This is a blog of one small Kitchen Garden that grows vegetables, herbs, and flowers. Learn how to grow your own fresh organic food, cut flowers, and herbs for your everyday use. You do not need a lot of space to plant a kitchen garden. Create beautiful container gardens and grow your own food year round in the city. It is that easy when you grow plants from seeds or from cutting. Lets start growing now...!
There's nothing can match the flavour of home-grown vegetables or herbs. They can be picked at the moment of perfection and eaten or preserved within hours to the benefit of both the family's health and budget. What's more, vegetables like celery, chilies, spinach, or herbs are always bunched for sale and we often have to buy more than we needed for meal and endup wasted. But if you have a Kitchen Garden, these are readily available to be pick or cut as required.

Friday, 18 April 2014

MY GARDEN UP DATE

Assalamulaikum... wbt.. .&  Salam Sejahtera.....


Emmm... agak lama juga tak up date blog ni... dah beberapa kali ambil gambar untuk dimasukkan dalam blog tapi tak sempat-sempat kali ni "by hook or by crook" kena juga curi masa... kalau tak nanti dah masuk musim menanam yang baru pula.... maaflah buat pembaca yang budiman...

Berikut adalah antara beberapa jenis tanaman yang sempat saya tanam baru-baru ini.. saya agak sibuk jadi tak dapat berikan sepenuh tumpuan  Insyallah saya akan mula musim menanam yang baru pula nanti..

Yelow Pear Tomato

Semasa lawatan ke stesen Mardi di Cameron Highland bulan lalu saya dapati pohon tomatonya lebih banyak buah dari daun (hampir botak), jadi kali ini saya buang kebanyakan sucker dan biarkan agak terang... hasilnya buah tomatonya bersaiz lebih besar dari sebelumnya


Ni antara Kelompok Pokok Tomato yang tanam 
Yellow Pear nampak lebih bulat dan besar dari saiz yang sebelumnya
Tapi sekarang dah tak ada kena curi dengan kera...
Crooked Neck Summer Squash

Pada mulanya saya tidak bercadang untuk menanam pokok ini tapi ada diantara "customer" termasuk Cik Mira, gagal mencambahkan benih-benih squash, pumpkin, cucumber dan benih-benih yang berkulit tebal..

Jadi saya mencuba dua pendekatan iaitu satu membuang kulit luarnya (seperti makan kuaci) dan satu lagi dibiarkan dengan kulitnya. Memang benar yang dibuang kulitnya bercambah jauh lebih cepat. 

Didapati benih yang tidak dibuang kulit lebih cenderung "rot" kerana kelembapan dan cuaca yang panas, dan kulit luar yang sukar ditembusi menyukarkan percambahan, walaupun ada yang cambah ianya sangat lambat 2 minggu ke atas dan peratusannya rendah.

Crooked Neck Summer Squash, ini adalah salah satu daripada yang dibuang kulitnya satu lagi benih yang tidak dibuang kulit menjadi "rot" sebelum bercambah.


Pokok ini sekarang diserang kumbang daunnya dah tak cantik lagi..
bunga betina ini tidak sempat menjadi buah kerana serangan kumbang durjana


Zucchini Black Beauty Zucchini

 Zucchini in pun berjaya dicambahkan setelah dibuang kulitnya sebelum disemai, Ia mudah hidup, elok ditanam sekurang-kurangnya dua pokok, supaya lebih mudah untuk buat hand pollination, ni kerana kadang kala bila bunga betina dah keluar bunga jantan dah tak ada pulak.

Biasanya bunga jantan akan keluar 2 minggu sebelum bunga betina. Bila buat Hand pollination percentage untuk bunga betina berhasil menjadi buah lebih tinggi.

Tapi saya tanam satu jea  sekadar mencuba teknik buang kulit
Mungkn lepas ini akan tanam pula zucchini lain

Tall Utah Celery

Mudah juga cambah pokok ni..rasa tak sabar nak tengok ia meninggi... tapi  dah silap letak vermicompos terlalu near dengan pangkal ia menjadi "rot" keliling pangkal pokok. Agaknya vermicompos tak asli kot jadi panas macam baja kimia.  Harap apa yang tinggal dapat survive..

Tall Utah Celery ni sekarang dah tinggal beberapa pokok jea....


Chinese Celery


Chinese Celery ini ada dua pokok saya tanam..
 daunnya lebih gelap dan tebal dari yang biasa kita beli di pasar.

Cilantro Coriander

Cilantro Coriander tiada masalah untuk bercambah dan mudah hidup 

Saya tanam beberapa pokok Cilantro Coriander ni

Nantaise Carrot

Percubaan pertama menanam nantaise Carrot...
Carrot kalau nak tanam mesti terus semai di atas tanam yang telah di siapkan, buang semua lump atau batu-batu yang ada bersihkan dari rumpai, gemburkan tanah. Ia gemarkan tanah yang lebih gembur dan tidak menakung air.
Nantaise Carrot
Jarak-jarakkan semasa menabur benih supaya nanti bila tumbuh ia tidak terlalu hampir antara satu sama lain. Kalau tidak ia tidak dapat membesar dengan baik. Selepas tu tabur tanah ringan dengan nipis di atas benih yang ditabur tadi.Tidak sesuai untuk dialih-alihkan sebab carrot tu letaknya di akar kalau akarnya terganggu macam mana nak tumbuh dan jadi carrot.Pastikan tiada pokok atau rumpai lain yang tumbuh disekelilingnya. dari masa ke semasa..

Yellow Cherokee Wax Bean

Bunganya berwarna pink saya tanam 3 batang pokok sahaja, pokoknya tak tinggi, cepat berbuah, perlu kerap menanam jika mahu mengutip hasilnya selalu. Tanam setiap dua minggu.


Purple Queen Bean

Pokok Kacang ini tidak jauh berbeza dengan Royalty Purple Pod Bean agaknya sedara kot. Kacang ni apabila dimasak warnnya bertukar menjadi hijau, sesuai untuk "beginner gardener".


Hyacinth Bean Vine

Hati dah berbunga gembira bila tengok  "Hyacinth Bean" berbunga dan mula berbuah.. tapi tiba-tiba ia kekeringan dan mati mula tak pasti sebab apa  sebab lihat okay jea tak ada penyakit bila dah lama baru sedar puncanya juga sebab bahagian pangkal pokok kepanasan dan mereput akibat si vermicompos durjana..Tak apa lah nanti cuba lagi...
Hyacinth Bean warna bunga dan kacangnya cantik
 tapi hasrat tak kesampaian...
Crystal Apple Cucumber

Saya kurang pasti sekiranya Cucumber Apple Cucumber dan Lemon Cucumber adalah pokok yang sama kerana belum cuba menanam Lemon Cucumber. Tapi apa yang dapat saya simpulkan warnanya ketika sudah agak matang tidak kekuningan  tetapi hijau muda mungkin sebab itulah dipanggil "Crystal Apple Cucumber" kot. 
Crystal Apple Cucumber
Bahagian dalamnya dan rasanya masih seperti Cucumber biasa
Pokoknya agak bushy dan banyak mengeluarkan bunga jantan dan betina. Sekiranya agen pendebungan (lebah atau seranggan lain ) tak banyak,  lakukan sendiri "hand pollination" untuk meningkatkan peratusan bunga betina berhasil menjadi buah.

Crystal Apple Cucumber semasa sedang galak berbunga
Bunga Betina  Crystal Apple
Ghost Chilli (Bhut Jolokia)

Pokok lada ini dikatakan yang terpedas di dunia ada juga yang memanggilnya sebagai "Naga Jolokia" atau Red Naga Chili. Pokok ini sekarang sedang lebat berbunga dan berbuah tapi sayangnya buahnya tidak sempat tua dah gugur ke bumi.

Ada kemungkinan lalat buah telah menyemai benihnya(bertelur dengan menyuntik ke dalam chili) ketika buah masih muda, ni kerana buah yang gugur mengandungi lavar lalat buah. Hari ini saya telah cuba menyembur racun organik yang berbau seperti limau. Harap ianya berkesan...

Bhut Jolokia Pepper
Chili Kulai

Chili Kulai ini juga menerima nasib yang sama seperti Bhut Jolokia, terkulai sebelum waktunya akibat serangan lalat buah.
Nampak okay jea masa ni tap belum sempat tua dah terkulai kebumi.
Achocha aka Bolivian Cucumber

Ini kali pertama saya cuba menanam  Achocha pokoknya sudah lama merimbun (gambar di bawah gambar lama) dan bunga-bunga kecilnya juga banyak yang keluar. Usahkan buah, putiknya pun tak nampak-nampak... saya agak mungkin kerana cuaca yang terlalu panas kot... tak apa nanti saya akan cuba tanam lagi tapi di kawasan lain pulak

Daunnya sekali imbas macam daun "pakalolo"
Bolivian Cucumber @ Achocha  berbentuk seperti ini..
Rhubarb Chard

Memang cantik Rhubarb Chard...  warnanya merah terang ... wajar ditanam lebih banyak untuk mengindahkan lagi vegetable garden.
Outstanding Rhubarb Chard
Nai You Pak Choy

I'll will never missed out to grow my versatile "Nai You Pak Choy" 

Nai You Pak Choy
Selain daripada itu terdapat juga beberapa jenis pokok bunga yang ditanam seperti ....


Beautiful...Blue Lobelia

Yellow Evening Primerose

German Chamomile

Ini pula pokok Red Alpine Strawberry "Regina" yang melalui proses  rendaman dengan Napp Gibb - Gibberellic acid

 Untuk pengetahuan anda biji benih blueberry dan blackberry yang melalui proses perendaman dengan GA3 dan startification mula menampakkan percambahan tetapi terlalu kecil untuk diambil gambar harap ia boleh terus bertahan (Sebenarnya saya lambat mengeluarkannya dari peti sejuk tempohari sebab terlalu sibuk)


Ini pula tetamu yang tak disangka-sangka saiznya yang agak besar
membuatkan saya terkejut dan takut.. dicabut-cabutnya pokok lada dan spinach yang ditanam..
Pergerakkannya agak lambat seperti sloth, tak pasti sebab dia injured atau memang gitu cara jalannya

Ini pula kerja si kera ,habis pokok Sweet Corn dan Strawberry Corn saya menjadi mangsa begitu juga dengan crystal  apple cucumber, tomato dll.
Lastly before I go.. for all gardeners out there... I leave you with this quotes by...Vita Sackvilles-West

"The most noteworthy thing about gardeners is that they are always optimistic, always enterprising, and never satisfied. They always look forward to doing something better than they have ever done before."

 Okay till we meet again I'm wishing you Happy Gardening and keep growing..something..


My Wonderfully fresh and deliciously Mulbbery




Firstly ... Allhamdulillah.... for blessing me with a bunches of mulberry fruits this year.

Last week I managed to have four small jars of Mulberry jam...my mulberry tree "fruitsfull"..and I was so amazed.. because this is first time my mulberry tree that I planted on the backyard crazily producing fruits... until now... the fruits is keep coming out...

Mulberry yang ditanam ini adalah dari jenis Mulberry merah "Morus rubra" yang kaya dengan pelbagai khiasat.

Ia mengadungi sumber protein (3 oz Mulberry : 9 grams protein), kaya dengan zat besi, kalsium, Vitamin A,C,E dan K, Thiamine, Pyridoxine, Niacin dan fiber.

Kandungan antioksidan dalam mulbery boleh memperbaiki kerosakan akibat radikal bebas. Resveratrol yang merupakan sumber antioksidan banyak terkandung dalam buah mulberry. Ia juga kaya dengan polynutrients seperti anthocyanin, flavonoids, lutein, zea-xanthin, carotene B dan carotene A.

Antara lain manfaat mulberry dari segi kesihatan termasuklah :-

1. Kandungan anthocyanin yang tinggi dikatakan dapat menyembuhkan beberapa jenis penyakit yang tertentu.
2. Mengelakkan Penyakit Cancer
3. Mengurangkan risiko Salur Darah tersumbat dan Stroke (Angin Ahmar).
4. Membersihkan Darah (Cleanses Blood)
5. Membersihkan Hati dan menguatkan Buah Pinggang (Cleanses Liver And Strengthens Kidney)
6. Mengelakkan Demam dan Selsema (Prevents Flu And Cold)
7. Mempercepatkan proses Penyembuhan (Speeds Up Recovery) kerana ia melancarkan peredaran darah, mengelakkan jangkitan dan keradangan.
8. Mengawal Tahap Gula dalam Darah (Controls Blood Sugar)
9. Menyihatkan Jantung (Maintains Heart Health)
10. Mengawal kalesterol (Controls Cholesterol)
11.Meningkatkan Selera Makan (Enhances Appetite), mingkatkan imuniti (Enhances Immunity dan memperbaiki tahap penglihatan (Improves Vision)

Khasiat untuk Kulit

1. Anti Penuaan (Anti-Ageing Properties)
2. Mencerahkan kesan noda dan bintik hitam (Clears Skin)
3. Meremajakan Kulit (Rejuvenates Skin)
4. Memperbaiki dan merawat masalah kulit (Treats Skin Problems)
5. Merawat Kulit Kering dan Sensitif (Treats Dry And Sensitive Skin)
6. Mencantikan dan melembutkan kulit (Makes Skin Soft And Radiant)


My Mulberry Tree

Pokok yang di taman di "backyard" nilah yang paling banyak mengeluarkan buah. Empat gambar di bawah di ambil dari pokok yang sama. Ia masih mengeluarkan buah dengan lebatnya sekarang ini dan insyallah setelah dikumpul nanti saya akan buat jem lagi...atau jus (rasa macam jus nenas)..

Ini adalah sebahagian sahaja gambar buah Mulberry yang  diambil..
     


Dua pokok diatas adalah dari pokok yang ditanam di laman hadapan kebun.
Banyak juga buah yang dihasilkan oleh pokok ini setelah di"pruning"
. Tapi sekarang dah habis di petik.
Insyallah saya akan lakukan "pruning" minggu depan dan cuba beberapa
pendekatan baru untuk menggalakkan lagi pengeluaran buahnya..

Saiz buah juga agak besar...

Hampir 1 kg dapat saya kumpulkan setelah dipetik beberapa kali..

Letak dalam periuk untuk dimasak dan buat jem.....
Jangan isi banyak sangat air sebab buah ini mengandungi
banyak air nanti lambat pulak kering tambahkan gula atau stevia untuk pesakit diabetis dan sedikit serbuk jelitin.

Tada... ni lah hasilnya  4 jar jem Mulberry
Sedaap.. tak terlalu manis ..
pada pendapat saya rasanya lebih menghampiri rasa nenas
cuma ia tiada rasa menyengat macam nenas..
Warnanya merah gelap tak perlukan pewarna tiruan


Emm.. Yumm.. yummm..

NQ Mulberry Jam - 240g
Mulberry Jam dari Cosway ni harganya RM 15.00 /jar

Selamat menanam Mulberry ya...tak rugi sebab banyak sungguh khasiatnya ....rasanya pun sedap ia bukan sahaja boleh dibuat jem, jus boleh juga dibuat pai, halwa, ice-cream diletak di dalam dessert dan sebagainya selamat mencuba...

Thursday, 27 March 2014

GIBBERELLIC ACID, KEGUNAAN DAN CARA PENGGUNAANNYA




Assalamulaikum... wbt... dan Salam Sejahtera

Saya menerima banyak pertanyaan berkaitan dengan GA3 - Gibberelic Acid tentang kegunaan dan cara penggunaannya... di sini saya sekadar berkongsi maklumat yang saya ketahui dan untuk pengetahuan anda saya bukanlah pakar dalam bidang ini.

"Apa itu Gibberelic Acid" @ GA3 dan Kegunaannya

(Menurut Wikipedia)
Gibberelic Acid yang juga dikenali sebagai A3, GA dan GA3 adalah sejenis hormon yang terdapat pada tumbuhan dan formula kimianya sering ditulis sebagai C19H22O6 , dan dalam keadaan tulen GA3 berwarna kuning pucat.




Gibberelic Acid adalah "Gibberelin" (Hormon Tumbuhan) yang ringkas, iaitu "Pentacyclic Diterpene - Asid yang membantu Tumbesaran dan perkembangan sel.

Sekiranya digunakan dalam kadar yang sedikit kepada tumbuhan ia akan memberikan kesan penguraian dan boleh membantu pertumbuhan pokok ini kerana tumbuhan juga mempunyai kebolehan untuk menyesuaikannya.

GA akan merangsang sel benih yang bercambah untuk menghasilkan molekul mRNA iaitu molekul yang membawa maklumat genetik dan DNA tumbuhan.

GA adalah hormon yang sangat berkeupayaan, yang secara semulajadinya terdapat pada setiap tumbuhan yang bertindak mengawal pertumbuhan pokok.

GA sememangnya diketahui boleh memberikan kesan yang baik apabila digunakan dalam nilai kepekatan rendah atau kesan yang sebaliknya sekiranya kepekatan yang digunakan terlalu tinggi atau tidak sesuai. Ia biasanya digunakan dengan kadar kepekatan 0.01 and 10 mg/L.

Lihat perbezaan apa GA3 boleh lakukan ...
Kalau pokok padi bagaimana agaknya...???
(Sekadar Perbadingan)

GA mula-mula dikenalpasti di Jepun pada tahun 1935, sebagai satu metabolik (satu proses kimia) dari tumbuhan yang dikaji yang diberi nama "Gibberella Fujikuroi", Ia akhirnya telah memberikan kesan kepada pokok padi, fujikuroi menyebabkan pokok padi tidak berisi (padi hampa - "bakanae"- foolish seeding) yang menyebabkan pokok tumbuh lebih tinggi dari kebiasaan dan kemudian mati kerana tidak mampu menahan beban berat sendiri.

Gibberelic Acid boleh memberikan beberapa kesan terhadap pertumbuhan pokok. Ia boleh merangsang pertumbuhan cabang dan akar pokok, merangsang pembahagian sel pada daun untuk pokok-pokok tertentu dan meningkatkan peratusan percambahan biji benih.

Ia turut diguna pakai di maklmal dan rumah hijau (Greenhouse) untuk merangsang percambahan biji benih yang bersifat dormant (terpendam- biasanya biji benih yang berasal dari negara beriklim sejuk, yang menunggu masa yang sesuai untuk bercambah).

Selain dari itu, ia turut digunakan secara meluas dalam industri penanam anggur sebagai hormon untuk menggalakan pengeluaran gugusan anggur dan buah yang lebih besar, terutamanya untuk menghasilkan anggur "Thompson Seedless".
Manakala di Lembah Onanagan dan Creston, ia turut digunakan bagi mengawal penghasilan mutu buah yang sama. Penanam Buah Mandarin Orange Clementine menggunakan GA ini bagi tujuan untuk mengelakkan pendebungaan silang dengan buah citrus yang lain yang boleh menyebabkan penghasilan biji benih yang tidak diingini. GA akan disembur terus ke bunga yang sedang berkembang bagi menghasilkan buah Mandarin Orange Clementine sepenuhnya tanpa biji.

Perhatikan perbezaan ketara saiz buah dan gugusan buah anggur Thompson Seedles (Kiri) yang menggunakan GA3 

Penggunaan Gibberellic Acid

Ya, memang benar GA3 seringkali digunakan untuk mempercepatkan tempoh percambahan, menyingkatkan tempoh dormant biji benih yang non native dan meninggikan peratusan biji benih yang bercambah.

Ia biasanya dilakukan ke atas biji benih yang sukar untuk bercambah seperti blueberry, blackberry, strawberry dan sebagainya. Terutamanya biji benih yang bersifat dormant.

Kadar Kepekatan.

Mengenai kadar kepekatannya pula, kadar 300 - 500 ppm dikatakan kadar terbaik untuk rate germination dan dikatakan menghasilkan germination yang tinggi. Tetapi ada juga yang menggunakkan pada kadar 500 - 1000ppm.

Dalam bahan bahan bacaan yang saya linkkan di bawah ia menggunakan bancuhan ppm 1000."Agri Handbook"

Sekiranya anda ingin mendapatkan kepekatan yang sama anda perlu membancuh 1paket GA3(1gm) dengan 100ml air iaitu lebih kurang 1/2 cawan air (bukan mug), jadi anda akan mendapat nilai larutan 1000PPM. (Nota: Napp Gibb Nilai Ketulenannya hanya 10%)

Sila gunakan calculator ini PPM Calculator untuk membuat bancuhan nilai kepekatan lain PPM).

Cara Penggunaan Calculator PPM:

1. Masukkan jumlah Cairan Kepekatan yang anda perlukan sebagai contoh
: 100ml (1/2 cwn)

2. Masukkan Nilai kepekatan yang anda perlukan contoh : 500PPM

3. Masukkan Percent Product Purity : 10% GA3 (Napgibb)

4. Submitt

5. Anda akan dapati anda hanya perlu menggunakan 1/2 paket napgib
sahaja, iaitu bersamaam 0.5gm yang dibancuh dengan 100ml air


Biji benih berry biasanya direndam 24 jam di dalam larutan GA3 ada juga yang membuat kurang dari tempoh tersebut. Setelah itu biji benih tersebut akan cuci di bawah cucuran air di dalam tapis/penuras kopi
sebelum ianya dikeringkan dan di startification selama beberapa minggu atau 1 bulan sebelum disemai.

Kaedah Startification & Tempoh

Biji benih yang kecil memerlukan hanya beberapa minggu hingga 1 bulan
utk di"Startification"kan.
Caranya adalah dengan meletakannya di dalam tisu basah di dalam beg plastik (elok) ziplock dan pastikan tidak terlalu basah sekadar lembap sahaja jika tidak biji benih akan rosak) dan dimasukkan ke dalam peti sejuk (1 - 5C).

Ini Pokok dari Strawberry jenis biasa.. yang tidak direndam dalam GA3. Saya dapati terdapat beberapa benih yang bercambah setelah sekian lama disemai (beberapa bulan ) sehinggakan saya sendiri pun dah lupa...Tumbesarannya agak lambat biarpun ia tumbuh lebih dahulu dari pokok strawberry Alpine yang di bawah ni... 

Ini salah satu dari pokok Red Strawberry Alpine yang dicambahkan menggunakan kedaah rendaman dengan GA3 tanpa startification. (mungkin jenis Alpine lebih mudah bercambah kot...)
Gibberllic acid untuk Penghasilan Buah.

 untuk membesarkan buah yang dihasilkan pula Contoh buah anggur dan sebagainya lakukan seperti berikut:-

Selepas 7 -10 hari pokok mula mengeluarkan bunga, Spray di putik dan ranting berdekatannya, lakukan semburan 2 -3 kali berselang setiap 7 hari.


Saya rasa sekadar ini sahaja maklumat yang dapat saya kongsikan bersama dan harap ianya dapat membantu anda. 

Selamat mencuba dan Happy Gardening!