetables  Raise Bed"  empat segi sama, bagi ruang yang terhad dan ada juga disekeliling pokok "moringa"

Bentuk empat segi sama, ditanam dengan
Kacang Royale Purple Pod Bean

Yang dekat pokok moringa saya tanam  "Bell Peper" dan  Bawang Besar ( Bawang besar pupus digigit semut dan air yang terlampau
banyak sebab musim hujan)

Tengok kat tanah tuu...banyak daun-daun dan pelepah kecil pokok moringa gugur, tak larat nak sapu, memang sentiasa ada. Kalau angin tiup nampak macam musim luruh ajea daun-daun gugur dengan banyaknya.(Kadang kala tu terperasanlah jugak macam kat negeri orang putih.. hik..hik..)



Pokok Bell Pepper ini setinggi lebih 3 kaki
baru mengeluarkan bunga, sebab duduk di tempat
yang menerima  cahaya matahari kurang dari 6 jam.
Ni pula "Bell Pepper" dari pokok yang kurang
sekaki tinggi. Berbuah dahulu sebab cahaya
matahari diterima cukup.









Insyallah.. selepas musim hujan nanti saya akan tambah lagi beberapa "Raise Bed" baru... Kebelakangan ni asyik hujan ajea.... pagi kadang-kadang membawa ke malam jadi tak dapat turun ke tanah.

Bagi mereka yang tidak mempunyai kawasan, tak bermakna tak boleh bercucuk tanam, Insyallah dilain kali saya akan berikan beberapa idea menanam dalam kawasan yang terhad.

Sunday, 17 February 2013

Masak Lemak Daun Munggai/Monggal/ Moringa

Ini adalah pokok Moringa  yang  letaknya  5 meter
dari pintu dapur rumah saya.
Ini adalah kali pertama saya, masak menggunakan daun Pokok Moringa/Munggai/Monggal. Pokok ni ada kat belakang dapur sejak lebih dari 5 tahun lalu.

Rugi pula rasanya setelah mengetahui banyak khasiat yang terdapat dalam sayuran ini.

So.. hari ni, saya nak cuba masak "Masak Lemak Moringa". Mula-mula saya pergi petik daun pokok Moringa dulu...

Nilah daun yang saya petik pagi ni..













Ni pula adalah bahan-bahan yang saya gunakan
(Daun tu harus di lerai dahulu, batang - ambil bahagian yang lembut sahaja)


BAHAN-BAHAN

- Daun Mongaria
- 1 biji bawang Besar
- 1 Inci Halia
- 2 Ulas Bawang Putih
- 2 biji Lada Small Green Pimento (Ni dari Pokok yang saya tanam jugak)  
- 1 Kotak Santan
- Garam  secukup rasa
-  2 Cwn Air





CARA-CARA

- Rebus dahulu Bawang Besar, Bawang Putih, Halia dan Lada sampai lembut dan mendidih..
- Kemudian kecilkan api dan masukan Daun Moringa, Santan dan Garam.
Santan dimasukkan lambat untuk mengelakkannya
pecah minyak dan daunnya pula sebab ia nipis
dan mudah masak.
- Kacau dan masak dengan api perlahan supaya santan tak berkepala/pecah minyak - nanti tak menariklah kalau tak nampak macam berkrim....
Rebus dulu bahan ni, bagi keluar aroma dan rasannya

















Taadaa...
OOOhh. sedapnya berkrim lagi.....
ULASAN

- Penyediaan dan Masa Memasak Kurang dari 30 minit.
- Mudah disediakan, menjimatkan dan berkhasiat
- Rasanya memang jauh lebih sedap dari masak lemak pucuk paku
- Tiada rasa pahit macam sawi
- Kuah lemaknya memang... sedap

TIPS

- Boleh ditambah keledek, tapi harus di rebus bersama bawang sampai empuk sebelum masukkan daun dan santan.
- Boleh juga di tambah lada hitam jika suka
- Boleh juga di buat masak lemak cili padi
- Makan dengan ikan masin pon... sodapp...

P/s: Hari ni kami makan "Masak Lemak Moringa" ni dengan Ikan kering - Ikan Cencaru ...emmm.. sedapnya..




Saturday, 16 February 2013

Moringa - Si Pokok Ajaib

Nama saintifiknya adalah "Moringa Oleifera" dikalangan  "Mat dan Minah Salleh"ada yang menggelarkannya sebagai "The Miracle Tree". Mungkin nama tu agak asing bagi kita tapi pernah tak dengar nama "Pokok Munggal @ Munggai. Rasanya masyarakat India lebih tahu. sebab buah pokok Moringa yang muda biasanya dibuat masak kari.

Beza dengan orang Melayu ia mungkin lebih terkenal sebagai penghalau Toyol bagi se-setengah oranglah.  Kononnya daun/batang pokok ni boleh halau "Toyol", tapi janganlah percaya syirik tuu..

Saya di sini nak kongsi maklumat mengenai khasiat yang terdapat pada setiap bahagian pokok ini, moga-moga dapat dimanfaatkan oleh semua, Insyallah.

Daun Pokok "Moringa Oleifera"

Kandungan Zat 

-3 x lebih zat besi dari bayam
-7 x lebih vitamin C daripada buah limau/"orange"
-3 x lebih banyakpotassium dari Pisang
- 4 x lebih banyak vitamin A dari Carrot
-4 x lebih banyak kalsium dari susu
- dan Protin sebanyak khasiat dalam telur




Saya memang ada tanam pokok "Moringa Oleifera" ni dah lama dan batang pokoknya pun dah lebih dari sepemeluk, tapi tak pernahlah saya masak daun, bunga atau buahnya, bukan apa tak terasa nak makan. Saya mungkin akan buat serbuk moringa. Insyallah nanti saya akan" post"kan cara-cara nak buat serbuknya.

Serbuk "Moringa Oleifera" dan Kapsul "Moringa Oleifera" ,  banyak terdapat di pasaran, harganya juga boleh tahan. Apa kata kalau buat sendiri jea??? Kalau tak ada pokok tanamlah, pokok ni cepat sangat membesar dalam setahun aje dah boleh setinggi 3 meter. Keratan batangnya juga mudah hidup dan sukar mati, biarpun anda tinggalkan seminggu tak tanampun boleh hidup lagi kalau cucuk kat tanah.

Bunga "Moringa Oleifera"

Bunga "Moringa Oleifera" berbau agak wangi juga, wangi yang lembut aje. Bunganya boleh dimakan, rendam sekejap dalam air panas dan jadikan salad. Atau campurkan dalam telur dadar.

Di Hawaii, bunga "Moringa Oleifera" ini direbus dan airnya diminum seperti teh hijau  sebagai satu langkah yang berkesan untuk mengatasi masalah selsema.

Bunga "Moringa Oleifera" juga ada yang dijadikan sebagai bahan wangian dalam sabun, minyak rambut, sebagainya.

Biji Benih  "Moringa Oleifera"

Di kawasan pendalaman Afrika biji benih "Moringa Oleifera" sering digunakan untuk membersihkan air yang kotor dan berkeladak. Biji Benih ini akan dihancurkan menjadi serbuk dan dicampur di dalam air kotor yang berkeladak. Sejam kemudian keladak akan mendap ke bawah dan air menjadi jernih. Air menjadi lebih selamat untuk diminum kerana kandungan bakteria juga telah dikurangkan


Sebenarnya banyak lagi manfaat  "Moringa Oleifera"  antara yang disenaraikan adalah seperti dibawah ini.


Moringa Leaves

• Leaves rubbed against the temple can relieve headaches.
• To stop bleeding from a shallow cut, apply a poultice of fresh leaves.
• There is an anti-bacterial and anti-inflammatory effect when applied to wounds or insect bites.
• Extracts can be used against bacterial or fungal skin complaints.
• Leaf tea treats gastric ulcers and diarrhoea.
• Eating Moringa food products is good for those suffering from malnutrition due to the high protein and fibre content.
* Leaves treat fevers, bronchitis, eye and ear infections, inflammation of the mucus membrane
* The iron content of the leaves is high, and they are reportedly prescribed for anemia in the Philippines.
* Dried Moringa leaves treat diarrhoea in Malawi, Africa.
* The powder ground from the seeds is also used in the treatment of scurvy skin diseases (common bacterial infections of the skin).

Moringa Flowers

• Flower juice improves the quality and flow of mothers’ milk when breast feeding.
• Flower juice is useful for urinary problems as it encourages urination.
* In Haiti, villagers boil Moringa flowers in water and drink the tea as a powerful cold remedy.

Moringa Pods

• If eaten raw, pods act as a de-wormer and treat liver and spleen problems and pains of the joints.
• Due to high protein and fibre content they can play a useful part in treating malnutrition and diarrhoea.

Moringa Seeds

• Used for their antibiotic and anti-inflammatory properties to treat arthritis, rheumatism, gout, cramp, sexually transmitted diseases and boils. The seeds are roasted, pounded, mixed with coconut oil and applied to the problem area. Seed oil can be used for the same ailments.
• Roasted seeds and oil can encourage urination.
• They can also be used as a relaxant for epilepsy.
Moringa seeds are effective against skin-infecting bacteria Staphylococcus aureus and Pseudomonas aeruginosa. They contain the potent antibiotic and fungicide terygospermin.

Moringa roots, bark and gum

The roots and the bark have all of the properties described above but are more concentrated. Therefore much more care should be taken if using them as medicines.
* The roots and bark are used for cardiac and circulatory problems, as a tonic and for inflammation. The bark is an appetizer and digestive.
* In Senegal and India, roots are pounded and mixed with salt to make a poultice for treating rheumatism and articulars pains. In Senegal, this poultice is also used to relieve lower back or kidney pain
• Fodder-branches
* The alkaloid spirachin (a nerve paralysant) has been found in the roots.
* The gum is diuretic, astringent and abortifacient and is used against asthma.

Moringa Oil

* Oil of Ben is used for hysteria, scurvy, prostate problems and bladder troubles.
* Villagers in Oman use Moringa oil to treat stomach disorders. They also use it in perfume and hair oil.

Moringa & Ayurveda medicine

Uses every part of the Moringa Tree and considers it one of the most valuable and useful plants. The ayurvedic medicine of India has many uses for Moringa Tree products, such as a natural antibiotic, an aid in childbirth, for treating liver disorders, and many other uses.

Moringa & Siddha medicine

In Siddha medicine says that the leaves are full of medicinal properties. The drumstick seeds are used as a sexual virility drug for treating erectile dysfunction in men and also in women for prolonging sexual activity.

Bell Pepper (Capsicum Annum)

Lada ini lebih dikenali sebagai Lada Benggala selain daripada Bell Pepper/Chili. Namanya lada tapi tak pulak rasa pedas, tapi aromanya di atas "Pizza" membuatkan pizza lebih menyelerakan ditambah pula dengan warna-warnanyang cantik, hijau, kuning, "orange" dan merah. (Sekarang warna purple pun dah ada).

Tak sukar hendak menanamnya, saya ada tanam beberapa pokok salah satu tu dahpun mengeluarkan buah. Semai aja macam chili kampung dan pindahkan di tempat yang sesuai, pastikan pokok mendapat cahaya matahari secukupnya, sekurang-kurangnya 6 jam. Kalau tidak lambat sikitlah hendak berbunga dan berbuah.

Ketinggian Pokok Bell Peper ini  kurang dari 12"
tapi sudah mula berbuah, sekarang saiz
buah lebih besar dari digambar ini.


Ini 3 lagi Pokok Bell Pepper, saya letak bawah pokok "moringa"
kedudukannya lebih teduh baru nak belajar berbunga
sekarang ni dengan ketinggian  pokok lebih daripada 2 kaki
(ni gambar lama) beza dengan yang atas kecik-kecik dah berbuah
sebab pokok yang atas tu terima cahaya matahari lebih banyak.